Fresh from the owner...

11 March 2014

Kodomo Lion time!!!

masih terkial-kila nak bw. haha... tak boleh nak on laptop selalu sebabnya laptopn ni sengal. adoiii la... tambahan pulak dengan Aus yang sekarang ni kalau terlepas pandang je dah mula menjilat mat tempat dia baring. entah apa yang dia suka sangat dengan mat boboiboy tu pun aku tak tahu la. kadang-kadang-kadang besi buai tu dia jilat. pening-pening. sekarang ni macam askar je dia. asal ada je benda yang dia nak, laju je ke depan.
itu cerita Aus. tapi bukan nak cerita pasal Aus pun. hehe... nak cerita pasal Alya dengan Anis. last week aad la orang kodomo lion datang ke tadika dia orang. macam last year jugak. balik dari school je bercerita la dia orang best dengar orang kodomo tu itu, ini, begitu, begini. mak layankan je. asal seronok tak apa la. katanya jugak cikgu suruh bawak berus gigi dengan cawan. nak suruh gosok gigi la tu. tapi bila tanya dia oang cakap tak ada pun sesisesi gosok gigi. tak sempat kot.
last year punya.

hujung-hujung sesi tu biasa la. ada gift untuk budak-budak ni. seronok la dia orang. walhal berus gigi je pun. berus gigi pun dah cukup besar maknanya untuk budak-budak kecik ni. teringat masa sekolah dulu. ada pertandingan apa entah. aku dapat berus gigi. seronoknya jangan cakap la. macam dapat duit sepuluh ringgit. (^____^) mungkin ada budak-budak yang tak excited. ala... berus gigi je pun kan?! tapi anak-anak aku seronok je.

this year punya.

last year Alya dapat button badge. katanya ada dua sesi pembahagian. tapi Anis tetap tak dapat-dapat sampai sudah. tak kisah la. this year Alya dapat frame kertas. dia jawab soalan, dia dapat la. yang tak jawab soalan memang tak dapat. standard budak-budak la. kadang-kadang malu nak jawab. kadang-kadang takut. kat dalam frame tu Alya dah siap lukis dan tulis nama dia lagi. nanti nak letak pic dan lekatkan dekat meja tulis dia orang. semangat sikit kot nak buat kerja kat meja tulis. kalau tak homework buat depan tv, depan sliding.. huhu... even dah ada meja tulis ni kejap je buat kat situ. lepas tu buat kat depan tv jugak. dah buat tinggalkan. mak jugaklah yang kena kutip buku bagai tu.

kalau last year dapat berus gigi kaler hijau dengan kuning. this year kaler biru dengan pink pulak. kalau last year Alya hijau dan Anis kuning. this year Alya punya biru dan Anis pink. Alya kata dia nak pink. sebab biru tak ada banyak. sikit je orang dapat biru termasuk dia. kalau pink tu ramai la. aku cakap okay la dapat biru. limited edition. mana best ramai-ramai dapat kaler sama. Anis dia memang tak kisah pun. walaupu dia suka pink tapi kalau dapat biru pun dia tak kisah. simple sangat budak kecik sorang ni.

apa-apa pun, asal happy dah cukup buat mak pun happy jugak. budak-budak ni nak pergi lawatan ke ladang buah tapi bila abahnya baca terms and condition gitu yang mana pihak sekolah tak bertanggungjawab dengan apa yang berlaku, makanya macam dia berta hati je nak bagi. tak tahu la kalau keputusan last minit berubah kan?!






my foot: himax5 tu lepas campur dengan air akan rasa payau macam air zam-zam. tapi aku ada rasa extra pahit sikit. tak tahu la kalau aku je yang rasa macam tu. sebab husben kata dia rasa payau je. padahal 21 titik je untuk 500ml. insyaAllah... ubat tu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. kodomo lion...ishhh nostalgia betul...falsya dulu pun gitu kak..happy sgt3 dpt berus gigi..padhaal berus gigi je pun..kene lak berus gigi katun kaler2..lg la happy...;D

    ReplyDelete
  2. budak2..dapat gula2 pun suka...=)

    ReplyDelete
  3. dulu zaman kita, colgate yg rajin datang. Bagi ubat gigi dan berus gigi percuma. Skrg sudah tukarrrr. Dulu saya cukup suka dgn aroma dan rasa ubat gigi colgate yg percuma tu. Sbb rasa pudina dia lebih soft dan segar berbanding ubat gigi beli.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign