Fresh from the owner...

13 April 2014

Bag kanvas saya.



Ini backpack aka handbag jugak. Dua dalam satu. Beli sebab rimas je nak bawak handbag. Mana nak dukung si kecik lagi, nak sandang handbag lagi. Serabut. Masa balik kampung cuti sekolah tu hari, aku tak bawak balik handbag. End up ada barang yang tertinggal dalam tu. Tak pasal-pasal husben kena pos kat kampung. Nak buat macam mana. Kononnya tak bawak handbag okay je. Tapi tu la.... nak isi barang anak-anak pulak tak ada tempat... ≥﹏≤

Geram punya pasal, pergi ekspo cari backpack. Kebetulan balik Pahang ada ekspo baru bukak. Pergi la cari dengan jayanya. Jumpa bag ni. Kanvas. Murah pun murah. Tukang jual cakap boleh jadik handbag jugak ni. Bagus-bagus. Kanvas pun kanvas la. Ada kulit tapi serabut nak guna buat apa. Ada dua tiga warna. Tapi biru ni nampak paling okay. Design pun okay berbanding yang dua lagi. Makanya campak je barang-barang anak dalam ty. Kalau malas nak bawak, suruh je anak-anak yang besar bawak. Settle. Hehe...



Ini pulak shoulder bag yang baru sampai semalam. Aku tebus kupon yang aku dapat daripada zalora. Puas dok scroll mencari benda yang sesuai beli. Ada dua tiga. Tapi last-last aku ambik yang setara harganya dengan kupon yang aku dapat. Yang ini pun kanvas jugak. Ada dua kaler. Satu lagi brown. Tapi design pulak aku tak berkenan. Lagi pulak aku tak ada kaler merah. Aku ambik je la yang ni. Tapi bukan merah. Pink Rose. Macam kusam sikit kalernya. Aku suka tapi bag tu besar sikit. Boleh la isi banyak barang. Tuala, baju spare, pampers tiga empat keping... macam-macam la.

Sekarang ni aku ada dua la bag kanvas. Handbags pun ada. Boleh la gilir-gilir guna kalau aku rajin nak tukar. Kalau la. Ngeee... Habis tu, pasal bag pun nak cerita? Cerita la. Dah nama pun blog personal. Tapi seronok jugak shopping kat zalora ni. Macam rambang mata pun ada. Servis pun cepat je despite of cerita yang tak sedap aku pernah dengar sebelum ni pasal zalora ni menipu la apa la.

Apa pun, terima kasih zalora untuk voucher yang diberi. Next time boleh shopping kat zalora lagi... (♡˙︶˙♡)
posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. Tak cukup dua tu, kena shopping lagi. Raya kan nak dekat :) Hihihi...suka beno jadi batu api!

    Hah, saya pun sibuk susun kasut tetiba handbag yang sampai. Confused jap. Blog personal ni bagus boleh dicaca-marbakan ikut sesedap rasa. Cuma ada orang nak baca ke tidak, itu aje masalahnya :D

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign