Fresh from the owner...

21 April 2014

Dua beradik.



Bila Alya dengan Anis dah ke tadika, tinggallah anak-anak soleh dua beradik ni. Kalau sebelum ni Azfar sorang je. Sekarang dah ada kawan. Kalau tahun depan Azfar sekolah, tinggallah Aus sorang. Haha... Kena plan baru ni. Tak ada la. Husben kata for the mean time... biarlah dengan 4 ni dulu. "Kesian kat Ibu." Bawak anak-anak lelaki selama 9 bulan tak sama dengan bawak anak-anak perempuan selama 8 bulan. Tapi aku tak kata tak nak. Husben kata biarlah dulu... ^o^

Azfar sangat sayang dengan adik. Kalau akuu mintak dia tolong jagakan adik, insyaAllah dia jaga. Paling tak pun dia jerit je bagitahu apa adik dia buat. Kalau adik dalam buai pun dia tolong tengokkan. Nak pegang belum boleh lagi. Even dudukkan adik pun kena tolak, tumbang dia ke belakang. Hoho...

Azfar sejak dulu mulut tak boleh senyap. Time demam pun bising je. Pada aku tu lebih baik daripada dia demam merengek bagai. Buat aku susah hati. Kalau dia demam bercakap, itu tandanya dia still boleh fight demamnya tu. Jiran-jiran pun suka dengar dia bercakap. 

Alhamdulillah... Ikut abah suka bercakap ni. Kalaiu bab makan, aku tegah dia ambik banyak ke makan ke... dan kalau dia makan jugak tapi tak habis nanti dia cakap la: "Tu la... Ibu dah kata tak habis kan? Tak dengar cakap ork?!" Ada masa dan ketika dia akan keluarkan ayat power-power: "Tak boleh fokus." Fokus okay. Kau ado? Haha...

Aus still dengan kecomelannya. Mulut pun bising jugak macam abang. The run in the family I guess. Daripada Alya, Anis, Azfar dan sekarang Aus... memang suka bercakap la. Aus belum lagi. Tapi potensi ke arah itulah. Ada je benda nak tanya, nak cerita. Tak apalah. Ibu okay je bising-bising pun. Abah je la tak berapa boleh nak dengar. Abah kan ada pantang larang sikit. Jadik kena ikut.

Apa pun, anak-anak soleh memang menghiburkan hati la. Sentiasa. InsyaAllah... Semoga jadik anak soleh dunia akhirat. Aminnn...


posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. Azfar gud brother..pandai jaga adik..nape aus makin tuh..;)))

    ReplyDelete
  2. Lawak plok baca yg dia dulu gi bebel kat diri dia sblum ibu dia marah.

    Meriah betul anak ramai kan. Harap2 ada rezeki anak ramai nanti.

    ReplyDelete
  3. seronok bila anak2 suka bercakap ni..nampak comel je..hehe..

    ReplyDelete
  4. seronok bila anak2 suka bercakap ni..nampak comel je..hehe..

    ReplyDelete
  5. bestnya ada dua pasang kan.. aus umur berapa? geram tengok bebudak kecik petah bercakap tau.. kadang2 unexpected perkataan yg keluar dari mulut masing2 tu..huhu

    ReplyDelete
  6. Macamanalah agaknya kalau saya ada 4 anak? Mahu terkangkang-kiap. Tak jalan satu rumah :) Ada dua ni pun, naik pening mendengar 'leteran' mereka :D

    ReplyDelete
  7. rasa macam baru je baca kisah azfar ni kecik. tak sgka sekarang dh jadi abg yg boleh diharap.aus pun dah besar,dah byk bercakap ekk

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign