Fresh from the owner...

21 April 2014

Puyuh dan merpati.




Bukan cerita pendek. Perihal husben belikan puyuh dan merpati. Untuk anak-anak makan katanya. Puyuh aku memang biasa makan. Beli je senang. Tapi merpati dah berpuluh tahun tak makan. Pernah makan sekali je pun. Itu pun dah ingat-ingat lupa. Rasa macam masak sup.

Daging puyuh lembut. Goreng pun sedap. Tapi tukar menu la pulak. Try masak halia. Merpati tu dalam pada aku macam ingat-ingat rasanya liat, aku pergi hentam goreng. Haha... Tak ingat punya pasal. Kena rebus lama rupanya nak masak merpati. Liat memang liat. Sabar je la.

Aku makan masa tengah panas. Walaupun liat still sedap. Tapi husben dok mengomel la pasal merpati yang liat tu. Dia makan daging merpati dah sejuk. Hehe... Tak cakap nak masak apa kan. Nasib la. Makan je la apa aku masak. Tak kira la liat ke tak. Tapi yang pasti at the end of the day, merpati dua ekor tu habis jugak dimakan oleh ibu dengan abah. Anak-anak makan puyuh je.

Jadik, next time tak nak beli merpati lagi katanya. Nak try daging rusa pulak. Yang ni aku tak ingat aku makan daging rusa ke kancil. Apa yang pasti daging tu dimasak rendang. Okay... tunggu daging rusa pulak. Kena rebus dulu ke sebelum masak ek?


posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. Dulu2 rajin gak mkn daging rusa..
    Saya buat sup je..sbb beli yg carcass. Campak2.. alhamdulillah tak liat pulak.

    ReplyDelete
  2. sy x reti nk masak pelik2..
    mesti tnya husband nk masak mcm na kalau ada benda lain sikit.

    ReplyDelete
  3. saya dan anak2 suka puyuh goreng hehe...merpati tak pernah makan pulak...daging rusa/kancil rasanya macam tak pernah lagi huhu

    ReplyDelete
  4. Sedap ke kak sal puyuh..falsya xpenah makan..org offer pun xnk..xtau nape xleh mkn..penah nk cube tp xtercube..heheh

    ReplyDelete
  5. makan puyuh jer pernah..yang merpati rusa tu tak pernah lagi.

    ReplyDelete
  6. Saya tak pernah try 2-2. Saya ni selalu mmg tak berani nak try makanan2 baru. Mmg la sangat tak boleh jadi pengacara jalan2 cari makan. Heheh.

    Puyuh dgn merpati dan itik ada beza ke rasa dia dgn ayam?

    ReplyDelete
  7. saya tak pernah makan merpati!! landak pernah eh.. eh landak bukan burung..haha..

    ReplyDelete
  8. Alamak! Dua-dua pun tak pernah makan. Tak lalu anak tekak kalau makan di luar kebiasaan ni. Biasanya daging lembu, ikan dan ayam aje. Yang lain-lain memang tak sempat merasa, tak cukup adventure nak mencuba!

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign