Fresh from the owner...

01 April 2014

Kurier oh kurier.


menunggu barang daripada pos laju yang tak berapa nak laju. sebelum ni setiap barang ke pasir gudang yang menggunakan khidmat pos laju, jika dihantar hari ini oleh pengirim sebelum pukul 1pm akan sampai ke penerima the next day. yang aku dapat-dapat tu macam tu la. okay je. kalau kat kampung pulak, 3 hari baru dapat. jadi kat kampung dah biasa menunggu tga hari. malas nak track. insyaAllah sampai. tapi untuk dua items yang aku beli kat Shah Alam, satu barang sampai lepas tiga hari dan satu lagi barang yang sepatutnya sampai semalam tak sampai-sampai pun. siap kena called hotline bertanyakan mana barang.

rasa jugak la nak marah. sebabnya bila check online, barang sedang dihantar. barang keluar pukul 10 lebih. okay... ada van poslaju lalu depan rumah tapi singgah rumah jiran. tinggalkan nota untuk jiran sebab jiran tak ada dan terus pergi. masa tu dah pukul 2 kot kalau tak silap. called poslaju pasir gudang. engaged memanjang. kalau tak pun ada nada dering tapi tak diangkat. last-last masuk voicemail. memang sabar gila. called hotline pun sama. banyak kali dan memang dia orang busy gila. mungkin attending orang-orang yang barang dia orang terbakar tu kot. tak apa. dah pukul 4 lebih baru dapat.

dia cakap barang tengah deliver. aku cakap, aku ada kat rumah. tak pergi mana-mana. tak ada barang pun. ni dah petang, memang sah la barang tak dapat. dah la ambik masa lama. sebelum ni tak pulak macam ni. okay je. dia orang sibuk settlekan kes barang terbakar tu la. reda sekejap. tapi yang tak boleh nak terima tu bila barang tu ter'missed delivery'. eh, salah aku ke? sebabnya barang tu aku nak bawak balik kampung. hari ni sebelum pukul 7 dah nak balik. mana sempat nak tunggu poslaju pun. memang marah la ni. kalau barang tak ada lain cerita. ni barang tak sampai-sampai. geram je. dah satu cerita kena mintak husben poskan ke kampung. membazir duit je. dan ada dua lagi barang yang aku poskan ke kampung dan aku expect sampai lagi dua hari dah selamat sampai pun semalam. dipos hari sebelumnya dan sampai semalam. alhamdulillah...

dua barang tu tak berapa nak penting berbanding barang yang satu ni. sengal la poslaju ni. dah penjual guna pos laju, reda je la. sebelum ni aku guna Nationwide. tak pernah-pernah ada masalah jugak sampailah aku poskan barang ke ayah aku. untuk kawan yang kat Negeri Sembilan dah sampai. tapi untuk ayah aku yang mana aku poskan hari khamis tak sampai-sampai. tak update kat page pulak tu. sebabnya aku dah tanya kaunter tu barang ni akan sampai hari isnin ke? konfiden dia jawab, sebelum isnin akan sampai. tapi tak masuk kawasan rumah. mintak ambik kat pejabat. tak apalah. sebab sebelum tu dia dah mintak kawasan. nak tengok deliver ke rumah ke tak. jumaat, sabtu tak sampai-sampai. isnin pagi pun tak sampai-sampai jugak. check web. alamat ada tapi kat Pekan dah tutup rupanya.

Baarng kira urgent la jugak na sampai sebelum Isnin. Last-last sampai petang Isnin. Sengal memang sengal. Geram gila dah. Mula la nekad tak nak guna lagi servis ni... ≥﹏≤ 

Semua servis sebelum ni okay je. Ramai sangat beli barang online. Tu pasal Semuabkurier pening-pening kot. Tapi tak apa la. Barang pun dah selamat sampai. Biar lambat asal selamat. Jangan tak sampai langsung sudah. ╰(*´︶`*)╯


my foot: entri sebelum cuti sekolah. dah bukak sekolah baru publish. macam kurier jugak la ni. ambik masa lama nak publish. ngeee...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. sangat frust kalau yg barang kita tak sampai

    ReplyDelete
  2. sangat frust kalau yg barang kita tak sampai

    ReplyDelete
  3. memang geram kan dgn kurier service kat malaysia..penah dah terkena ngan pos malaysia.. hantar kimchi kat customer.. tracking no tak masuk sistem..lastnya seminggu baru sampai.. sampai customer mintak refund.. bengang je..

    ReplyDelete
  4. kadang benda yang kita nak guna sangat-sangat yang lambat sampai...huhu

    ReplyDelete
  5. KA dh terken abyk kali dah pos laju yng x laju huhuhu

    ReplyDelete
  6. sama la mcm saya.
    ada skali tu mmg tgh tunggu sangat sangat brg tu.skali delay la pulak.nak call dorng bukannya snng nak berangkat. telan duit pulak tu.haishh

    lagi satu kalau brg sampai kita ada kat rumah tp x dgr. bukannya dia nak call pon. bila tnya kat kaunter, katanya kalau dpt budak bagus dia akan call.nasib la.

    pernah dpt call skli je.masa tu kt rumah jga.sbb dia ketuk pintu x dgr. bila call terus jawab buka pintu..

    ReplyDelete
  7. kalo nak guna urgent tu yg bengang skit kalo sampai lambat kan?

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign