Fresh from the owner...

10 January 2014

Adeh...

Budak dua beradik ni suka benar la buat marathon. Demam berganti-ganti. Dah lama jugak dia orang tak demam. Setakat selesema dengan batuk tu biasa la. Tapi tak ada la sampai demam-demam ni. Tahun baru ni demam pulak. Dua hari la cuti Anis. Lepas Anis, Azfar pulak. Huhu...

Alya still gagah. Paling susah nak sakit walaupun paling susah nak makan. Nasi tu dalam seminggu ada la tiga kali dia makan. Itu pun kadang-kadang paksa. Roti, kek dengan biskut memang dia suka. Tapi sekali sakit memang layan la. Meragam.

Plan ada yang tertangguh ni. Tengah nak set up biz online. Nak cari income sikit sementelah husben mungkin kene warded lama. Belum ke hospital tapi resultnya kami dah tau. Memang sah kena warded dan akan duduk lama dalam tu. Jadi... kena bersedia je la bila dia bersedia nak serah diri. Makanya, kena la cari income lain untuk support dia.

Bersedia untuk apa saja termasuklah berhadapan dengan line yang lembab tahap siput ni.

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. dugaan buat sal..moga tabah ye..

    ReplyDelete
  2. pasal batuk yang lama tu ke kak sal? Sakit apa? Risaunya hati kak ye.

    ReplyDelete
  3. Semoga diorang cpt smbuh ye kak

    ReplyDelete
  4. Moga cepat sembuh. Hubby skt apa ye. Knp kena lama stay kat wad

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign