Fresh from the owner...

14 February 2014

Kurangnya sensitiviti kita.

Semalam ada majlis maulud kat rumah jiran. Aku pergi bawak anak-anak. Majlis katanya lepas maghrib tapi pukul 8 lebih baru start. Bukan aku nak cerita pasal majlis tu pun. Pergi semalam sekaligus bagi anak-anak peluang main-main kat luar. Kita enjoy. Haha...

Jiran depan rumah aku ni second wife. Tak ada anak. Early 40's. A bit serious walaupun senyum dan bertegur sapa jugak. The other jiran ni rumah tepi-tepian sebelah kanan. Tak ada la nak mengumpat jiran pun tapi jiran tepi ni macam sombong sikit la.

Kalau sebelum ni the wife bahasakan diri dia 'kak' tapi sekarang dia panggil aku pulak 'kak'. Haha... Apa-apa je la kan. Aku layankan je walhal umur dia dah 38 tahun ni. Anak sorang. Nak panggil 'kak' pun 'kak' la asal happy.

Last year dia operate betulkan rahimnya yang terbalik. Aku pergi jugak melawat. Jiran. Sebelum ni ada jugak aku dengar-dengar cerita pasal dia sefamily tapi setakat dengar je la. Malas nak ambik port sangat.

Tapi semalam, jiran tepi ni cakap kat jiran depan aku ni: "Buatlah IVF." Sentap kejap mak. Walaupun bukan cakap kat aku tapi aku macam... "Ko nak buat IVF, ko buat la. Jangan cakap macam tu dalam majlis yang ramai orang boleh tak?" To some people, isu ni sensitif jugak la. Bukan tak cuba. Bukan tak nak. Tapi dah Allah tak bagi. Muka akak jiran depan ni macam sentap la tapi dia cover.

Cakap buat IVF tu macam 100% je jadi. Kawan aku habiskan 17k untuk buat IVF tapi resultnya gugur jugak. Tu pun atas rezeki jugak. Last year dia cakap nak buat IVF ni dalam 70k. Tapi kawan aku buat 17k je. Husben kata jangan percaya sangat apa dia cakap. Dia cakap kat jiran depan aku ni dia pun tengak cuba. Kau cuba je la. Tak payah cakap-cakap macam tu kat orang lain. Macam sombong je caranya tu.

Jiran depan aku tu cakap kat aku dia tak kisah sangat ada ke tak anak. Sebab husben dia dah ada 3 anak. Kadang-kadang rasa nak. Kadang-kadang tak. Bila tinggal sorang-sorang terasa la jugak. Aku tak paham dengan jiran tepi aku ni.

Macam tak ada sensitiviti langsung. Pangkat tinggi pun tapi tak reti nak jaga sensitiviti orang lain tak guna jugak kan?! Kena bersyukur dengan apa yang ada.

Ya Allah... Jauhkanlah kami daripada sifat-sifat dan sikap yang tidak baik hendaknya.

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. benda2 mcm ni memng snsitif sikit..bukan sikit kot, banyak.. kdg2 depan kite nampak ok je org tu..dalm hati die sorang je tau...

    ReplyDelete
  2. tuh la kdg2 org nih ckp tak pikir pnjang kan...

    ReplyDelete
  3. fai pun setuju.. isu2 macam ni memang sensitif, tak patut ckp kat khalayak ramai...

    ReplyDelete
  4. itu semua rahsia Allah... Siapa kita yang nak cakap2... Allahuakbar, moga Allah berikan rezeki (anak) kepadanya... Amin...

    ReplyDelete
  5. Kadang-kadang mulut ni selalu terlepas cakap. Tak fikir panjang. Bila tengok reaksi orang baru fikir balik apa yang dicakapkan. Ada juga orang yang memang tak sensitif pun dengan keadaan sekitar. Main sedap cakap mulut aje tak fikir hati dan perasaan orang lain.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign