✿ Rumah SalYa ✿: November 2013

Fresh from the owner...

29 November 2013

Tukar header baru.


mula-mula kena tukar header dulu sebelum tukar cat rumah. Aus pun dah nak masuk 3 bulan. wah... cepatnya masa berlalu! memang cepat sangat la. kejap je dah besar. kalau ikutkan appointment, malam ni kena bawak dia cucuk 3 bulan. apasal malam? sebabnya aku dah transfered out ke private. suash bila nak bawak dia ke klinik dan husben pulak kerja pagi. sudahnlah sampai kat klinik sana kena menunggu lama. even jiran aku pun tanya berapa kena bayar kat private. tak tahan nak tunggu. ramai orang. lagi pulak kalau aku bawak Azfar. adoiii... mahu hilang budak tu dibuatnya.

tapi tak jadi nak cucuk Aus malam ni. aku malas nak pergi malam. siang-siang ni doc tak ada. dia la suruh datang malam tapi disebabkan dia tengok aku reluctant sikit, makanya dia tukar date ke hari Isnin ni. husben kerja malam. boleh la tinggalkan budak-budak ni kat rumah. bawak Aus je. dan biasanya jugak, sekarang ni aku dah berada kat kampung. cuti sekolah kan?! tapi husben ni senyap je. tak cakap pulak la bila boleh balik. ayah aku, abang aku, kakak aku siap call banyak kali tanya bila nak balik. ayah aku pulak siap pesan kat cucu dengan anak-anak dia yang duduk kat rumah tu jangan sentuh bahagian kiri buah rambutan yang nak masak tu. reserve khas untuk aku dengan abang aku kat Klang tu. kalau tak balik dan buah tu masak merah, barulah dia bagi kait. huhu...

nak ajak balik kampung pun husben bukanlah sihat sangat. dah dua hari mc. batuknya dah dekat tiga bulan tak baik-baik. sejak sebelum Aus lahir lagi. suara dia pun dah lebih 3 bulan jugak tak ada. bukan tak ada langsung tapi tak macam biasa la. semalam masa urut-urut dada sebab dia sakit bila batuk, rasa la tulang-tulangnya. okay... dah kurus. bukan tak perasan tapi saja nak menafikan sebelum ni. ubat? dah macam-macam jenis ubat dia makan. yang kawan bagi, mak bagi, adik-adik bagi tapi macam tu jugak. mungkin sebab dia terlalu stress plus perjalanan tempat kerja dia yang jauh tu buat dia lagi tak sihat. memang dia dah penat dengan perjalanan jauh dia tu tapi nak buat macam mana. buat masa ni kat situ la rezeki dia.berdoa sajalah semoga dipermudahkan semuanya oleh Yang Maha Esa.

okay la... nak main masak-masak kejap. banyak benda nak cerita. pasal budak-budak ni. pasal banyak benda la. nanti kita story-story dengan blogwalking lagi ye. itu pun kalau tak berebut lappy dengan husben and the kids plus si Aus ni tak nak bergayut. kalau tak, apa pun tak jadik. hehehe...




my foot: budak-budak ni pun dah tak tanya abahnya lagi bila nak balik kampung lepas kena marah. hoho... last day sekolah, balik rumah dan belum bukak kasut terus tanya abah bila nak balik. petangnya, abah baru je tongkat motor lepas balik dari kedai, terus cakap nak balik kampung esoknya. adehhh... menyirap la dia. dah la tengah sakitkan. aku faham. tapi budak-budak ni bukan la faham sangat. ala... nanti-nanti kita balik la ye anak-anak. sabar!!!





27 November 2013

~ WW #68 ~ Harta Dunia Akhirat.





my foot: anak-anak solehah dan soleh. insyaAllah.




Laptopku sayangku.


entri penguat semangat di malam hari. adehhh...!!! biasanya time ni aku dah selamat melayan mata dengan si Aus. bukan Aus seorang malahan kakak-kakak dan abangnya sekali. tapi malam ni rasa macam terlebih rajin sikit memandangkan laptop aku yang skrinnya 'musnah' tu dah direpair oleh encik husben tersayang. dia called kedai tanya berapa harga skrin untuk acer bla... bla... bla... dan kedai cakap kalau LED lain price. LCD pun price lain la. LCD lagi murah berbanding LED. 

so, husben nak tukar kepada LED. tapi tokey tu cakap nak check stok apa yang ada. dalam masa dua minit dia mintak call dia semula. belum sempat husben nak call si tokey called dulu bagitahu yang ada cuma LCD. makanya, tukarlah skrin ni pada LCD which took the tokey 30 minutes untuk siapkan. tapi sebab husben datang dalam pukul 9 lebih. tak sempat la dia nak tukar.dan malam tadi lepas balik kerja dia pun terus la ambik laptop ni. dia kesian kot aku dok guna hp yang kecik tu. hehehe... mungkin jugak dia bosan dengar aku merungut nak laptop baru. aku tak kisah pun laptop baru ke laptop ni ke... janji ada laptop. ^____^

lepas ni insyaAllah boleh la kembali berblog seperti biasa. tangan pun kekok nak menaip. dah lama tak cecah keyboard. biasa guna handphone je kan. ceh... mengada-ngada kan?! lepas ni aku kena la topup nombor hotlink tu untuk guna wassap. sebab sebelum ni aku guna sim broadband ni tapi nombor hotlink tu. tipon tak berapa canggih tu boleh masuk dua sim. membazir la biarkan sim broadband tak berguna kan? jadi aku pun guna la line broadband untuk wassap tapi nombor yang appear nombor hotlink. husben tanya: "Macam mana tu?" aku pun tak tahu.

dan tengahari tadi anak jiran aku jatuh longkang. bibir budak tu terbelah sikit. aku la yang jadik tukang isi minyak gamat kat bibir budak tu memandangkan jiran yang sorang lagi tak berapa nak berani dan si emaknya pulak dah nak pitam anak jadik macam tu. anak lelaki sorang. menjawab la dengan si bapaknya. maknya dalam nak pitam tu geram jugak. sebab dia dah pesan pada anaknya jangan keluar. tapi budak-budak biasa la. pintu pagar terbuka, dia pun keluar la dengan basikal. sudahnya jatuh longkang.

kalau ikutkan bibir tu macam kena jahit. jiran aku ni pergi la hantar memandangkan si emak masih tak boleh nak handle situasi tu. tambahan pulak si emak ada baby kecik. tapi jiran ni terpaksa hantar balik budak tu sebab doc kat klinik swasta baru je keluar rehat. Klinik Satu Malaysia kata jarum dia tak sesuai untuk jahit bibir budak tu. bertolak ke sana sini last-last pergi ke HSI. dua jam menunggu tapi tak setle jugak. banyak kes accident bagai. bawak balik dan pergi pulak ke klinik swasta tadi. by that time, dah nak masuk waktu maghrib. lama la budak tu terpaksa menunggu untuk bolehkan bibirnya digam. maknya kata dah bengkak pipinya sikit. nasib baik anak lelaki. takut kena marah terpaksa tahan sakit. kalau anak perempuan yang lemah gemalai memang tak la kan. huhu...






my foot: tidaklah selalu boleh buat entri seawal pagi ni. susah nak bangun pagi pulak. Aus ni kalau dah menyusu lama. memang tak hadap laptop la kalau bagi dia susu kan? laptop ke mana, aku entah ke mana. haha...







21 November 2013

New additions.

Aus patutnya lahir bln September. Tapi 36 minggu dah keluar. Tak sempat nak minum air gula. Aku pun memang doa tak kena minum. Alhamdulillah... selamat. My sis-in-law yang duenya hujung bulan september pun bersalin awal 3 munggu. Dia dapat baby girl. Semua anak-anak dia gegurl. Klau Aus lahir dengan berat 2.75 kg, Suci Aisyah pulak 2.65 kg. Sebulan kemudian, my sis-in-law yang sorang lagi pulak deliveredkan a healthy baby boy Muhammad Azzam Hazim dengan berat 2.7 kg. Alhamdulillah Aus tak kena jaundice. Suci warded sebab high risk dan Azzam pulak 3 kali masuk wad sebab jaundice dia turun dua hari je lepas tu naik semula. Maknya doc tapi doc pun manusia biasa. Kalau dah nak kena tu, kena jugak.

Kiranya tahun ni Piah je la tak bernasib baik sebab baby dia meninggal kan. Tapi itu bahagian dia. Bahagian kita benda lain pulak kan? Semalam pulak dapat tahu my bro-in-law yang kawen end of May tu nak dapat baby jugak. Dah 9 weeks. Lagi 2 minggu kena scan sekali lagi untuk sahkan betul tak apa yang doc suspect. Wife dia ada twin. Dan sebelah husben ni ada gen twin jugak sebab kakak ipar aku ada twin boys. Kebarangkalian dia untuk dapat twin pun tinggi la. Doc kata macam ada 2 heartbeats. Tu yang kena re-scan tu. The best of luck!!! Seronok dengar orang nak dapat twin.

Macam kawan pada kawan aku, first babies twin, second pulak non-identical twin dan sekarang ni mengandungkan triplet. Hebat kuasa Allah kan? DIA yang Maha Menentukan pada sesiapa saja yang dia kehendaki. Ada sorang anak pun dha syukur sangat sebab ada yang tak bernasib baik macam kita-kita yang ada anak ni.

Apa pun kemungkinan twin ni akan lahir in May. Sama bulan dengan Azfar dan bulan yang sama dengan anniversary kami-kami berempat. Semoga selamat la hendaknya. Tak kira la twin ke tidak kan?

posted from Bloggeroid

19 November 2013

Cuti sekolah sudah!!!



Dah lama tak update blog. Rindu dekat blog ni. Tapi nak buat macam mana. Tunggu laptop datang baru sedap nak berblog macam biasa. Nak blogwalking pun senang.

Alya dengan Anis still akan sekolah kat sini next year. Dia orang yang nak. Walaupun yuran dah naik, abahnya kata okay maka okaylah. Dah bayar deposit pun. Alhamdulillah... Alya dah boleh reading. Anis pada aku dengan umur 4 tahun tu dah banyak progressnya. So next year, Alya last la kat situ before naik standard 1. Dah besar la budak-budak ni... T___T

Azfar pun dah free diapers di siang hari. Kehendak sendiri. Okay la tu. Tak ada la dia nak kencing merata-rata kan. Dia nak kencing, dia akan masuk toilet. Nak poo poo je dia ambik diapers sebab toilet duduk. Bahaya jugak kalau dia sorang-sorang dalam bilik air. Bukan aku tak boleh tengok. Tapi kalau time Aus menyusu, susah sikit la. Walaupun mulut si Azfar ni 'handal' tapi kalau dia cakap nak pakai diapers, dia nak jugak la. Layan. Kalau tak nanti tengah-tengah maim dia cakap dia terkencing. Mesti menyirap darah mak. Hoho...

Dan si comel Aus... orang mesti tanya dah boleh buat apa kan kalau jumpa. Dah boleh mengamuk tahap mega. Adehhh... tapi tetap jadik kesayangan kakak-kakak dan abang. Asal hilang je mesti cari. Baby zaman sekarang ni cepat matang la. Belum masuk 3 bulan pun Aus ni tapi suka orang layan dia. Bercakap je la kejap lagi.


Walaupun semalam terlocked dalam kereta, aku bernasib baik Allah bagi bantuan segera. Jiran aku si pomen balik rumah dan aku pulak kebetulan baru sampai rumah lepas beli barang. Nak bukak pintu pagar sekali tu masa pintu kereta tu tutup aku dengar bunyi lock. Aisey... panik kejap. Nasib baik Aus tidur. First time jadik nih. Sebab tu aku jarang tutup kemas pintu kereta. Tapi semalam nak jadi cerita agaknya. Si pomen la yang tolong. Dia kata nasib baik dia kebetulan balik nal ambik motor. Huhu... terima kasih ye jiranku aka encik pomen.

Terima kasih Ya Allah atas bantuan yang Engkau berikan!!!
posted from Bloggeroid

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign