Fresh from the owner...

27 February 2014

Pemandu yang bengong.

Sangat bengang dengan drivers yang bengong tahap tak ingat. Hari ni banyak kali berhadapan dengan pemandu yang sengal. Ya Allah... Memang uji kesabaran. Belum lagi mahu hilang rasa geram.

Seawal pagi berhadapan dengan dua buah kereta dipersimpangan yang sayang gila nak bagi signal. Kita nak keluar simpang pun takut. Takut la tiba-tiba dia nak jalan terus. Tapi masuk simpang rupanya. Melangu la kita ni menunggu. Kereta depan dengan belakang pulak tu tak bagi signal. Itu cerita pagi tadi.

On the way ambik budak-budak ni. Kes kat simpang jugak. Kes signal lambat bagi. Dah la bawak macam siput. Sikit lagi nak masuk simpang baru bagi signal. Oiii... Tak payah bagi la. Buang masa je. Asyik nak menyumpah orang pun tak baik jugak. Tapi geram la.

Itu belum lagi yang parking kereta sembarangan. Orang lain pun nak ambik anak sekolah jugak. Tapi jangan la parking sampai susahkan orang nak jalan. Mana letak akal entah. Dah nampak susah nak lalu pun buat selamba je duduk dalam kereta. Adoiii...

Jenis yang 1 lagi ni pun sengal jugak. Dah nampak kita gerak masuk simpang, dia yang parking tepi tu bila kita dah sampai sebelah, gerak jugak. Terkejut mak. Kes-kes macam ni la yang boleh sebabkan accident.

Aku dari jauh dah bagi signal. Senang la ko nak pecut keluar simpang. Tak ada la sayang signal sangat. Kalau ada signal pun tapi tak guna buat apa. Baik cari kereta tak ada signal. Senang sikit nak langgar. Huh!!!!

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. haha..sabar kak sal..mmg ada mnusia jnis mcm ni..kalau kwn sy, dia lnggar aje, pstu dia salahkan org tu, sape suruh xbg signal...hehe..pandai dia..

    btw, dah boleh komen kat blog sya, sblm ni ada problem sikit, tu yg xblh komen..thanks ye bgtahu.. :)

    ReplyDelete
  2. ini laa antara cabarang seorang pemandu pemandu kereta . heee sabar kak sal :)

    ReplyDelete
  3. memang berangin dengan orang yang tak reti bagi signal ni...

    ReplyDelete
  4. kalo cerita pasal drivers yg tak bagi signal ni mmg menyirap kak sal. aihh..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign