Fresh from the owner...

08 April 2014

Cuti sekolah yang lalu... - part 1.

Balik kampung dengan Kerry. Ikut kata dia nak bertolak lepas subuh. Lebih kurang pukul 7 la. Tapi datangnya lebih kurang pukul 7.10. 7 la sangat. Haha... Anak-anak semua dah siap sebelum pukul 7 lagi. Balik kali ni abah tak ada. Tak sempat jumpa. Masing-masing sedih bukan main lagi. Adoiii la... Asal balik kampung tanpa abah je mesti ada drama airmata. Layankan je la. Balik kali ni jugak terus ke Terengganu. Tak balik Pahang dulu macam biasa. Cuti kena adil. Kena kasi sama rata. Kalau tak aku balik Pahang je. Dua minggu cuti, dua minggu la kat Pahang je. Dah duduk jauh ni, tak salah pun kalau cuti dibahagi-bahagi.


Alya makan chewing gum. Buat elak rasa loya.


Budak dua beradik paling banyak tidur.

Aus tak biasa jalan jauh. Makanya ada ragam sikit. Especially time nak tidur. Tapi overall dia okay je. Dengan cara Kerry drive, aku pun naik pening. Disebabkan lama dah tak balik kampung dan jalan jauh, dengan style Kerry drive lagi... Anis memang tak boleh handle semua tu. Mula-mula pening. Lepas tu muntah. 3 kali sepanjang perjalanan. Mula-mula area Johor, kemudian Pahang dan last sekali kat Terengganu. Muntah kat setiap negeri yang berbeza. Haha...

Dah sampai Terengganu okay je masing-masing. Happy je. Aku dengan anak-anak tidur kat rumah MIL je. Tak ada orang. Kalau semua balik baru tidur rumah SIL. Balik kampung ada kenduri pulak. Memang dah tahu awal-awal lagi dah. Baju pun dah spare. Sepupu husben yang kawin. Pergi la jadi wakil dia.


Kerry layan Azfar makan sebab maknya tak cukup tangan nak suap.

Awal-awal Alya kata bosan balik rumah Mi. Bila dah balik, tak nak balik Pahang pulak. Kat sana dia ada sepupu kembar. Main sakan la dengam sepupu dia orang tu. Tukang layan pun ramai. Jadik aku boleh la relax sikit. Memang macam tu la kalau balik kampung. Tukang layan ramai. Bernafas kejap mak... ^o^


Ini Piah dengan Aus dan salah seorang kembar.

Budak-budak ni dibawa ke taman permainan. Taman berdekatan pantai. Lama tak ke pantai. Teringin nak pergi. Mungkin bila husben dah free sikit boleh la kot ajak jalan-jalan. Kot la. Dengan cuaca tak menentu ni macam mana la nak pergi jalan-jalan kan? Huhu... Ada rezeki ada la.

Yang pasti budak-budak ni memang suka balik kampung. Sementelah, kat kampung la dia orang membesar kan? Lain kali kita balik lagi ye.

posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. Bestnya balik kmpung..
    Salam perkenalan

    ReplyDelete
  2. biasa la janji org kita.hihi
    bab muntah yg x tahan kan sian anak anak

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign