Fresh from the owner...

22 April 2014

Cerita jiranku.


Lepak kat luar kejap semalam lepas hujan berhenti. Bagi Aus ambik udara segar lepas hujan. Kebetulan jiran sorang ni baru balik ambik anak-anak dia daripada sekolah. Dok sembang la kat luar kejap sementara tunggu husben siap-siap nak pergi kerja. Jarang dah jumpa jiran ni. Kalau jumpa pun seawal pagi dengan waktu petang macam ni la.

Sembang-sembang kosong je pasal anak, pasal kereta. Jiran ni pangkat adik dengan aku. Dia bercerita kejadian dia bawak anak-anak dia ke Zoo Johor. Hadiah sebab anak-anak dapat nombor 1 kat sekolah. Sampai kat zoo hujan baru berhenti plus dah pukul 4. Memang dah petang sangat la sebab zoo tutup pukul 6.

Dia cakap, keesokkan harinya anak dia nombor dua dok nangis-nangis bagitahu kaki kirinya sakit. Macam kejang. Tak boleh bangun. Meraung-raung. Sampaikan abang si adik pun nangis tengok adiknya nangis. Apa hal pulak? Haha...

Bawak ke petang, sakitnya tak hilang tapi makin menjadi-jadi. Kejap sakit kat betis. Kemudian kat peha. Dia panggil tukang urut kat belakang. Yang urutkan aku lepas bersalin tu. Dia kata akak tu pegang kejap terus tarik tangan dia. Akak tu tanya dia ada bawak anak-anak pergi mana-mana ke semalam. Dia cakap la ke zoo. Akak tu pun cakap anak dia tu dah terlanggar 'benda'. Teruk jugak ni. Akak tu terpaksa minta tolong akak dia yang berada jauh untuk tarik 'benda' tu keluar.

Menurut kata akak yang urut tu, si kakaknya yang tarik tu bagitahu yang anak dia terlanggar 'baby tengah merangkak'. Sebab tu 'baby' tu dok ada dalam betis dia. Kejap kat betis, kejap kat peha. Kiranya bernasib baik tak sampai ke pinggang. Dan paling bernasib baik sebab 'benda' tu baby. Kalau tak, meracau dah anaknya tu. Lepas tarik tu, okay sikit. Malam tu jugak dia sefamily pergi ke pusat perubatan islam.

Sampai sana ustaz kata 'benda' tu dah tak ada. Tapi kesan cakaran baby tu je tinggal. Itu yang jalannnya berdengkot-dengkot. Ustaz tu kata kalau 'benda' tu ada, mesti anaknya tak nak masuk bila sampai kat tempat perubatan tu. Huh! Scary? Benda-benda tu ada. Nak takut apanya? Setakat seram-seram tu boleh la. Dah rasa, nak buat macam mana.

Kesimpulan jangan bawak anak-anak ke zoo lepas hujan dan waktu petang. Jangan la bagi dia orang bergelak ketawa sangat waktu petang kat tempat-tempat yang tak diyakini. Husben marah kalau anak-anak ni gelak sakan tak ingat. Ada vision tak elok dia nampak. Selalunya betul la tu. Huhu...

posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. Kisah yang boleh ambil oengajaran ni. Anak saya yang kecik tu penah juga kena ganggu..menangis2 agaknya nak bgtahu apa tak kena. Mana kita faham kan. Rasa pelik sebab dia tak biasa buat perangai macam tu saya bawa ke tempat perubatan islam juga.

    ReplyDelete
  2. Alamak..seram pulak..mak falsya pun marah bile falsya gurau2 ngan qisya or bg qisya nangis ptg2 nak ke maghrib..xelok katenye..

    ReplyDelete
  3. Arghhh, scary pulak membacanya. Kalau macam ni punya gaya tak petang pun tak mahu bawa anak-anak masuk zoo. Anak saya yang kecil tu dulu, rajin gak merengek bila ternampak 'benda'. Kita pulak yang berdiri bulu roma.

    ReplyDelete
  4. benda2 cmni kadang2 tak diduga..tapi kena beringat la kan..mujur anak jiran tu takde pape

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign