Fresh from the owner...

28 April 2014

Banyak cerita.


Okay... Obama datang Malaysia. Jadi apa kena mengena dengan aku? Memang tak ada. PM berselfie dengan Obama pun jadik bahan. Biar la dia menteri ke PM ke manusia biasa sekalipun, kalau dia suka berselfie dan tak susahkan orang... apa nak hairan.

Ha... bukan nak bercerita pasal Obama datang Malaysia pun. Tapi nak bercerita pasal pic ni. Dua orang di belakang ni are my friends. Memang kecoh la kat group whatsapp yang dua orang ni masuk tv bagai. Memang jadik bahan la seminggu.

image

Even kawan seorang lagi tersilap sent mesej pun jadik bahan dalan group. Alkisahnya nak sent ke husben. Tapi tersent kat group. Haha..  Memang kena je la. Nak buat macam mana? Dah tersent tak boleh buat apa la. Kena redha je... ^o^

Hari ni pergi shopping barang dapur. Husben kata dia dah malas nak drive. Lepas ni aku je la jadik driver memandangkan Aus sangat baik budaknya. Tak ada masalah pun duduk dalam kereta dengan abah. Tak macam budak tiga beradik masa baby. Tak nak duduk langsung dengan abahnya. Yang ni comel je. Memang baik la.

Aisey... Dah lama tak bawak kereta jalan jauh. Setakat highway tak banyak kenderaan pernah la. Itu pun sekali dua je. Husben kata penat dah jadi driver. Haha... saja je kan. Kena belajar semula untuk drive jarak jauh. Dah 6 tahun tinggalkan. Pernah kena saman sekali ye. Ngeee...  Nanti nak balik kampung dia cakap: 'Ibu drive la. Kereta Ibu.' Huhu...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. pemes la diaorang mengalahkan citer pasal obama ye tak>??heheh

    ReplyDelete
  2. husna nama je dah ada lesen keta tapi langsung tak bleh bawak..

    ReplyDelete
  3. hehe sesekali husband nak bermanja ye

    ReplyDelete
  4. bagus aus ni. menyenangkan hati ibu dia. boleh la kena asah balik skill memandu kak sal.

    ReplyDelete
  5. Oh, dah kena jadi mak supir baliklah ya! Saya kalau dengan hubby memang tak pernah drive, malas. Lagi best dok belakang jadi mem :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign