Fresh from the owner...

24 February 2014

Lepas gian.



time belajar dulu selalu jugak tulis cerpen. selalu jugak hantar kat majalah. sebab minat kan? mula-mula menulis untuk seronok-seronok je. sebab tak ada orang galakkan pun. bila tulis je , ada yang baca dan gelakkan... down sekejap semangat nak menulis. even ada lagi cerpen yang terbengkalai. yang separuh siap. yang dah hampir siap. yang hampir-hampir macam novel pun ada. yang dah siap pun ada. tapi tak hantar ke publisher je pun lagi. time belajar ada saingan. haha... ambik course pun majoring Publishing. memang minat menulis la. inspirasi pun datang dalam pelbagai bentuk.

tengok orang main layang-layang pun boleh jadik cerita sebenarnya. tapi time idea tu datang, laptop dalam bilik. malas nak naik dan bukak laptop semata-mata nak menulis kan? simpan je la idea tu. nak tulis atas buku nota memang tak la. zaman dolu-dolu je ada menulis atas buku nota. bila salin dalam words, dah tak sama dah cerita. mesti ada tukar-tukar sana sini. sebab tu aku suka terus menaip kat komputer je. tak ada tukar-tukar punya dah lepas tu. blog ni pun aku create untuk share cerpen kononnya. end up share cerita diri sendiri. adeh... lain tujuan, lain jadi akhirnya.

cuma bila join contest dunia shida tu la ada salah seorang sponsor adalah penulis. dia pun anjurkan contest. kiranya sengaja melepaskan gian menulis la ni. cerpen pendek. walhal untuk tulis dekat magazine pun 10 pages double spacing. kadang-kadang cecah jugak 11 pages. memang cecah la. tipu la kalau kata tak. kawan masa zaman study dulu selalu tanya bila nak buat novel. buat la. approve tak approve belakang cerita. janji ada hasil. dah bertahun aku kata nanti la. nanti la. entah bila nak sambung buat, aku pun tak tahu. bukan tak berminat nak buat tapi masa tu rasa macam dok berkejar-kejaran je. menulis cerpen lagi senang daripada novel.

ingat jugak la masa zaman belajar hantar kat Mingguan Wanita, Dara.com la... Jelita la. seronok bila tengok hasil tu keluar kat majalah. kalau minggu ni cerpen aku, minggu depan cerpen kawan aku ni. minggu satu lagi yang sorang lagi pulak. lepas tu bila baca je dok mengedit cerpen kawan. memang sengaja cari salah. dah kerja pun mengedit. memang kaw-kaw la kena kalau memang ni ada buat ayat yang boleh menimbulkan pelik-pelik je imaginasinya. lepas tu gelak-gelak sakan. seronok-seronok. tapi  itu dulu. and I miss that moment.

memang writer's block tu ada. itu pun biasa. tengah-tengah taip tiba-tiba tak ada idea. menggagau la mencari idea. tapi insyaAllah... walau macam mana pun ada je jalan penyelesaiannya. rasa macam nak menulis balik la. ada ke nak baca novel aku ek? e-novel boleh? jual RM10? hehe...


my foot: miss writing la. what to do. ayam patuk itik menyudu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. falsya mmg xleh la kak menulis ngan mengarang nie..bahasa nak berckp seharian pun berterabur inikan pulak nak mengarang cerpen..hehehe..

    ReplyDelete
  2. kene start sikit-sikit dulu..

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Sal. Saya minat sgt dan ada bercita2 tinggi nak jadi penulis, tapi belum pernah lagi menulis sesuatu yg serius. Kadang2 jalan cerita tu kalau dah ada, cerita kat suami, pastu kena ketawa sbb jalan cerita merepek.

    ReplyDelete
  4. apa kata kembangkan bakat menulis tuh buat novel plak

    ReplyDelete
  5. dulu suka gak menulis..pernah gak hantar ke publisher tp bila publisher hantar blk suruh edit, tak siap2 plak

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign