Fresh from the owner...

05 March 2014

Cerita birthday yang dah dua bulan berlalu.


sekadar untuk jadik kenang-kenangan. birthday kami tahun ni tak ada kek. ada pun untuk anak-anak je. untuk Alya pun tak buat goody bag macam last year. mungkin penghujung tahun beli kek dan celbrate kat sekolah sekali dengan Anis. last year Anis punya birthday pun tak ada goody bag sebab mak dalam pantang. abah je belikan kek ada Angry Bird. and Tok Abah was there to celebrate. tak ada la celebrate sangat pun. potong kek macam biasa je la.

last year belikan husben kek. this year just bagi card je. at least ada jugak la something walaupun card sampai lewat. haha... thank you ch@. entry lambat gila kan? tapi dah up dulu kat instagram. makan-makan istimewa? tak ada la. masa tu pun dia dah start sakit. selera pun tak ada mana. jadinya makan je macam biasa.

request kaler red and blue.

siap ada nama lagi.

pop up I Love U ni yang paling aku suka.

cantik la hasil kerja ch@. memang tak rugi la tempah. anak-anak la paling sibuk nak tengok kek dengan pop up I Love U tu sampai husben kata simpan. kalau tak entah apa jadi dengan kad tu. kadang-kadang benda yang simple tu dah okay. sebelum-sebelum ni pun ada jugak bagi kad. tapi yang ni kira special sebab handmade. pos laju lagi okay. haha...






ini pulak untuk aku daripada whatsapp group Family sebelah husben. Adik P ingat la sebab birthday aku hari ni dan dia pulak esok. kalau tahun-tahun sebelum ni, malam new year mesti wish kat arwah BIL aku. this year tak ada. kadang-kadang rasa macam ada je dia. aku tak ada masa dia meninggal kan. balik-balik je dia orang tengah ready nak mandikan jenazah. time flies. yang hidup pasti akan mati jugak. alhamdulillah... sebab masih dipanjangkan usia kan?! esok lusa belum tentu lagi ada. bersedialah. semoga mati kita dalam iman.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. Nk wish jgk la..walopon lama dah..hapPy belated bday kak. Moga dimurahkan rezeki dipanjangkn usia dirahmati Allah selalu.

    ReplyDelete
  2. bc yg ats rasa hepi, bc yg bwh rasa sedih pulk...waa,,nak nagis.. :(

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign