Fresh from the owner...

17 April 2014

Cuti sekolah yang lalu... - finale.


Siap ada finale bagai. Haha... Kat kampung banyak aktiviti, banyak cerita. Tapi tak sempat sangat nak berblog. Okay... keje sikit je tapi bak relax je lebih. Nak pegang telefon pun untuk main game je. Haha... Itu pun kejap-kejap je. Aku cuma layan game Frozen Free Fall. 

Dulu main candy crush jugak. Tapi aku rasa frozen punya game ni visual dia lagi cun la. Sama je macam main candy crush. Kena fikir strategi macam mana nak jalan tapi aku tak fikir pun. Hentam je main. Janji lepas level. Emoji pun aku dah uninstall. Rupanya dia tambah level lagi. Daripada 40 levels dah naik. Tak ada masa nak main lagi dah.

Sekarang ni pulak tengah nak kemaskan rumah. Bersepah sejak budak-budak ni demam. Langsung apa pun tak boleh buat. Bila dah okay sikit ni dan tidur Aus pun dah nak okay macam dulu, baru senang nak buat keje. Kalau tak, nak dukung je dia. Adoiii la... Itu belum kira time abang demam abang nak dukung jugak. Dah tu kalau mak demam siapa nak dukung? Abahnya dah tentu tak larat. ^o^

Jom layan pic aktiviti dia orang masa kat kampung. Hari-hari dok request nak mandi kolam. Kolam ni Alya dengan Anis yang punya. Memang sengaja tak bawak balik. Tinggalkan je kat kampung. Senang sesekali balik boleh mandi kolam. Perbanyakkan bil air ayah aku. Hehe...











Memang seronok la dia orang main. Kakak sepupu di orang yang paling besar layan. Aku dok sibuk buat hal sendiri. Sense Kali jengukkan kepala tengok apa dia orang buat. Memang happy gila la. 

Ini pun dah request nak balik kampung cuti sekolah nanti. Tapi tak pasti lagi boleh ke tak. Abah bukan senang nak cuti. Keje tengah banyak. Nak suruh aku drive sendiri? Belum tentu dia nak bagi. Tunggu je la...

posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. mama lynn duduk rumah taman... memandangkan da sambung depan so boleh la anak2 mandi kolam kat dlm kaw umah je. hehe tp skrg musim xde air.. kolam mandi diorg da jd bekas tadah air

    ReplyDelete
  2. Hahaha... kalau mak demam janganlah berangan ada orang nak angkat :)

    ReplyDelete
  3. amboi....penuh muatan kolam tu
    kalau dah ramai2, buat apa pun seronok

    ReplyDelete
  4. amboi....penuh muatan kolam tu
    kalau dah ramai2, buat apa pun seronok

    ReplyDelete
  5. wah.penuh sesak.puas hti kan dpt berkubang reramai ceng gitu.baru lah dpt mengeratkan hubungan silaturahim.skali skala bjmpa :)

    ReplyDelete
  6. Wah.. seronok nampaknya budak2 main kolam sama2.. ada ramai sepupu yg sebaya macam ni, best la.. boleh maknya pantau je dari jauh..bln 6 ni cutinya lama, bolehla balik jg lagi

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign