✿ Rumah SalYa ✿: June 2013

Fresh from the owner...

21 June 2013

Selamat bercuti.



indeks pencemaran udara kat Johor memang tahap dah tak sihat sangat. pagi-pagi bangun nampak putih je. bukan kabus ye. tapi semalam memang teruk. aku cakap kat anak-anak lepas ambik dia orang daripada school. nampak tak hujung sana. biasa nampak je. tapi semalam tak nampak. putih. masuk tengahari je bau asap memang kuat. panas jerebu jangan cakaplah. tapi budak-budak ni tak ada la merungut cakap panas ke apa ke. tidur malam walaupun panas, okay je lagi. alhamdulillah.

dan hari ni cuti sebab semalam IPU dah cecah 333. anak-anak aku pakaikan mask pergi school. ada jugak parents yang tak pakaikan anak-anak dia orang mask. siap bagi dia orang main kat luar lagi. adehhh... aku nak bagi main dengan keadaan cuaca dan udara macam ni, memang tak la kan. kalau sakit siapa yang susah? precaution is better than cure, makanya ambiklah langkah berjaga-jaga. memang budak-budak kita bukan boleh halang dia orang daripada tak keluar. tapi kita boleh pujuk. cakap baik-baik. alhamdulillah jugak anak-anak aku bukan jenis yang ada ragam kalau tak dapat main kat luar. dia orang akan main sama dia orang je dalam rumah. okay la tu kan.

udara yang tak elok ni pun tak sesuai for pregnant mothers. jadik pakai mask la ye kalau keluar tu. nak outing ke mana-mana pun memang tak la kan. kecuali la kalau nak beli barang dapur. kalau saja-saja nak lepak kat luar tu memang cari nahas la tu. cuaca pagi ni pun gelap je. macam mendung. walhal sebab jerebu. kalau hujan ni insyaAllah... mungkin kurang sikit IPUnya tu. bila jadi macam ni... kena muhasabah diri. ada sebab untuk setiap apa yang berlaku. kena tengok balik apa yang kita dah buat silap denganNYA. peringatan DIA untuk kita tu.

jadi redhalah dengan ujian yang menimpa ni. jangan merungut. sebab semua ni datang daripada kita jugak kan? betul tak? apa pun... selamat bercuti dan selamat duduk diam-diam dalam rumah dengan family masing-masing. anak-anak aku ni dua orang dah start selesema dengan batuk. adoiii la... jaga diri baik-baik ye.



12 June 2013

~ WW #68 ~ Kek Azfar.








my foot: kek birthday Azfar tahun ni. itu pun bukan mak bapak yang beli. makciknya yang sponsor. konon nak beli hujung bulan. nak celebrate sekali dengan anniversary Abah Ibu. tapi end up beli kek slice je. hahaha... nak buat macam mana. kalau beli pun mesti tak habis makan. fridge tak beli lagi. punya la malas kan? adehhh...




Baru dapat on laptop.



asalnya broadband dah expired. husben tak renew pun. tunggu jugak isteri dia yang buat. tak pandai katanya. mengada je lebih. bukan dia tak boleh nak renew pun. tapi saja dia je. bila dah renew broadband, laptop pulak tak boleh nak on. adehhh...

charger laptop ni, wayarnya dah putus-putus kot kat dalam. memang kena sabar la kalau nak on kan jugak. tapi memang jenuh jugak nak onkan. puas 'belai' wayar tu tapi still tak mahu hidup laptop ni. geram je rasa. nak hempuk-hempuk laptop ni pun ada. aisey... nak kena tukar baru ni. hehehe... nanti dah settle banyak benda, boleh pujuk husben carikan laptop baru. tak pun betulkan je cpu yang ada kat rumah ni. asal mintak hantar kedai je cpu, ada je alasan dia. kalau ada cpu tu, budak-budak ni boleh jugak praktis apa yang dia orang belajar kat sekolah tu kat rumah kan? bukan dia orang tak pandai guna laptop, tapi kalau pc tu senang sikit nak share.

update sikit je la dulu. ada kerja nak buat. baju-baju masa balik kampung hari tu pun tak settle kemas lagi. huhu... rumah baru semalam la dapat kemas elok sikit. badan penat balik hari tu. mana taknya, dekat pukul 2 petang sampai rumah. lepas asar pergi ziarah 'mak' yang baru balik umrah. dia balik hari jumaat tapi sebab jumaat and sabtu still kat kampung, makanya ahad je la baru boleh jenguk dia kan. pukul 9 balik. sampai rumah, badan lagi penat. mana nak kemas rumah? 

nasib baik la encik husben tu jenis tak kisah sangat. kalau penat dia suruh berehat je. tak payah buat kerja. kalau tak larat masak, dia suruh pergi beli. tak payah la nak masak-masak. duduk sendiri senang katanya. apa pun kita yang handle sendiri. yup, so true!!!

kejap lagi sambung ye. nak settle hal rumah tangga ni dulu. nak settle Azfar yang tak pakai baju lagi. tengah train dia tak pakai diapers ni. adehhh... budak lelaki ni berbeza betul dengan budak perempuan. 



05 June 2013

Berkongsi bulan yang sama.




selamat dah seorang lagi adik husben yang kawin. sekali lafaz je. laju pulak tu lafaz nikah. excited terlebih ek? hahaha... my BIL punya wife ni twin. jadik dia orang kawin dan akad nikah hari yang sama. disebabkan my BIL dengan wife dia sekampung, makanya dia la nikah dulu walaupun wife dia adik. dia sampai dulu, dia nikah dulu la. sementara kakaknya pulak nikah lepas tu. kakak dia dapat orang jauh. jadik ambik masa la untuk pengantin lelaki tu sampai.

pic ni pun aku cilok daripada fb si Cang ni. tak ada la nak ambik gambar bagai. nak melayan Azfar seorang je tu pun dah pening kepala. kalau dukung nanti dia kata la: "Nak jalan je. Nak jalan boleh?" letak je kat bawah, berdesup dia lari. adeh... penat nak kejar. Azfar memang pandai buat alasan. macam-macam alasan dia bagi. janji dia dapat turun. tak dipegang. tapi tu la... bila letak je dia mesti nak lari. laju pulak tu. bila dia nampak orang datang nak ambik dia, cepat-cepat dia cakap: "Jalan je kan? Tak boleh lari." hahaha... pandai sangat. geram je rasa.

apa pun... SELAMAT PENGANTIN BARU buat my BIL ni. semoga kekal hingga ke syurga. Mohd Syaiful Hisyam dan Nurul Hanani, kita nanti celebrate anniversary bulan yang sama la ye. beza hari je la. semoga hubungan halal ini dirahmati Allah sentiasa. amin!!!




Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign