Fresh from the owner...

06 March 2014

Kerana Kau.



Di saat ku menjadi pilihan... Kau menjadikan ku yang pertama... Di saat ku dalam kesedihan... Kau menyanyikan lagu irama... Ku mampu tempuhi halangan.. .Tapi tidak akan ku mampu tanpamu...

mahu bercerita tentang dia. tentang keadaan kesihatannya yang tak begitu baik. sejak dia batuk 7-8 bulan yang lalu, kesihatan dia makin lama makin down. kerap demam. mc, cuti tu memang biasa. kadang-kadang mc sampai 5 hari. nasib baik la sebelum tu jarang ambik mc. kalau ada pun sehari dalam sebulan. bukan tiap-tiap bulan. sebelum deliveredkan Aus pun dia tengah mc seminggu sebab batuk dengan demam. doc pun dah kenal muka dia. ubat batuk tak makan jugak. makan pun tak ada kesan. madu, ubat MIL dengan adik dia bagi pun macam tak ada kesan sangat.

kurus? memang. tapi saja tak nak mengaku kan? nak sedapkan hati sendiri. bila tak ada selera sangat, dia makan roti je. nasi tu susah la nak sentuh. kadang-kadang tak makan pun. katanya Allah dah tarik nikmat makan. memang tak rasa apa kalau makan pun. pahit je. tengok dia makan memang sedap tapi bila tanya apa rasa, jawapannya memang sentiasa je 'entah'!!! nasi pun kalau aku masak dia makan tak sampai setengah senduk. memang sikit gila. dan itu bukan dia sebelum sakit.

dua hari lepas, dia tanya nurse ubat apa yang dia consume tu. ada berapa jenis pil untuk tibi entah. dan salah satunya pil kecik kaler kuning. dia cakap dia tak nak makan pil kecik kaler kuning tu. pil tu untuk tambah selera makan. dia cakap makan ke tak ke... selera makan dia tetap macam tu. dah 40 hari treatment baru la nak stop makan kan? aku masak asam pedas pari hari sebelumnya tu. makan jugak walaupun tak banyak. hari dia stopped makan uabt kaler kuning tu, aku masakkan dia nasi minyak dengan daging kurma dan ayam pedas termasuk la acar (yang dia request daripada sebelum tu lagi). alhamdulillah... menambah makannya.

semalam masak siakap tiga rasa pun menambah jugak makan. aku ada buat wafer. banyak jugak dia makan. siap tapau bawak pergi kerja lagi. memang lepas berhenti makan ubat kaler kuning tu (tak sesuai dengan badan dia kot), selera dia dah ada sikit. alhamdulillah... syukur sangat-sangat. sampaikan lepas makan dia cakap: "Gemuk dah sikit kan? Dah tak rasa tulang dah." ceh... poyo je. baru berselera makan dua hari dah kata gemuk. entah apa-apa entah.




my foot: sedang berusaha keras membalas jejak kasih. adoiii... berhadapan dengan kesengalan line lagi. sabar je la.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. pil kale kuning tu kalau klinik kerajaan "b complex" rasanya.. kecik2 bau pahit kan.. saya pun kurang serasi..

    untuk husband sal... cuba buat steam sehari sekali..masak air sampai mendidih. letak dalam mangkuk.. lepas tu sedut wapnya.. tutup la ngan towel supaya wapnya tak lari keluar.. selain dari tu amalkan makan bawang besar yg distim sampai masak.. nak sedap sikit letak madu tu.. madu tu tambah dengan apple cider vinegar (beli brand braggs kat giant). tambah air.. bagi minum bekal pergi kerja..

    saya biasa buat utk anak2 bila diorang batuk..mana tau serasi.. kita cuba.. yg sembuhkan tu Allah..

    ReplyDelete
  2. alahai...Salya kena masak sedap2 selalu supaya dia selera makan..semoga en husband bertambah sihat

    ReplyDelete
  3. boleh bayangkan betapa sedihnya bila tgk org yg kita sayang dalam kesakitan dan struggle utk sihat. sabar ye kak sal.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign