Fresh from the owner...

10 April 2014

Hijab Cantik Buat Muslimah.


Berapa ramai di antara kita yang sedar akan kepentingan berhijab? Hijab ini bukan sekdar fesyen semasa malahan ia juga merupakan salah satu lambang ketaatan muslimah terhadap tuntutan agama. Tidak salah berfesyen sambil mengenakan hijab. Namun, biarlah gaya berfesyen itu sesuai dengan hijab yang kita kenakan di kepala. Tidak guna berhijab jika fesyen yang dikenakan tidak selari dengan tuntutan agama. 

Lihat saja artis-artis tanahair yang tampil berhijab. Tetap manis dan bersesuaian dengan fesyen yang digayakan. Berhijab tidak membataskan fesyen. Malahan para muslimah masih boleh menggayakan hijab anda dengan gaya tradisional, kontemporari mahupun menggabungkan kedua gaya ini dalam menampilkan sesuatu yang berbeza.


Antara selebriti tanahair yang tetap manis berhijab dan pandai menggayakan hijab dengan fesyen semasa adalah Wardina Safiyyah, Dato’ Siti Nurhaliza, Diana Emir, Raja Farah dan ramai lagi. Berhijab tidak membataskan mereka untuk kelihatan cant Ik dan manis bergaya. Malahan ia turut menjadi ikutan bagi meraka yang mementingkankepentingan berhijab dan kecantikkan serta keselesaan dalam berfesyen.

Terdapat banyak rekaan hijab yang boleh didapati dalam pasaran. Selain daripada itu pilihan warna yang pelbagai juga memberikan kelebihan buat wanita di luar sana. Ini memberikan peluang untuk mereka bergaya sakan dengan fesyen tudung terkini dengan stail yang berbeza. Hijab juga amat sesuai untuk dipadankan dengan baju Muslimah seperti baju kurung moden, blouse Muslimah, Muslimah top, jubah moden, kaftan dan baju kurung peplum moden. Berikan sentuhan kreatif anda tersendiri bagi mendapatkan penampilan yang lebih sesuai dengan cita rasa dan menyerlahkan sisi personaliti anda. Dengan cara ini anda pasti akan menjadi perhatian bagi mereka yang memerhati! 


Jika tidak punya masa terluang untuk ke pusat membeli-belah, kenapa tidak beli saja hijab anda secara online? Ia bukan saja menjimatkan masa malahan lebih mudah kerana semuanya terletak di hujung jari anda. Apa tunggu lagi??? Jom mulakan retail theraphy anda.



my foot: iklan ini dibawakan khas oleh Zalora.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. Wah, dapat ads dari Zalora juga ya! Bolehlah beli barang dengan kupon nanti :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign