Fresh from the owner...

19 February 2014

First competition untuk Alya.



Alya terpilih mewakili tadika dia ke pertandingan mewarna kat Bukit Layang-layang bersempena dengan festival layang-layang. Asalnya makcik kecik ni tolak. Tak nak pergi. Tapi balik rumah cakap nak pergi pulak. Tanyakan cikgu dia. Nasib baik tak submit nama lagi.

Pergi pun parents hantar. Ikut sekolah la. Ada tadika cikgu yang bawak. Bagus jugak hantar sendiri. Boleh tengok. Sambil-sambil tu tengok layang-layang yang ada. Hehe...

Alya masa mula-mula tu semangat la nak mewarna. Lepas setengah jam mula la nak kaler sembrono je. Penat la. Sakit leher la. Sudahnya sambil kaler aku suapkan dia makan. Haha... Still penat tapi tak apa la. Pengalaman pertama dia. Okay. Tak kisah tak dapat apa pun. Janji dia happy. Pukul 10 lebih dia siap kaler. Sedangkan waktunya sampai pukul 11.

Aku pun tak tunggu sampai orang bagi hadiah. Sebabnya husben tak tidur lagi. Keje malam. Aku pulak dah sakit kepala. Aus pulak tidur kejap sangat. Lagi pulak tak tahu hadiah ada banyak mana. Peserta pulak ada 144 orang. Tadika dengan pra sekolah. Untuk umur 4-6 tahun.

Balik rumah mak tidur sebab kepala makin sakit. Bawak Aus sekali tidur. Budak-budak ni pun sama. Memang sakit la. Dah lama tak dapat migrain ni. Huhu...

Apa keputusan pertandingan? Siapa menang pun tak tahu. Alya macam mana? Okay... Nanti cerita. Door gift dia dapat dah cukup best pada dia. Asal happy dah la sayang!!! (♡˙︶˙♡)
posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. Kak sal..cantiknye alya mewarna..

    ReplyDelete
  2. seronok bawa anak-anak masuk contest camtu tapi bila kita tak sihat mestilah tak seronok

    ReplyDelete
  3. Cantik juga Alya mewarna nih. So, apa keputusannya? Ada menang ke tidak?

    ReplyDelete
  4. tgk lukisan yg Alya kaler tu cantik

    ReplyDelete
  5. cantik nye di warna.. .dulu sy penah menangis sbb tk mo masuk mewarna. skali dpt no 1. hahaha mcm tk prcaya. lepas dr tu,suka n minat mewarna..:D

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign