✿ Rumah SalYa ✿: October 2013

Fresh from the owner...

24 October 2013

Bukan senyuman pertama.



Tajuk bukan main lagi. Dah macam tajuk novel pun ada. Haha... bukan senang nak capture senyuman baby ni. Especially senyuman pertama. Dan ini bukanlah senyuman pertama Aus. Ni entah senyuman ke berapa puluh or ratus, aku pun tak tahu.

Tapi bila dapat captured tu akan jadik kenangan la kan. ^^

posted from Bloggeroid

21 October 2013

Bukan malas update blog.



Kat atas tu cover buku Budak Tin. Tak pasti pulak ada ke tidak kat bookstore. Aku punya buku datang direct daripada Institut Terjemahan Negara. Aku kan pernah praktikal kat situ. Still ada kawan-kawan kat situ jugak. Bila tau je sahabat ni buat buku, direct jugak la aku tanyakan pada staff kat situ. Dapat la buku tu secara percuma. Bukan tak nak bayar tapi kakak yang pos tu hadiahkan. ^___^

Sekarang ni aku jarang update blog. Bukan sebab malas. Bukan jugak sebab tak ada cerita tapi leceh nak update ikut tipon. Keypad kecik. Selalu tersalah taip. Malas nak betulkan bila dah silap sebab dah taip panjang gitu. Hahaha... sengal je rasa. Memang sakit mata tengok typo error. Tapi dah malas nak patah balik nak buat macam mana.

Tengah buat saving ni. Nak beli laptop baru. Kesian kat husben yang dok nak tunaikan apa yang wife dia nak. Pening dia. Haha... once dah dapat laptop baru on pc baru ke baru la seronok berblog. Nak tukar 'rumah' baru, header pun baru. Nak buat banyak benda pun senang. Termasuklah blogwalking. Sabar ye pada yang aku tak sempat langsung jengah blog dia orang. Sebab guna fon, tengah loading selalunya hilang line. Memang leceh tahap tak ingat. Penat. Huhu...

posted from Bloggeroid

20 October 2013

Hari Kanak-kanak!!!

Hari ni budak dua beradik ada progam. Ada sambutan Hari Kanak-kanak pukul 2 petang. Budak-budak ni excited la. Tiap-tiap hari nak pergi school dok cakap kena pakai baju sukan. Sebabnya dia orang memang kena pakai baju sukan pun.

Aku pun tak pasti tadika mana lagi terlibat. Tapi tadika dia orang salah satu daripadanya. Pukul 1.30 nak kena ada atas stage walhal program start pukul 2. Excited jugak sebab tadika ada sediakan gift. Lunch dia orang would be Marrybrown. Tak sure sama ada makan kat sana or cikgu tapau. Tapi rasanya macam tapau.

Budak-budak pulak parents kena hantar. Jadi lepas habis program terus bawak balik. Tak payah la susah-susah nak patah balik ke school untuk ambik dia orang. Next week pulak ada konsert. Tapi yang tu dia orang tak join. Kalau next year still kat tadika sama, boleh join next year punya je.

Ni pimun awal je mandi. Macam la nak pergi pagi ni. Hoho... Anak-anak punya cerita kan?!

posted from Bloggeroid

Budak Tin!!!

Budak Tin bukan budak yang duduk dalam tin ye. Ini buku cerita. Buku yang ditulis oleh seorang sahabat. Teman belajar masa degree dulu. Teman sekelas. Sekarang ni dia dah jadik editor yang berjaya tapi masih sengal macam dulu jugak. Hahaha...

Aku nak buat review sikit pasal buku ni. Dah baca lama. Tapi tak sempat pulak nak buat review. Ini bukan novel macam I Love You Mr.Arrogant or macam Sebenarnya Saya Isteri Dia. Ini bukan novel cinta. Jadik pada penggemar novel cinta tu jangan harap ada cinta-cinta dalam ni kecuali cinta pada ibu bapa dan rakan-rakan.

Buku ni ditujukan pada remaja yang bawah 15 tahun. Sebabnya buku ni ada terselit pengajaran didalamnya. Pada yang suka Bahasa Melayu sejati boleh baca buku ni. Sebab bahasanya bukan macam bahasa novel.

Budak Tin ni perihal semangat seorang budak perempuan bernama Fatin. Walaupun ayah dia kerjanya cari tin dan jual tin, dia tak malu malahan bangga dengan rezeki yang ayah dia cari. Ada budak malu bila ayah dia orang kerja cari tin kan? Tambahan pulak kalau kena ejek dengan kawan-kawan sekolah. Tapi Fatin ni cekal. Semangat dia tu la yang aku suka. Mungkin itu jugak semangat si penulis.

Apa pun buku cerita ni sesuai jugak diberikan sebagai hadiah untuk budak-budak. Membaca kan jambatan ilmu. Hehe...

posted from Bloggeroid

03 October 2013

Sebulan lebih sudah.



Tinggal lebih kurang 6 hari je sebelum tempoh pantang berakhir. Kejap je masa berlalu kan? Daripada masa dapat tahu pregnantkan Aus, bawak dia for 9 months, bersalinkan dia dan sekarang dah sebulan usianya. Masa tu memang cepat la. Sedar-sedar je dah besar kan? Huhu...

Membesarlah dengan sihat dan semoga jadi anak yang soleh. Doa kami as parents untuk anak-anak. Selamat dunia akhirat hendaknya. Amiiinnn ya rabbal alamin...
posted from Bloggeroid

Aus Irsyad day 1.



Ini masa kat hospital. Aku lepas delivered memang susah nak tidur. Pukul 3 lebih baru tidur. Itu pun paksa diri sebab aku kan ada problem dah masa nak bersalinkan Aus. Lagi pulak aku dah rasa kalau tak tidur memang sure tekanan darah naik. Tambahan pulak rasa macam tak berapa nak sihat je.

Paginya nurse checked kata ada potensi nak demam. Dia suruh minum air masak banyak-banyak. Berbotol jugak la air masak minum. Lepas tu kencing untuk buang haba panas. Itu termasuklah air zam-zam yang husben belikan sebelum balik. Memang reda je la. Pulak tu ada batuk. Adoiii... memang pasrah bila batuk tu.

Alhamdulillah... Aus tidur je sampai orang katil sebelah tegur baik budak ni. Tak menangis pun. Cucuk BCG pun relax je. Takde nangis-nangis. Tapi balik je rumah, dia tak ada tidur macam dia kat hospital. Rajin bukak mata. Sebab tu jugak kot dia tak ada jaundice. Salah satu sebab aku rajin minum jus delima time pregnant. Berkat. ^___^

posted from Bloggeroid

01 October 2013

First day without my dad.

Aku dah taip suku cerita guna laptop yang sekejap okay sekejap tak skrinnya tu. Tengah-tengah taip paam pulak skrinnya. Sengal betul la. Geram je. Sebabnya aku upload pics jugak. Phenat!!!

Ayah aku dah selamat sampai kat kampung semalam after 30 days dok tolong aku kat sini. Sepanjang aku pantang ni dia la dok tolong tengokkan Aus plus dodoikan Aus time aku ada benda lain nak buat. Walaupun dia cakap dia datang dah susahkan aku sebab makan minum dia aku sediakan tapi paa aku benda tu normal la. Kalau tak aku siapa lagi nak sediakan makan minum dia kan? Dia bukan ada orang lain kat sini.

At least ada jugak bakti sementara dia masih ada kan? Sunyi pulak tak ada ayah aku tu. Anak-anak memang riuh tapi orang tua tu bukan senang nak datang sini. Nak duduk sebulan lagi la. Tapi sebulan tu macam kejap sangat je. Pejam celik dah habis sebulan. Tak ada la nak kejar-kejar nak masak tengahari awal. Nak sediakan breakfast dengan minum petang... dah tak payah nak fikir walaupun kadang-kadang tak fikir sangat. Tengok apa ada kat rumah, masak
Cuma kena pastikan apa yang kita masak tu dia makan la. Itu je.

Semalam jugak Aus cucuk sebulan. Lepas ni transfer out ke private sebab next month husben kerja pagi jugak. Takkan tiap-tiap bulan nak ambik cuti. Dia yang suruh transfer out ke private. Satunya sebab nak kena menunggu lama. Orang memang ramai. By the time siap, anak-anak dah balik sekolah. Siapa nak tengok kalau aku still kat klinik? Lagi pulak kliniknya jauh. Dia tak nak susahkan aku drive jauh-jauh dengan hero dia yang dua orang tu. Kalau private dekat dengan rumah je. Timing pun kita yang tentukan. Okay... dah dia yang bayar bil nanti kan, aku ikutkan je. Hoho...

Klinik kerajaan pun suka orang tranafer out. Memang ramai sangat orang. Nak jumpa doktor pun kena tunggu 30 minit. Belum lagi nak kena tunggu untuk check baby dengan injection lagi. Berkarat menunggu. Masa kat Pahang tak ada la lama sangat menunggu. Bila kat sini phening. Timbang baby pun sendiri kena buat rupanya. Adehhh... jakun kejap!!!

Dah settle semua baru baru la hantar ayah aku ke stesen bas. Belikan tiket and tunggu dia naik bas. Tiba-tiba rasa sedih pulak. Tengok cerita Chalte Chalte pun boleh buat air mata rasa murah sangat turun. Jadi layan perasaan je la semalam. If you feel like crying, then cry je la. Layan... T___T

Jadi hargai la orang tua kita sementara masih ada. Thank you dad for helping and caring and love. Miss you and love you so much!!!

posted from Bloggeroid

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign