Fresh from the owner...

04 March 2014

My forever Imam!!!



dah kurus rasanya sejak detect ada tibi. atau makin kurus? tapi yang pasti memang kurus. selera makan sangat kurang tapi selalu paksa diri untuk makan. kalau sebelum ni nasi sepinggan pun siap bertambah lagi kalau kena dengan lauk favorite dia. tapi sekarang ni setengah senduk nasi pun dah cukup untuk buat dia sendawa. kalau sebelum ni request nak makan apa tapi sekarang banyak kali tanya tetap jawapannya: "Tak tahulah nak makan apa!" banyak beza sebelum sakit dan selepas sakit.

semalam hari ke-40 treatment. next month akan x-ray. setiap dua bulan sekali akan x-ray sepanjang tempoh 6 bulan treatmentnya tu. kalau still tak recover, kena extend lagi 3 bulan. bergantung pada sistem badan dia macam mana. dah tak lalu nak makan ubat. telan jugaklah. ubat tibi kena makan sebelum makan. kalau dah makan kena tunggu dua jam.

selalu dengar dia cakap dengan anak-anak sempat ke dia tengok anak-anak besar. macam-macam ceritanya. macam-macam juga katanya. pada aku pun dia selalu pesan dan cakap macam-macam. sebabnya, dia kata kalau dia cakap pasal mati... in case dia 'pergi' tak adalah aku terkejut sangat. sekurang-kurangnya aku dah bersedia. itu kata dia. apa yang dia cakap memang tersimpan dalam kepala cuma tak terluah atas skrin putih. sakitnya bukan tibi semata. setiap kali dia batuk kita yang dengar pun rasa sakit sama. setiap kali tu jugak rasa nak pengsan.

penambahan sekarang ni sakit kepala. nak ke mana-mana aku yang pergi. jadik driver pun aku la setakat seminggu ni. tak tahu la lama mana pulak. tapi dia duduk sebelah bagi instruction plus mengomel. dah lama tak drive jauh-jauh. sebelum ada Alya dan time pregnant pun aku yang drive kalau pergi mana-mana. even balik kampung sekalipun. jadi memang biasa sangat la. jalan pun hafal. bila jadi penumpang... malas nak hafal jalan. dia selalu pesan hafal jalan senang kalau jadi apa-apa. tapi aku ni malas. rasanya kalau terdesak tu boleh je kot.

dengan apa yang dia cakap pada anak-anak, dengan apa yang dia pesan pada aku... dalam hati ada lagu. lagu sendu. hati menangis hanya DIA yang tahu dan aku sayang kamu kerana kamu... (╥╯﹏╰╥)ง dan DIA lebih tahu kerana segala-galanya DIA yang tentukan. sabarlah hati!!!


posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. Sedih pulak pepagi baca entri begini. Harapnya banyak bersabar ya dan en suami akan lebih ceria lagi. Mungkin ada hikmatnya atas segala yang berlaku. Eh, nak cakap banyak-banyak pun kita tak rasa, tak mengalaminya memang tak tahu. Berkata-kata memang mudah.

    ReplyDelete
  2. huhuh... sedihnya baca ni. saya doakan imam kak sal tu akan kembali sihat. tapi betullah dia dah kurus.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign