Fresh from the owner...

05 April 2014

Kalau Alya demam.



Aku sebolehnya nak elakkan Alya demam. Memang dia paling susah nak demam. Tapi sekali demam, dia paling meragam. Dengan sakit kepala, bisa-bisa badan dengan kaki. Dengan tahap kemerepekkan yang tinggi lagi. Mak memang sabar dalam debar okay. Nak buat macam mana. Dah abahnya kerja malam. Mak je la kena jaga. Dah tu Alya ni pulak bila tengok adik-adik demam nak demam jugak.

Sudahnya hari Rabu cikgu called bagitahu dia macam tak sihat. Mintak ambik. Jadi abahnya la yang ambik memandangkan aku ada dua pesakit sedia ada. Haha... Sorang dalam proses nak bai, sorang lagi still demam. Start balik sekolah merengek je la. Sakit kepala, kaki, tangan dengan badan. Okay... yang tu memang ikut aku. Tapi aku terlupa nak bersedia dengan satu perangai pelik dia setiap kali demam. Yang tu memang terlupa sungguh.

Bila start malam mula la nak merepek bagai. Dia terkejut dengar Aus nangis tak boleh tidur. Dia bangun, pandang baju Aus lepas tu start suruh aku tidurkan adik dia tu. Lepas tu cakap takut-takut. Bila tanya kenapa, dia cakap ada 'orang' usik adik. Tanya lagi dia kata kenapa semua berkedut-kedut? Dia takut tengok. Aku cakap tak ada apa-apa. Kedut pada baju dengan cadar tu biasa la. Dia nampak benda tu macam ada orang tarik.

Esoknya pulak. Malam jugak. Lagi ekstrem. Bila dia cakap takut tu, aku whatsapp abah dia bagitahu. Nampak Alya macam dah sedar. Bila abah dia tanya cakap dengan siapa, dia jawab abah. Tapi dia tak nak pegan tipon. Takut. Lepas tu dok tekan-tekan benda entah sebelum mula merepek nak abah la, ibu la. Masa tu memang sahih la dia tak sedar walaupun dia jaga. Bila dia dah start mengamuk tu la aku jirus dia dengan air. Itu pun mengamuk jugak lagi. Dah basah satu badan baru la macam okay sikit. Ha... tu la penangan nak demam sangat. Mak jugak yang pening.

Kalau sebelum-sebelum ni dia demam, dia bangun cakap nak 'balik'. Nak balik mana entah. Itu pun pukul 1 ke 2 pagi macam tu la. Kali ni merepeknya lebih sikit. Sebab dia kata dia tak nampak apa. Gelap je. Dah tu bila tanya nak demam lagi? Tak nak dah... ●︿●
posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. anak akk no 2 tu pon kalau demam suka meracau... takut kita dibuatnya...

    bismillahi syafi

    ReplyDelete
  2. seram sejuk bc ntry ni.
    anak anak kan.
    smga cepat sembuh

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign