Fresh from the owner...

17 April 2014

Apa-apa pun boleh Ibu.



Budak dua-beradik ni kalau ke tadika aku bekalkan dia orang makanan sebab tadika tak sediakan makanan kan. Tak macam masa kat PASTI. Tadika sediakan semuanya. Kemas pun sama. Kalau tak sempat aku ajak dia orang beli je. Kadang-kadang bekalkan Gardenia yang harganya 70 sen tu. Tapi aku make sure dia orang makan benda berat kat rumah kalau bekalan diaborang biasa-biasa je.

Bawak telur goreng sebiji pun okay. Telur mata. Memang dia orang tak kisah bawak bekal apa pun. Janji bekal. Tapi dia orang lagi suka kalau aku masak. Tak kira la apa pun janji aku masak. Nasi goreng dengan kicap plus telur pun jadi. Selera makan dia orang ni tak sama. Kalau Alya dia suka nasi goreng telur tanpa ada bahan-bahan lain. Anis kira makan je apa pun.

Baik daripada demam ni dia orang nak bawak bekal nasi goreng je. Jadi sepanajng minggu ni aku goreng nasi je la untuk dia orang. Bagus jugak sebab balik daripada tadika ada masanya aku tak masak lagi. Bila bawak bekal nasi, dia orang kenyang sikit sementara nak tunggu makan petang. Bagusnya kalau aku ajak pergi beli makanan biasanya dia orang tak nak. Nak jugak aku masak. Senang la bila sekolah nanti. Bagi bekal je. Terjamin sikit kesihatan kan?

Doa seorang ibu semoga jadik anak-anak yang solehah dan cemerlang di dunia dan akhirat. Aminnn...

posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. masakan ibu jugak yang best =)

    ReplyDelete
  2. Salam Sal ya mmg elok klu bawak bekal dr rumah...tp kdg2 kesibukka kita membuatkn tak sempat menyediaknnya.
    Bagus la anak2 Salya..tak cerewet pasal mkn :)

    ReplyDelete
  3. makanan yang dimasak sendiri lagi terjamin kebersihannya...Ida ni jarang wat sarapan..asyik beli je..huhu..bila ntah nak rajin?

    ReplyDelete
  4. Anak saya dah dua tahun bersekolah, maintain aje bekalnya roti 70 sen. Kadang-kadang kesian tapi dia yang tak mahu makanan yang banyak renyah nak makan. Nak yang quick and fast, sekelip mata dah habis. Untung anak-anak yang tak berkisah ni ya.

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah..moga mrk cemerlang dunia akhirat.. bawa bekal dr rumah lagi terjamin kesihatan nya..setuju! :)

    ReplyDelete
  6. Alolo comel je 2 bradik nie....biasanya semua tadika ada sediakan makan ek.....

    ReplyDelete
  7. bagus la anak2 nak bawak bekal
    aku pun suka gitu
    anak2 aku pun bawak bekal
    walau tak hari2

    ReplyDelete
  8. Bagus ank2 akak x cerewet

    ReplyDelete
  9. insha allah moga jadi insan berguna dunia akhirat ameen, seronok diorg bila bawa bekal kan, sama ngan anak2 aju

    ReplyDelete
  10. Amiiin.. :)

    Bagus..bawa bekal terjamin kebersihan n kita tau apa anak kita makan. Anak sy PASTI, cikgu mmg ada sediakan mknn, tapi anak sy minta juga kadang nak bawa bekal, sbb kadang cikgu bg biskut je katanya..hihi..kena siapkan juga bekal kalau ada request..hihi.

    p/s: ha ah..lama sy tak update. :P sampai tak tau nak start update yg mana dulu..haha. terima kasih sebab sudi jengah blog sy walau takde update ape2..hihi.

    ReplyDelete
  11. baguskan.smga berkekalan ank2 bwa bkal.bkn setakat terjamin kesihatan.kebersihan pling utama :)

    ReplyDelete
  12. Jenis anak tak pilih makan macam ni bagusla. Mudah nk sediakan. Pastikan anak mmg makan ya.. ada saya jumpa budak yg dia bawa je makanan mak dia bekalkan tapi ada masanya bg kawan makan. Risau juga kalau anak saya dah sskolah, si abang mmg jenis payah makan..

    ReplyDelete
  13. Bagusnya berdua ni. Saya dulu masa kecik berlagak. Tanak bawak bekal sbb malu.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign