Fresh from the owner...

27 February 2014

Musim nyamuk.



aku tak tahulah tempat lain, tapi area taman tempat tinggal aku ni memang musim nyamuk sekarang. nyamuk tiruk sebab nyamuk ni gigit sikit je tapi gatalnya Ya Allah... tak payah nak tunggu ia kenyang bagai. asalnya bila husben sah ada tibi, rumah kena open semua tingkap pintu bagai. kalau dapat cahay matahari kena selak langsir dan bukak tingkap luas-luas sebab kuman tibi akan berada dalam rumah selama 8 jam. 8 jam ye. bukan 8 minit. jadi hari-hari la bukak semua tingkap sliding tu. sebelum ni memang tak ada nyamuk pun. kalau ada seekor dua yang masuk tu biasa la. sebab bukak pintu. petang baru tutup kan.

lepas dua hari bukak tingkap tu, asal malam je nyamuk menyerang. gigit sana sini. anak-anak la kesian. dok gatal-gatal. sapukan minyak untuk hilangkan gatal walaupun tahu kesan gatal tu akan ambik masa jugak nak hilang. letak la minyak banyak mana pun. ada cara nak hilangkan gatal. tapi takkan aku nak turun bawah semata-mata nak hilangkan rasa gatal tu. panaskan belakang sudu dan tekapkan pada tempat gatal tu. cara tu akan mematikan protein yang nyamuk tu dah inject kat bahagian gatal tu la.

mula-mula aku ingatkan sebab bukak tingkap. bayangkan la kalau semalaman tu 5-6 ekor nyamuk dok menyerang. dah 'bunuh' yang sekor tu sekor lagi datang tapi sejam sekali. agaknya kawan dia tunggu tak balik-balik tu yang kawan dia datang buat tugasan dia yang terhenti tu agaknya kot. haha... lepas tu try tutup tingkap dan tak bukak selama dua tiga hari. ini lepas kuarantin husben habis la. selama dua minggu tu memang bukak tingkap segala. tak miss. dah tutup tingkap pun nyamuk still banyak. sebelum ni ada jugak bukak tingkap. tapi sekor je biasanya yang datang serang. kali ni banyak. berekor-ekor pulak tu. tension. memang kalau sekali dah kena gigit tu memang alert la. takut kena kat anak-anak.

bila dok sembang dengan jiran-jiran, rumah masing-masing pun sama. sembur ridsect bagai dia orang. ada yang guna ubat nyamuk elektrik. kalau pergi beli barang, memang ada je yang beli spray. dan semalm aku beli spray sebab kesian kat budak-budak ni. tak tahan dah kena gigit. sebelum tidur spray dulu bilik. tutup kejap bagi mesra alam. aku guna Fumakilla Citron. google tak ada pulak pic dia. esok je la snap. selalunya ridsect yang famous. tapi saja nak try Fumakilla tu. Ridsect hari tu ada orang sembur rumah berbau sampai ke rumah aku. adehhh... Fumakilla Citron ni bau ala-ala buah citrus gitu. tak ada la busuk macam ridsect. tapi spray ni banyak jenis la pulak. ada yang H2O la, entah apa jenis pun tak tahu. tapi functionnya nak kasi mati itu nyamuk. 

alhamdulillah... budak-budak tidur lena je tanpa gangguan nyamuk. tapi nyamuk ni kan cepat immune dengan 'ubat' yang patut 'sembuhkan' dia orang kan? dah habis ni kena tukar lain la. kes nyamuk ni sebab musim kering. lagi kering patutnya tak ada nyamuk. tapi sekarang ni lagi kering lagi banyak nyamuk jadik dari malam membawa ke pagi ni selamat la aku daripada kira berapa ekor nyamuk la yang dah kenyang gigit budak-budak ni... ^_____^







my foot: lagi geram kalau nampak nyamuk tu kenyang tapi terlepas dari melenyeknya. sampai sudah teringat-ingat. haha...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. kat umah saya ni xda la plak kak.. tapi nyamuk tu mmg adala.. mustahil la plak sampai xda langsung

    ReplyDelete
  2. betul la...byk nyamuklah kat umah sy... lain macam je byk nye...kesian anak2

    ReplyDelete
  3. pakai kelambu kak..sy nak pakai kelambu, tp hubby xmo..mujurlah rumah kami ni skrg dah kurang sgt nyamuk..

    ReplyDelete
  4. nyamuk kat sini pun banyak huhu..musim kot

    ReplyDelete
  5. gatal bebenor sang nyamuk nih kan hihi

    ReplyDelete
  6. memang musim membiak nyamuk agaknya... memang geram bila nampak nyamuk yang nak terbang pun tak larat sebab dah kenyang hisap darah...kita nak tepuk tak dapat-dapat ..memang tunggu dia ada depan matalah...sekali dah kena puas hati.

    p/s : ema pun still belajar lagi wp ni kak..tapi memang kita boleh edit sendiri..lagi senang download plugin..

    ReplyDelete
  7. betul la. nyamuk banyak sgt skrg. suami saya sampai buat perangkap nyamuk guna ragi dgn gula perang smlm. yg guna botol tu. heheh. tp saya tk tgk lagi hasil dia. pastu yg guna limau dgn cengkih tu pun dia buat.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign