Fresh from the owner...

13 March 2014

2nd time dengan peneram aka denderam.



second time buat sebab husben teringin sangat nak makan. cari kat pasar malam, tak ada jugak jual. kat gerai jual kuih petang-petang pun sama. dah dua hari cari pun tak ada jual. makanya, husben mintak buatkan. gigih la google resepi. first time buat memang failed. aku tak tahu la sama ada orang tu salah tulis resepi or aku yang salah adun tapi hasilnya walaupun boleh dimakan tapi tak sama rasanya. plus keras jugaklah. kira bernasib baik baling ke dinding pecah. husben kata rasa tepung gandum. dah sukatan antara tepung gandum dengan beras tu sama, nak buat macam mana? tak rasa pun tepung berasnya.

google pulak resepi orang lain. kali ni sukatan tepung gandumnya sikit je. dua sudu besar la lebih kurang. hasilnya lebih baik berbanding yang pertama. rasa pun dah lebih kurang macam yang biasa beli tu. sukatan tepung pun guna tepung beras kesemuanya tambah dengan tepung gandum dua sudu besar.  secawan gula pasir dengan 600g gula merah masak atas api dengan air secawan. nak bagi gula hancur je pun. aku letak garam sikit. air suam-suam tu gaulkan dengan tepung. uli la macam mana pun.

rehatkan kejap lepas tu boleh canai. aku ni buat ikut suka je. tak ada la comel sangat rupanya tu. janji boleh makan. anak-anak pun suka. goreng dengan api yang panas. kejap je. kalau lama memang hangus la. cepat masak kuih ni. ingat nak bagi jiran jugak sebab dia buat tak menjadi. disebabkan malas nak canai, makanya terbantut la hasrat tu. hehe...

posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. feveret, tapi sbl ni tak pernah tahu nama...hhee

    ReplyDelete
  2. kalau kat Penang belambak Sal..sampai tak mau makan hehehe

    ReplyDelete
  3. ema ingatkan kena letak gula melaka kalau nak buat benderam ni

    ReplyDelete
  4. apa ada pada rupa..yg pnting sedap...MIL akak pndai buat kuih ni.

    ReplyDelete
  5. sedap ni. saya pun suka. takpe rupa tak cantik, janji rasa sedap. Pesen saya kalo buat kuih, mmg rupa buruk lodoh. hahaha..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign