Fresh from the owner...

14 April 2014

Another year older. Sanah helwah dad!!!



Birthdaynya semalam. Tapi entrinya hari ini. Tak kisah la. Doa seorang anak semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan terus diberikan keupayaan untuk beribadat kepadaNYA.

Aku ajak ikut aku balik sini, tak nak. Kesian kat cucu-cucu tak ada orang nak ambik. Padahal dia pun tak sihat mana. Ikut aku balik boleh rehat-rehat. Ada jugak orang nak jaga dia daripada duduk rumah sorang-sorang. Boleh jugak bawak jalan-jalan.

Bulan 5 nanti nak bawak dia balik sini. Lama mana dia nak duduk ikut dia la. Aku okay je. Kalau duduk dengan aku makan je la kerjanya. Haha... Macam masa dia datang jaga aku dalam pantang. Dia makan pagi, sebelum tengahari, tengahari, minum petang dan makan malam. Pakej.

Memang aku nak dia datang. Harap dia datang la. Apa pun, Selamat Ulangtahun yang ke-73 Abah!!!

posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. Selamat hari lahir untuk Abah Kak Salya. Semoga diberi kesihatan yang baik.

    ReplyDelete
  2. Happy birthday utk abah kak sal..semoga pjg umur murah rezeki..semoga diberi kesihatan yg baik..amin..;)

    ReplyDelete
  3. selamat hari lahir buat abah sal dah 73 tahun, moga diberikan kesihatna yg baik

    ReplyDelete
  4. selamat ulangtahun ke 73 pakcik~

    ReplyDelete
  5. selamat hari jadi.. ayah atau ibukita memang taknannyer duk ngan anak2 kalua boleh nak duk sendiri walaupun tak sihat.. alasan tak nak nyusahkan anak2...
    tapi mungkin selesa kat rumah sendiri...

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Lahir buat ayah awk ya..moga sentiasa dlm lindungan Allah...amin! :)

    ReplyDelete
  7. Selamat ulg thn utk pakcik..semoga sntiasa dibawah lindungan Allah setiap masa...Birthday ayahnda sama dgn suami akak.

    http://4fn1mn.blogspot.com/2014/04/selamat-ulang-tahun-ayah.html

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign