Fresh from the owner...

31 March 2014

My dad is my angel.



Balik kampung cuti sekolah sebab dah janji nak balik dengan ayah aku. Dah lama sangat tak balik. Kalau tak bulan 12 tu balik jugak. Tapi kali ni tak balik pun. Nak buat macam mana. Banyak halangan. Jadi memang tak boleh balik. Kebetulan pulak ayah aku tu deman, tak ada selera makan, bisa-bisa badan sampai tak boleh tidur malam. Asal baring je batuk. Memang tak boleh tidur la.

Tapi aku balik Ganu dulu baru balik Pahang. Tidur kat rumah kakak aku yang tak berapa nak siap tu. Ayah aku tak nak duduk kat 'ibu rumah'. Ada banyak sebab. Tu pasal dia yang duduk kat rumah kakak aku tu. Kenapa kakak aku tak duduk kat rumah dia? Dapur tak siap lagi. Susah nak masak bagai. Dah siap esok dia duduk la situ. Anak-anak pun aku bawak tidur kat situ. Kiranya macam temankan ayah aku la.

First night tidur kat situ, memang ayah aku tak tidur mana. Batuk je. Aku kejap-kejap tanya dia okay ke tak. Bila senyap tu tidur la seminit dua. Kemudian batuk lagi. Sampaikan dia marah la aku pun tak tidur jugak sebab dia. Haha... Dia sibuk suruh aku tidur. Aku kesiankan dia tak dapat tidur. Tiap-tiap malam macam tu. Daripada dalam bilik, duduk kat luar. Duduk atas kerusi. Kemudian duduk kat bawah tempat aku tidur dengan anak-anak. Ada satu malam tu dia tak boleh tidur, aku layan dia sembang daripada pukul 3 pagi. Pukul 5 pagi baru la dia cakap nak baring dalam bilik.

Dia ada ke hospital buat ujian darah. Result normal kecuali alt dengan ast kot lebih sikit berbanding biasa. Dah tak larat pasal tak tidur malam, dia ajak ke hospital untuk tanya kenapa. Abang aku bawak ke private. Dia dah biasa dengan doc tu kot. Doc checked cakap ada kuman sikit kat paru-paru. Dapat antibiotik dengan segala mak nenek ubat. Alhamdulillah... Hari aku nak balik tu, awal pagi nampak dia tidur lena je. Malam tu pun boleh la tidur berbanding sebelum ni. Selera makan pun okay la sikit. Alhamdulillah... bersyukur sangat-sangat.

Ayah aku ada kekurangannya tapi kita manusia biasa pun tak perfect. Biar la macam mana pun dan apa orang nak cakap sekalipun, dia tetap yang terbaik!!!

Miss you la abah!!! Huhu...
posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. Baik buruk macam mana pun dia tetap ayah kita. Sayangilah ayah semwntara masih ada

    ReplyDelete
  2. Baik buruk macam mana pun dia tetap ayah kita. Sayangilah ayah semwntara masih ada

    ReplyDelete
  3. Bunda hanya ada bapak je lagi..sejak mak meninggal setahun lepas dia jadi tambah uzur n sensitif..
    Bila teringat mak...nangis...bila kekubur mak nangis...asek sebut mak aje...
    Nampak sangat kesunyian dan kerinduannya ngn mak...
    Tiap bulan bunda berulang alek kekpg jenguk bapak..kalau bunda dah lama tak balik asek tanya jer...
    Kadang2 dia ingat kadang2 lupa...telinga pun kurang dah pendegarannya...
    Kesian..tak dapat nak cerita macamna..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign