Fresh from the owner...

19 March 2014

Jiran oh jiran.


tidak mahu bercerita panjang. itu pun kalau tak membebel yang bukan-bukan ye. haha... semalam sembang-sembang kosong dengan jiran depan rumah. dia balik kerja dan kebetulan aku keluar depan rumah. biasa la jiran aku ni berkenankan si Aus tu je. hahaha... tambahan pulak dia kan duduk sorang je. jadi seronok la dia pegang Aus. Aus ni pulak memang baik. duduk luar rumah senyap la dia. tapi bukan tengok orang sangat pun. tengok bawah je.

jiran aku ni tempat kerjanya jauh. macam husben aku jugak la. macam aku jugak dulu. tempat kerja jauh gila. duduk dekat tempat kerja tak nak. aku tak nak sebab sewa mahal. banyak rumah kosong. takkan la aku nak sewa sorang-sorang. husben pulak sebab dah beli rumah. takkan nak bayar sewa rumah lagi, rumah sendiri lagi. berulang-alik la dia adanya. yang akak ni pulak bosan duduk berdekatan dengan tempat kerja. environment 'memenatkan mata' katanya. ye la... kat tempat kerja dah muka yang sama. kalau keluar berjalan-jalan pun tengok muka yang sama. stress. itu kata dia. aku belum pernah jumpa muka yang sama kat tempat tinggal aku. hari-hari kena tukar pengangkutan awam sebab malas nak drive.

tengok la. intro saja dah panjang kan? *___* entah apa-apa entah. diakhir cerita, lepas bertanyakan isu nyamuk (ada lagi ke nyamuk kat rumah?) yang mana lepas hujan turun ni dah kurang sikit kecuali kalau sidai kain kat tempat lembap memang nyamuk banyak. itu normal. alhamdulillah. hujan rahmat ni mengurangkan nyamuk jugak. dalam rumah ada la seekor dua. tapi sangat limited edition. itu pun mati ditampar jugak. geramnya nyamuk ni bukan spesis aedes tapi nyamuk tiruk yang gigit sekejap gatalnya bukan main lagi. akak jiran ni bertanyakan pasal gangguan. erk...?!! okay. maksud 'gangguan' tu?

tak boleh ke kalau tak tanya. hahaha... jiran-jiran aku ni sangat ramah kalau bercerita tentang benda yang satu tu. tak diminta pun rajinnya bercerita. aku bukan terlalu berani dan bukan jugak terlalu penakut. segala-galanya aku gantungkan kepada Yang Maha Esa. agar dilindungi juga adanya. husben selalu cakap, baik pada aku mahupun anak-anak, jangan takutkan makhluk. takut hanya pada Allah. hanya DIA yang layaknya kita takuti. tapi ye la... kalau dah datang seram tu nak buat macam mana kan? akak ni tanya macam ada tak bunyi apa-apa kat rumah. aku cuma bercerita tentang Alya je la. tentang kejadian yang dia nampak lepas abah dia terlibat dengan Opss Menangkap Jin. lepas tu, alhamdulillah...

mungkin jugak ada bunyi-bunyi pintu ke apa ke yang mana aku rasa jiran je kot. ye la, kalau tutup pintu kuat memang rumah sebelah pun dengar. cumanya berharap agar tak diganggu je la. akak ni kata dia selalu jugak dengar orang main guli kat rumah dia. especially kalau dia kat area bawah. kadang-kadang dengar macam budak berlari-lari kat tangga. rumah dia diapit oleh jiran-jiran yang ada anak kecik. semuanya boleh tahan belaka. dan dia duduk sorang. kalau suami dia datang okay je la. dia dah cari sorang Ustaz untuk tengok-tengokkan. 

tapak rumah ni saja asalnya ladang kelapa sawit. dan berdekatan dengan area rumah ni (atas bukit) pernah ada kes orang mati dibunuh dan dibakar. dan jiran lain bercerita yang lorong belakang rumah aku paling 'keras'. aku rasa mana-mana lorong pun sama. cuma kebetulan ada yang ternampak kat belakang lorong rumah aku ni. makanya tu yang cakap macam tu. setiap tempat ada. cuma ada yang nampak dan ada yang tidak. kena beringat sentiasa la. tapi yang pasti, Allah itu Maha Berkuasa. mohon perlindungan denganNYA kerana Allah adalah sebaik-baik perlindung.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. uiii....seram gak ek kalau camtu huhuhu

    ReplyDelete
  2. Ayoyo...seram plak bace entry akak nih

    ReplyDelete
  3. Ayoyo...seram plak bace entry akak nih

    ReplyDelete
  4. alamakk, xberani nak baca sampai bawah. al maklumlahh dah malam, tidur pun sorang sorang heee

    ReplyDelete
  5. hari tu pernah dgr Al-Kuliyyah... kata ustaz tu... kalau ada dgr bunyi tapak kaki or guli... maknanya rumah tu sedang di sihir... wallahualam... bergantunglah pada Yang Maha Esa.. agar sentiasa di bawah lindunganNya...

    ReplyDelete
  6. walaupun tahu yg kita ni lagi mulia drpd makhluk2 halus dan mereka hanya makhluk Allah, dan kita tak perlu takut mereka, tapi kekadang tu seram jugak. Tak takut tahu, tapi seram je.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign