Fresh from the owner...

14 March 2014

Sedekahlah dengan ikhlas.



nak bercerita kejadian dua minggu lepas kot. aku pun dah lupa. lepas hantar barang ke Nationwide (yang mana aku rasa macam malas je nak guna service tu lagi. nanti cerita) untuk dipos ke dua tempat, aku dan anak-anak temankan la husben pergi makan ubat. masa tu dah pukul 12 lebih sikit. klinik tutup pukul 1. dia suruh aku drive tapi aku cakap kalau aku drive lambat la sampai. haha... dasar malas kan?! disebabkan masa tu dah nak dekat pukul 1, jadik dia parking kat atas je sebab orang pun tak ramai mana dah.

hari khamis kat sini half day. boleh je dia nak pergi petang tu kejap. tapi alang-alang dah keluar. panas pulak tu. takkan dia nak keluar semula. kesian jugak sebab dia tak tidur pun lagi lepas balik kerja. aku dengan anak-anak tunggu dalam kereta je sementara dia pergi makan. dia memang akan elakkan anak-anak ikit dia makan ubat. kuman banyak dekat tibi area tu. kata dia la. budakbudak ni memang sibuk nak ikut. bukan tahu sakit ke apa ke.

dalam pada menunggu, aku terpandang seorang lelaki tua. bukan warganegara. dok menunggu je kat klinik tu. tapi tak ada la fikir bukan-bukan pun sampai la husben datang dan masuk dalam kereta. orang tua tu pun datang. dia bagi pic yang ada tulisan ayat Quran dengan pic Kaabah. katanya percuma. husben pun okay la. lepas tu dia doa la sikit. BM tak berapa pandai. dari Pakistan. dia kata sedekah la kat dia sikit. erkk...?! tadi kata percuma. lepas tu kena sedekah pulak? husben hulur la sikit. dia cakap: "Sepuluh ringgit. Sedekah sepuluh ringgit." okay... husben aku kata mana ada sedekah RM10. sebab dia dok mintak RM10. siap bukak baju tunjuk kesan parut kat dada.

husben kata bukan kedekut nak bagi. tapi bila mintak itu dah tak dikira sedekah. sudahlah mintak sedekah, siap request nak berapa. kata dia lagi, kalau ikutkan dia tak nak bagi. sebab galakkan warga asing buat macam tu. datang Malaysia senang-senang je mintak sedekah. orang-orang kita ni baik hati. bagi je la. kadang-kadang bukan dia orang bukan tak boleh kerja pun. tapi nak cari jalan mudah je.

aku selalu jugak terserempak dengan orang-orang macam tu. bahkan orang tempatan pun ada. nak tolak kang kesian pulak. takut la dia orang ni bukan betul sangat. tiba-tiba mengamuk tak tentu pasal sebab tak dapat duit bahaya jugak. setakat beli seplastik air tu boleh la bagi duit. bukan kedekut tapi tak tahu ke mana hala la dia orang guna duit tu. ada yang macam lalok-lalok tapi cakap macam tak makan seminggu. ada macam pakcik-pakcik buat muka sedih. macam-macam ragam orang yang mintak sedekah ni. 

dunia... nak buat macam mana?!!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. btul tu...minta plak nk berapa...tu dah bukan sedekah...rietta plak dlu ada group bdk bdk mcm skulah agama tu mnta sedekah...dekat area kedai makan....rietta biasa bg juga...tapi xbanyak la...ada stu hr tu...rietta nmpak sorg dr dorg tu...men ludah ludah atas kerusi dalam kedai makan tu...lagsg rietta xbg dah...bukan kedekut...rietta rasa itu bukan perbuatan budak skulah agama tahfiz...xtahu la plak klu sindiket...

    ReplyDelete
  2. huhu..mula-mula kita ikhlas nak bagi tapi bila dah meminta-minta jadi tak ikhlas pula kan?

    ReplyDelete
  3. oh saya pernah juga jumpa org macam ni... bagi kata percuma... bila kita dah pegang dia suh bayar... so saya pulang balik, cakap tak nak... betul juga ckp hubby sal ya tu... kalau sedekah.. mana boleh minta nak berapa... macam2 la...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign