Fresh from the owner...

16 March 2014

Sudah jatuh bergolek



pukul 11 malam tadi. ingatkan dia dah tidur ataupun mungkin aku yang terlelap dulu. aku rasa dalam pada aku tepuk-tepuk dia tidur tu... sahih la aku terlelap. sedar-sedar je dengar dia menangis. adeh... jatuh la pulak. mesti ada benda yang dia nak ambik ni. alahai... Aus!!! nasib baik jugak tilam je tanpa katil. tak ada la tinggi mana pun. tak dengar pulak bunyi dia jatuh. dengar dia menangis je. nasib baik jugak la sekejap. berdebar la jugak bila anak-anak kecik ni jatuh.

teringat Anis. dua kali jatuh katil. sekali tu dia bergolek ke tepi. sekali lagi awal pagi dia bergolek macam mana entah. jatuhnya tu pulak hujung kaki. lepas tu buang katil. eh... jatuh jugak. grrr...!!! aku rasa semua ada kes jatuh daripada tilam ni. anak-anak ni betul la. alhamdulillah... lepas tu dia okay je. basuhkan kepala. senyap dia. segar mata mak dibuatnya.

malam tadi lambat pulak tidurnya si Aus ni. biasanya dalam pukul 6.30 petang aku tak bagi dia tidur. akan terlajak sikit membawa ke maghrib. timing orang nak solat tu la dia bangun. tapi semalam sebab dia mengantuk sangat bagi je la tidur. bila dia dah tidur petang, malamnya lambat pulak la boleh tidur. baru 7 bulan tapi dah macam abang dengan kakak-kakak dia dah. tapi mungkin jugak sebab panas kot. berpeluh-peluh dia makanya kurang selesa sikit la. 

apa pun, lepas tu dia mengombeng dan baru la tidur. emak join tidur lepas pastikan dia betul-betul tidur. Fuhhh...!!!


posted from Bloggeroid


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. Hye, I'm a new blogger :) Salam perkenalan, Mohon singgah dan follow blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  2. Hye, I'm a new blogger :) Salam perkenalan, Mohon singgah dan follow blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  3. Aus kan anak lelaki. Aus kuat!! Jatuh tilam apa ada hal.. Hehe..

    ReplyDelete
  4. comelnye auusssss!!!..bambam..nasib baik xtinggi tilam..

    falsya skang nie cukup risau kalau tetibe qisya dh boleh bergolek tanpa sedar..takut terjatuh katil bile falsya tgh tido..ishhh, mintak dijauhkan..

    ReplyDelete
  5. ee.. kena hati2 lah ni...selalu sgt jatuh x baik jugakan, sian dier !

    ReplyDelete
  6. mmg kalau baby tidur petang tu, time maghrib mesti bangun pastu malam tu tidur lambat. Selamat la tilam tu tak tinggi ye. Kalo tak, pucat la kejap muka umi dia.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign