Fresh from the owner...

08 April 2014

Permudahkanlah Ya Allah.

Masa memang sangat la limited bila berhadpan dengan anak-anak yang demam ni. Tambahan pulak bila demam tu ikut giliran. Mak memang tak cukup tidur. Tak apalah asal anak-anak sihat. Memang cari masa betul untuk update blog. Sebab tu semalam tak ada entri. Haha...

Pegang tipon pun kejap-kejap je. Aku jarang bagi budak-budak ni ubat kalau demam. Banyak mandikan, lap dengan air, tidur pun dengan tuala basah. Demam lagi lambat nak baik kalau ada batuk dengan selesema. Tapi setakat hari ni alhamdulillah. Okay je walaupun tak bergantung 100% dengan ubat.

Demam dia orang pun berbeza kali ni. Selera makan okay. Siap request nak makan apa. Beli dek abahnya. Dan dia orang makan macam biasa. Haha... Anis lepas dapat apa yang dia nak makan, alhamdulillah... sihat. Azfar lepas dapat supp je, kebah demamnya. Azfar memang biasa dengan supp sebab suhu dia memang tinggi kalau demam. Doc la pesan simpan supp kat rumah. Untuk emergency use.

Jangan mengeluh ye kalau jaga anak-anak yang tak sihat ni. Amanah tu. Meragam dia orang tu biasa. Setakat tak tidur malam mak tu apalah sangat. Yang pasti, dapat tengok senyuman dengan gelak ketawa dia orang lepas sihat memang buat hati mak berbunga-bunga kan?

Permudahkanlah urusanku dalam menjaga setiap ahli keluargaku inu Ya Allah...

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. Semoga dipemudahkan urusan kak sal..semoga anak2 kak sal cpt sembuh ye..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign