Fresh from the owner...

11 March 2014

Tahun lepas punya cerita.


ni cerita tahun lepas. terjumpa pics dalam folder. tahun lepas kan tahun malas nak berblog sebab 'bawak' Aus. haha... cerita tahun ni je la. buat kenang-kenangan. aku dengan jiran depan rumah ni sebelum ni tak ada la bertegur sapa sangat pun. setakat senyum-senyum kambing je la.dengar-dengar jiran je la cerita pasal dia. dia second wife la... apa la. itu hal dia. bukan dia kacau kita pun. dia balik kerja terus masuk rumah. penat. malas nak bercampur dengan jiran yang kadang-kadang boleh tahan jugak.

last year dia bercuti ke Sarawak. aku dengan dia senegeri. tapi dia ingat aku orang Kelantan. hikhikhik... jadi bila tengok lama benor la jiran ni tak ada kat rumah. 4 hari la lebih dan kurang. hari ni dia balik, esoknya dia tak kerja lagi. penat kot. 'jet lag'. hahaha... jet lag la sangat. dia datang rumah aku hantar buah tangan dan buah kaki segala. eh... eh... baiknya jiran aku ni. baru sedar kan? ye la. aku pun baru je lagi duduk sini. mana la nak tahu jiran ni macam mana. jiran tu pulak macam mana kan.

fm dari Kuching.

ikan oh ikan!!!

kek lapis sarawak.

tiga benda ni yang akak tu bagi. alhamdulillah... rezeki kami. tak adalah aku perhatikan dia bagi kat siapa-siapa. yang pastinya dekat jiran sebelah-sebelah dia termasuklah jiran sebelah rumah aku ni. yang cikgu itulah. terima kasih ye kak. baru tahun ni dia tahu aku bukan orang Kelantan. itu pun selepas dia tanya masa majlis maulud kat rumah jiran: 'Tak balik Kelantan ke?' aku macam... 'Tak la. Saya orang Pahang. Husben orang Terengganu.' walaupun sama kaler benderanya tapi design tak sama. ha, tak adalah menjawab gitu. aku tahu dia orang Pahang sebabnya aku tanya dia tak balik kampung ke. masa tu nak raya. kiranya aku balik kampung dulu la daripada dia. masa tu dia cakap dia orang Pahang. dekat je.

dan malam tu jugak la dia cakap dia ada sedara-mara dekat sekolah itu dan ini. eh, tau pulak dia kawasan Pekan tu. sebabnya dia bukan orang Pekan pun. Mentakab ke Jerantut. macam tu la. aku pun dah lupa. haha... dia la yang pegangkan Aus sementara aku makan. dan sekarang ni kalau dia nampak Aus mesti dia tegur. dan dialah jiran aku yang di'tegur' jiran lain untuk buat IVF. daaa...



my foot: jiran-jiran ni tak ada la teruk sangat. tapi kadang-kadang datang jugak tahap kesengalan dia orang ni. adoiii... time tu memang poyo la!!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. tak kenal maka tak rapatlah...ehehehe... bertuah dpt jiran yag baik ni.

    ReplyDelete
  2. tak pandai nk mkn ikan tu...byk tulang kan!..hihi

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign