Fresh from the owner...

28 April 2014

Aus dan perhatian.



Budak kecik ni selalu je jadik perhatian. Ada je orang nak cakap gemuknya, sihatnya (yang mana masa dia demam seminggu dan tak nak makan langsung, even lepas demam pun sama sampai ibu jadik susah hati... Still orang kata debab) dia. Selain tu, mata dia orang notice first selain daripada kulit dia yang putih gebu tu. Aus memang cerah daripada kakak-kakak dengan abangnya.

Aku tak ada la mintak perhatian tapi baru-baru ni bawak dia dan abangnya ke hypermarket. Time nak bayar, dengar sorang cashier ni panggil suruh bayar kat tempat dia walhal barang-barang husben yang bayarkan kat kaunter lain. Aku pun pergi je la kat kaunter dia.

Ingatkan apa tapi dia geram tengok Aus. Dok cium je. Dia kata comel. Nak pegang tak boleh. Bos marah. Aku macam... errrkkk!!! Husben pun tanya, kenal ke? Aku cakap tak. Tapi dia panggil. Ingatkan nak apa. Nak cuit-cuit Aus rupanya. Cikgu-cikgu sekolah Alya dengan Anis pun suka tengok. Debab.

Alhamdulillah... lepas 3 hari baik demam baru la ada selera nak makan. Itu pun sikit-sikit. Okay la daripada tak nak makan langsung. Sekarang ni dah okay dah. Makan pun banyak je. Memang bersyukur sangat-sangat. Masa tak nak makan tu susah hati la jugak sebab dia bergantung dengan susu badan je. Dah besar, tak cukup susu je.

Babies ni semuanya comel. Bukan puji anak sendiri comel. Tak la. Tapi kalau aku tak puji siapa lagi nak puji kan? Hehe... Aku pun suka je tengok babies lain. Comel dengan telatah dan gelagat dia orang. Comel dengan cara dia orang yang tersendiri. Tak ada babies yang tak comel. Even yang ada kekurangan sekalipun. Siapa kita yang nak cakap baby tu comel baby ni tak comel. Sebab comel dan cantik tu kan ke subjektif.



my foot: entah apa-apa entah.


posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. si mata bulat dan chubby mana orang tak geram tengok.

    ReplyDelete
  2. yup...semua baby comel hehehe...suka tengok baby

    ReplyDelete
  3. Memang comel pun Aus nie... geram tgk mata dia yg bulat tu.. :)

    ReplyDelete
  4. hehehe..puji anak sendiri tu biase la :)

    ReplyDelete
  5. serius semua baby comel..even anak india yang masih kecik lagi tu husna rasa geram..>.<

    ReplyDelete
  6. Bulatnya mata Aus. Memang geram rasa macam nak cubit-cubit aje dek kegebuannya nih. Errr...mak Aus tak marah ke kalau anak asyik dok kena gomol strangers?

    ReplyDelete
  7. mmg semua baby comel, tapi kalo yg ada pakej gebu dan mata bulat ni lagi la org geram. hehehe.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign