Fresh from the owner...

14 March 2014

Eh, dah nak cuti ke?!



nak bercerita sikit je tentang lelaki ini. minggu depan budak-budak cuti sekolah. ayah aku pun dah bising-bising tak nak balik kampung ke sebab bulan 12 last year langsung tak balik. Aus dah tujuh bulan tapi tak balik-balik jugak lagi. adeh... orang-orang kat kampung la sibuk sangat nak tengok. kalau husben tak boleh hantar, abang sulung aku boleh datang ambik. entah apa-apa la. punya la nak suruh balik kan? husben ada cakap, kalau nak balik kampung balik la. tanya Kerry dia ada nak balik kampung ke cuti sekolah ni. nanti dia boleh drop kat Pekan sebelum balik Ganu. nak balik semula ke Johor, husben la datang ambik.

memang Kerry nak balik pun. last dia kat sini bulan 4 before dia naik laut semula. insyaAllah... tak ada aral Jumaat pagi sebelum subuh nak balik. aku nak tengok dia akan sampai sini sebelum 7 ke lepas pukul 7. plan dia nak balik hari khamis lepas kerja. 5.30 petang bertolak lebih kurang pukul 6.30 la kot. Aus tak pernah jalan jauh lagi jadi kena consider jugak. lagi pun, aku plan nak balik Ganu dulu. nanti Kerry nak balik Johor semula dia drop la aku kat Pekan. adil la tu. dah lama jugak tak balik Ganu pun.

seminggu la husben akan duduk sorang-sorang kat rumah. alahai... kesian la pulak. tambahan dia kan sakit. tapi dah makin okay sikit lepas dia tak nak makan pil kuning tu lagi. selera makan pun dah makin okay. alhamdulillah... kena pulak 23hb dia tak kerja sebab kena ke klinik daripada pagi sampai malam. ada la timing-timing dia kena pergi klinik tu. lagi kesian dia sorang-sorang. tapi dia kata, dia akan okay je. nak balik kampung je pun. tapi sayang pulak nak tinggalkan. macam mana? Alya sahih la menangis kalau tinggalkan abah dia sorang-sorang kat rumah. kalau boleh nak angkut abah sekali balik tapi kerja takkan nak tinggalkan pulak.

seminggu je pun. tapi seminggu pun dah lama gila kan? adeh...!!!








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. yeayyyyyyyyy balik kampung
    nanti jgn lupa calling2 en hasben tu selalu

    ReplyDelete
  2. manja sungguh Alya dgn babahnya...nangis nak tinggalkan babah sorang-ssorang

    ReplyDelete
  3. alahai... mmg delima kan kalau tinggalkan encik hubby sorang2 kat umah... tapi kalau dia dah bagi izin... apa salahnya... lagipun mak ayah dah bunyikan.. moga semua plan dipermudahkan Allah ya...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign