Fresh from the owner...

22 April 2014

Cerita makan-makan waktu hujan.


Entri tanpa pic. Malas pulak nak tepek barang sekeping. Haha... Tak ambik sekeping pun pic roti sebab tak bercadang pun nak masukkan dalam blog. Tapi saja nak bercerita je pasal roti yang jadik fenomena ni. Ala... dah ramai yang bercerita pasal roti ni. Kalau rajin google je.

Memang plan nak buat. Tapi mood tak ada. Bila dah start buat macam rajin la pulak. Dah dua kali buat pun. Untuk anak-anak makan. Anak-anak ni alhamdulillah... apa je yang aku masak semuanya dia orang kata sedap.

Untuk dua bekas roti tu pun dia orang yang makan. Sebenarnya sukakan sos butterscotch tu. Tapi dok ulang makan je la. Tambahan pulak semalam hujan. Nak makan jela kerjanya. Alhamdulillah.. rezeki anak-anak. Ayam pedas yang aku masak pun dia orang kata sedapnya. Siap cium bau lagi.

Dan anak soleh dan solehah tiga beradik tu la dok perabihkan ayam masak pedas yang aku campur dengan sos masam manis. Alkisahnya husben aku ni masa mintak dia belikan sos plum dia sure tak ingat tapi malas nak tanya. Makanya dia beli la sos masam manis sekali sebab tak tahu aku nak guna yang mana kan.

Sos masam manis mana pernah beli. Jadinya aku campur je ikut suka hati time masak. Tu yang berbau harum lebih tu. Haha... Sos plum tu biasanya aku guna untuk gantikan sos ikan. Aku tak suka rasa sos ikan tapi aku suka rasa sos plum.

Dan anak-anak ni bila semua benda kita masak dia cakap sedap, kembang je hati ibu. Anis dengan Azfar memang suka makan. Alya western sikit sebab makan memilih. Nasi makan sikit je. Itu pun dalam seminggu 3 ke 4 kali je makan. Tapi kalau roti, kek, tart memang laju je dia makan. Tak apa la. Makan la selagi boleh.

Sekian. Hehe... (♡˙︶˙♡)

posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. Sama la MJ baru buat roti bun sarang lebah tu..hehee
    Sos dia memang sedap ;D

    ReplyDelete
  2. Bagus anak-anak sentiasa memuji masakan emak. Kalau macam ni, memang hari-hari dok kat dapur pun takpa :)

    ReplyDelete
  3. roti yang kebang nampak manis kat atas tu yer kak...tak pernah try lagi.

    ReplyDelete
  4. betul tu.janji anak anak mkn jugakkan

    ReplyDelete
  5. roti apa?roti arab sos butterscotch tu ka?

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign