Fresh from the owner...

14 April 2014

Sepupu datang melawat.



Aus dan Azzam. Dua-dua tak berapa sihat. Aus baru okay demam. Azzam pun sama. Masing-masing batuk dan selesema. Demam pun sama lama. Lebih kurang seminggu. Cuma Azzam up sikit sebab ibunya doktor. 3 bulan extra cuti mak dia ambik semata-mata nak jaga anak sulungnya ni. Next two weeks dah start keje semula.

Penjagaan aku dengan dia pun tak ada bezanya untuk anak demam. Cumanya aku tak ada kerap sangat bagi ubat demam. Ada la dalam 3 kali je sepanjang dia demam tu. Itu pun sebab suhu tinggi sangat. Aku takut tak sedar bila tertidur. 

Ye la... direct 2 minggu anak-anak demam. Tidur pun tak serupa tidur. Takut terlelap dan tak checked suhu, nanti panas sangat bahaya jugak. Ini demam paling lama la untuk Aus. Untuk batuk dengan selesema, aku bagi jugak makan madu sikit dengan sapukan garlic oil, steaming, tepukkan percussion dan letak kunyit kat ubun-ubun dengan zon T.

Haha... Nak cerita pasal Azzam datang melawat je pun semalam. Ibunya ada buat kenduri tapi aku tak pergi sebab Aus still demam masa tu. Disebabkan dia orang dah nak balik KL semula hari ni, tu yang dia orang datang singgah kejap. Tak datang nanti apa pulak kata abang dia (husben la tu). 

Ikut besar, Aus lagi besar. Tapi Aus tua dua bulan daripada Azzam. Logik la besar pun kan. Itu pun maknya kata berat Azzam tak naik masa umur 5 bulan. Statik. Tapi aku rasa Aus pun dah susut banyak. Hari ketiga demam sampai sekarang dia refuse makanan. Mungkin sebab tekak dia sakit lagi. Harap-harap tak lama la. Takkan nak bergantung dengan susu aku je. Tak cukup.

Apa pun... Azzam, nanti ada masa kami datang jenguk Azzam kat KL ek. Dan speedy recovery to both of you my love... ٩(๛ ˘ ³˘)۶♥

posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. Mmg skang nie musim demam la kan kak sal..paling risau kalau anak2 demam..rase mcm nam sedut je demam tuh kat kite biar kite yg tanggung..

    Somel somel sgt dua2 kazen nie..;)

    ReplyDelete
  2. seminggu? lama jgk tu..kalau xsilap, rasanya mikail penah demam sekali aje, itu pon satu dua hari sbb kena inject 3 serangkai kot..

    ReplyDelete
  3. owh, sama tahun...nampak mcm kembar pun ada.

    ReplyDelete
  4. Moga Aus & Azzam beransur sembuh ya..risau bila anak2 tak sihat ni...

    ReplyDelete
  5. Macam serupa aje. Dah macam kembar pulak. Btw, manalah satu Aus, mana satu Azzam ni?

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign