Fresh from the owner...

06 March 2014

Anak soleh: Azfar!!!


dah lama tak bercerita tentang Azfar. anak soleh yang nakal ni. huhu... memang ada perangai abah la sebab abah geleng kepala bila tengok tahap kenakalan dia. abah kan nakal masa kecik-kecik dulu. selalu jadi mangsa dia adalah Kak Ngah aka Anis. suka buli Anis. tumbuk la, ajak lawan la. dia ingat kakak dia tu raksaksa agaknya. banyak sangat tengok Ultraman dengan Ryukendo la ni. pening kepala kalau tak bagi. dengan abah akan berebut chanel. sudahnya, mak jugak yang kena campur tangan. pening kepala mak.

mulut makin lama macam bertih jagung. bercakap je kecuali dia tidur. celik mata je bercakap tak berhenti. time tengok kartun sekalipun dia akan bercakap. siap datang ke dapur lagi bercerita. lepas tu sambung tengok tv semula. sel-sel otak tak reti nak duduk diam. haha... jiran-jiran suka la dengar dia bercakap. kalau bawak berjalan mesti orang tanya umur. this year dah nak masuk tiga tahun dah. besar dah pun. lagi satu orang akan tanya still pakai diapers ke? tak dah. malam pakai jugak. takut mak terbabas tidur lupa nak kejutkan dia bangun kencing. especially kalau dia banyak sangat minum air sebelum tidur.

'membuang' pun dah kurang dah buang dalam diapers. dalam bilik air. terutama kalau dia dah sakit perut sangat, mak ada kerja. dia request la nak membuang dalam bilik air. tandas rumah ni kan tandas duduk. jadi dia macam takut-takut sikit. takut jatuh ke dalam lubang tandas tu. belum tukar lagi ke tandas cangkung. kena tunggu la dia membuang. tapi dia tak bagi tengok or tunggu dalam bilik air. nanti dia kata kita nak intai dia. tak ada maknanya nak intai. hoho...

kalau hantar Alya dengan anis pergi school, balik daripada tu mesti dia suruh singgah kedai. tak kisah la beli apa pun janji singgah kedai. entah apa-apa entah. tahun depan insyaAllah... dah boleh mula sekolah ye. ingat nak hantar tadika dekat dengan rumah tapi tak ambik pulak budak 4 tahun. makanya mungkin ke Seri Kancil jugalah dia. tapi itu hujung tahun punya cerita. hujung tahun pun dah tak lama kan? sekarang pun dah bulan 3. kejap je masa berlalu. fuhhh...!!!




my foot: doakan semoga lya afrina cepat sembuh. asya mesti rindukan mama. dugaan betul kan?!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. suka sgt nampaknya azfar tu... suka cakap tu ikut perangai sape lah gaknya....

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign