Fresh from the owner...

30 March 2014

Rifqi Di Dunia Nyum-nyum.



Buku ni sampai tengahari tadi. Awal pula sampainya sedangkan kawan aku tu pos semalam. Kenapa aku cakap macam tu? Ada kisah sebenarnya. Kisah sebelum cuti sekolah dengan poslaju yang sengal. Huhu...

Even kawan aku tu pun terkejut buku tu sampai dah dengan jayanya. Buku ni cantik. Presentation memang baik la. First impression budak-budak bila tengok memang teruja gila. Anak-anak aku la tu. Haha... Excited sangat nak suruh aku baca bila tengok keseluruhan buku penuh warna-warni.

Harga pun tak ada la mahal sangat. Memang sesuai untuk budak-budak. Memupuk minat membaca. Aku suruh dia sign dalam buku tu. Walaupun member tapi dia up sikit sebab dah ada buku cerita yg diterbitkan. Semua buku cerita kanak-kanak. Padahal dulu sama-sama sent cerpen ke Mingguan Wanita.

Dan dia jugak adalah penulis untuk buku Budak Tin yang pernah aku buat entrinya last month kot. Nanti kena cari link tu la.

Ada yang berminat dengan buku ni? Boleh pm aku or cari kat bookstore. Tak salah keluarkan duit untuk tanamkan minat membaca dalam diri anak-anak kan?

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. Betul tu. Pelaburan di masa akan datang. Tp anak anak akk x minat membaca. Geram betul.

    ReplyDelete
  2. bestnya ada kawan penulis. Siapa nama penulis ni?

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign