✿ Rumah SalYa ✿: May 2013

Fresh from the owner...

28 May 2013

Shopping raya.



okay... belum puasa lagi. ada sebulan lebih lagi pun. tapi dah siap shopping raya ke? hahaha... memang mencari kain untuk buat baju kawin my BIL raya ketiga nanti. kat sini kan ada Jakel yang baru buka. makanya husben yang kerja malam tu offer la ajak shopping. bukan senang dia yang kerja malam nak ajak shopping di siang hari. sebabnya dia mengantuk. kerja banyak sekarang katanya. kadang-kadang tak tidur pun sebab buat kerja. makanya, bila dia ajak cari baju dan layan selera makan isterinya ni, jangan la lepaskan peluang keemasan tu. (^_^)

lagi pulak, sekarang ni kan ke cuti sekolah. jadi nak balik kampung nanti nak terus la hantar baju ke tailor. terus la buat baju raya dan baju untuk kawin BIL tu. kat sini tak tahu siapa yang boleh buat. takut tak jadi serupa baju yang kita nak. biar la hantar ke tailor yang biasa kita buat baju kan. lagi pulak tahun ni aku buat jubah je. baju raya dengan baju kawin tu la. untuk anak-anak je baju kurung. anak lelaki dengan abahnya buat design ala raihan gitu. or mungkin tukar design ala jubah pendek.

nak kata shopping lama-lama pun tak jugak. cari kain, layan karenah budak bertiga ni je... lepas tu balik. kat  Jakel tu pun walaupun orang tak ramai macam hari cuti tapi still ramai jugak. cumanya puas sikit la datang hari kerja sebab senang nak beli kain. tak payah la nak berlaga bahu dengan orang. nak kena kejar si Azfar yang ligat macma lipas kudung ni. memang penat kalau dengan dia. pantang lepas, laju je larinya. hahaha... abah dia memang pening kalau kena dengan anak teruna sorang ni.

kalau dukung pun, macam-macam alasan dia beri. berat la... walhal kia yang dukung dia. kalau tak jalan yang tu, dia kata dia berak. kalau tak layan jugak, dia cakap dia nak kencing. meamng dia akan bagi alasan sampai dia lepas dari dukungan. bila dia nak jalan tanpa pimpin, dia akan cakap dengan suara baiknya tu: "Tak boleh lari. Jalan je kan?" tapi kejap je. lepas tu berdesup berlari dengan lajunya. hohoho... usually dia ikut kakak-kakak dia. kalau ada je kakaknya yang berlari, maka dia pun akan memanjangkan langkahnya untuk berlari. ibu memang kurang larat sikit nak kejar. abah pun tak larat jugak. jadi bergilir-gilir la dok tengok dia kecuali time nak beli barang. abah la tengok. hehehe...

tapi aktif dia tu memang seronok tengok la. budakbudak ni bila time sakit buat risau. tapi abah dia orang skeptikal. kalau maknya, tak apa la. main la. mak tengok je. tapi bapaknya tak boleh. sebab bapaknya masa kecik lasak sangat. itu yang dia takut anak-anak dia jadi macam dia. luka kepala la apa la... tapi anak-anak memang ikut perangai dia jugak. lasak cuma tak selasak bapaknya la. macam Azfar baru-baru ni lebam bawah mata kanan sebab terkena lantai masa dok main-main dengan kakak-kakaknya. tapi tak kena obejk tumpul ke apa ke. sebab masa kejadian aku tengok. bila dia bangun je terus nampak lebam tu. kalau abah dia ada meamng kena jerit dah. nasib baik maknya je yang ada. jadi aku berpesan la dengan dia orang jangan main pelik-pelik. jatuh kalau tak nangis tak apa. tapi kalau dah start nangis tu siap la. hahaha... garang tak?!

okay la... cam panjang je cerita. mahu kemas rumah. lusa dah nak balik. pada yang baru nak balik kampung macam aku jugak... take care. drive carefully ye. semoga selamat tiba ke destinasi. dan aku sekarang ni... masih mencari ke mana mood berblogku telah hilang. adehhhh....



26 May 2013

6 tahun sudah berlalu.





alhamdulillah... masih diberi peluang melihat wajah yang sama setiap hari. mendengar suara yang sama, gelak yang sama. masa berlalu dengan pantas. sudah 6 tahun melyari hidup rumahtangga penuh dugaan dan cabaran dan ujian.

semoga diberi kekuatan dan kesabaran untuk terus tabah dan sabar mengharunginya untuk tahun-tahun mendatang. semoga ditetapkan hati kita olehNYA. dan semoga ikatan yang terjalin ini dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT sentiasa.


HAPPY 6th ANNIVERSARY dear HUSBAND!!!
LOVE YOU FOREVER... insyaAllah.



24 May 2013

Cuti dua minggu pun bermula.



hari ni cuti wesak merangkap permulaan untuk cuti sekolah selama dua minggu. penuh ke aktiviti untuk cuti dua minggu ni? kali ni cuti budak-budak ni tak ada homework macam biasa. kalau tidak memang banyak homework. dah macam budak sekolah rendah. hahaha... cuma ada buku aktiviti aku beli masa hari terbuka sekolah hari tu. cikgu dia orang cakap, siapa yang beli buku tu buat latihan kat situ je la. buku tu memang sesuai untuk budak-budak tadika. tak ada la meroyan sangat budak-budak ni nak buat latihan time cuti kan? ala... buat pun kejap je. kalau balik kampung mana ingat ada homework ke tak.

minggu pertama cuti ni tak balik kampung lagi. balik pun insyaAllah hari khamis sebab sabtu BIL nak kawin. makanya, husben ambik la cuti awal sikit. kali ni perjalanan jauh sikit la. dah lama jugak tak balik Ganu. last time balik pun masa kawin SIL aku kot. hehehe... bukan aku tak nak balik tapinya time nak balik tu ada je benda nak kena buat kat kampung aku. maklum la... dulu banyak urusan kat sana sebab duduk sana lama kan. nak balik Ganu pun kena tunggu orang hantar dan ambik. husben memang tak bagi aku balik sendiri. even drive dengan anak-anak je pun. bukan sebab tak percaya aku boleh drive jauh (sebelum ni pun dah biasa) tapinya kalau jadi apa-apa susah la sebab aku dengan anak-anak je kan. tak ada orang lain yang boleh tolong.

okay... stop cerita pasal cuti sebab tak ada aktiviti lagi. cuma malam ni ada birthday party anak jiran. pukul 8.30 malam start. makanya, budak-budak ni boleh main luar la. aku malas nak bagi dia orang main luar sebab penat kena kejar. especially Azfar. adeh... leceh betul kalau nak kena kejar dia. laju sangat larinya. kalau main dalam kawasan rumah tak apa lagi. nak jatuh ke apa ke, aku nampak. kalau kat luar, susah. dah la kenderaan ada masanya laju je. tak ingat yang kawasan ni kawasan perumahan. selamba kodok je bawak laju. nak kejar apa entah bawak laju-laju. tak tahu la pulak kalau yang bawak laju tu jenis nak show off kereta.

ha, hari selasa hari tu kan aku ambik report card bebudak ni plus diskus pasal perkembangan dia orang kat sekolah termasuk jugak ambik buku untuk second term. alhamdulillah... perkembangan masing-masing okay. masa tanya cikgu, Anis sorang je budak 4 tahun dalam kelas budak 5 tahun. duduk sebelah cikgu lagi. dia ada mintak tukar untuk duduk kelas 4 tahun je tapi cikgunya kata tak apalah. duduk je kelas tu. jadi perkembangan dia agak cepat jugak la berbanding dengan budak-budak lain.

result exam Alya.
ni pun Alya punya.
result Anis.

ni pulak Anis punya.


Alya cemerlang kata cikgunya. Anis pulak untuk budak 4 tahun memang perkembangan dia sangat baik. cikgu tu siap compare dengan anak dia yang umurnya 4 tahun lagi. Anis dah boleh menulis. suka dengan nombor. kalau dalam kelas tu according to the teacher, tiba-tiba je boleh dengar suara dia menyanyi. okay... Anis memang suka menyanyi. macam-macam lagu la dia menyanyi. alhamdulillah... ada banyak improvement budak-budak berdua ni. cumanya cikgu tu pesan pada Alya kaler kena tekan sikit sebab dia kaler light je. kalau Anis bab kaler memang out sikit. muka orang pun dia kaler ungu. hahaha...

yang penting dia orang belajar something kat sekolah. bukanlah aku tekankan sangat sampai kena score gila-gila dalam exam. ikut kemampuan dia orang. kalau boleh buat tak apa. kalau rasa macam stuck, jangan paksa. paksa pun tak boleh jugak. dia orang kecik lagi. cuma boleh train je dulu. apa pun, aku bangga dengan dia roang dan usaha dia orang tu. thanks to the teachers as well.

HAPPY HOLS EVERYONE!!!





21 May 2013

Result exam dan Hari Terbuka.





hari ni result exam budak dua beradik ni keluar. hari ni jugak hari terbuka sekolah. makanya hari ni budak-budak ni tak ke sekolah la. yang akan ke sekolah nanti cuma maknya je. bapaknya mungkin ikut sekali kalau tak penat. kalau penat, tengok anak-anak kat rumah je la adanya. hari ni jugak dia orang akan dapat buku untuk second term. tadika pun dah macam apa. siap ada buku untuk second term lagi ha. kau ada? hahaha... dan this week jugak minggu terakhir sekolah. next week balik kampung sebab BIL nak kawin. lepas tu balik kampung aku pulak sebab nak hantar kain pasang untuk buat baju.

aku plan nak beli jubah je. tapi sebab majlis sebelah adik ipar aku tu bulan Ogos raya ketiga, makanya kena buat baju jugak la. MIL dah bagi contoh warna dan kain. nak beli banyak dah tak ada stok. kalau dapat cari yang ala-ala warna serupa tu, grab je la. nanti misi mencari kain pasang la pulak. aku prefer hantar kat kampung sebab last-last minute pun boleh hantar lagi. ala, saudara-saudara jugak yang buat. dia pun tak ambik banyak tempahan. ambik saudara mara je. jadi, senang la sikit. even kalau aku hantar awal pun boleh siap awal. kat area Johor ni aku tak tahu kedai mana okay dan kedai mana tak. nanti jadi macam husben aku. hantar baju raya tapi dapat tak serupa hantar.

biar la kain tu pergi tempat jauh sikit. nanti kakak aku boleh ambik je. on the way nak balik Ganu aku boleh singgah ambik kat rumah. lagi pulak , aku dah biasa dengan kain yang dia orang jahit. okay... puasa pun belum tapi sibuk dah nak hantar baju raya kan? tu bukan baju raya daaa... merangkap baju raya je. plan memang nak beli ready made je tahun ni.

tengok la. nak cerita pasal result exam dengan hari terbuka sekolah kan tapinya dah melarat-larat cerita benda lain. nanti dah dapat result aku frame la kat sini. nak settle budak-budak ni dulu. nak masak sarapan. nak kemas-kemas rumah. nanti kita jumpa kalau mood masih ada ye. ngeee...



17 May 2013

Selamat Hari Guru yang tergendala.



sebenarnya nak buat entri semalam. tapi laptop yang separa rosak ni macam weng sikit. dia pergi delete benda yang kita tak nak delete pun. delete secara auto la maknanya. terus shutdown dan tak on laptop lagi dah. sebabnya, dia delete messages dalam inbox husband. adeh... nasib baik masuk thrash box. boleh la trace balik mana dia pergi. kalau tak haru aku. ngeee... walaupun husben yang suruh cek inbox tapi biasa la kan. tak sebadap jugak bila hilang benda penting ni walaupun bukan salah aku pun.

semalam hari guru kan. teringat la masa aku pernah jadik cikgu dulu. meriah. meriah dengan gelagat dan telatah budak-budak sekolah. meriah dengan hadiah bagai. sekarang ni dok melayan si budak berdua tu pulak celebrate Teacher's Day. kalau last year, Alya sorang je. sekarang ni dengan Anis pulak. yang untungnya dia orang sekelas. . kalau Alya dulu cikgu dia dua orang je. sekarang ni ada 3. jadik aku combine je hadiah. itu pun, aku kena ikut dia orang ke kelas okay.

tak nak bagi hadiah sendiri asalnya. nak aku yang bagi sebab dia orang malu. alahai... padahal ramai je kawan-kawan dia yang bagi. terlebih-lebih la pulak anak-anak hamba ni. dan semalam jugak ada makan-makan. dia orang siap pesan tak payah bawak bekal sebab cikgu sediakan makanan. tapi aku sediakan jugak. mana la tahu kan. tak kisah la kalau dia orang bawak balik semula bekal tu tak berusik. janji ada makanan sampingan.

untuk hadiah guru this year, aku belikan mug yang berbeza. kiranya mug tu sampingan je. hadiah utama benda lain. tapi disebabkan benda tu kecik sikit dan nipis, makanya terpaksa la carik alternatif lain. aku rasa hadiah faveret setiap tahun untuk cikgu sama ada mug or frame. ekonomi kan. ada bajet lebih boleh la upgrade sikit hadiah tu. tapi hadiah tu tak penting sangat. apa yang penting ingatan. memang tak mudah jadi cikgu sekarang. dugaan dan lambakan kerja yang banyak. tapi daripada cikgu la kita belajar banyak benda kan?

memang ada jugak cikgu yang tak berapa nak ikhlas mengajar. tapi ikhlas tak ikhlas, dah tugas. jiran aku ni pun cikgu jugak. busy memanjang. pukul 6-7 petang baru sampai rumah. kalau dia balik awal tu mesti tak sihat. my friends yang lain pun selalu jugak merungut dalam fb kena balik petang-petang. hari cuti pun tak serupa hari cuti. kerja guru sekarang mencabar daripada 10 tahun lepas. kalau dulu memang ada ruang cikgu relaks. tapi sekarang tak lagi kot.

fridge magnet sempena hari guru.

ini tempat aku tempah fm tu.


apa pun yang penting, anak-anak happy sempena hari guru ni. dan untuk cikgu-cikgu di luar sana: SELAMAT HARI GURU 2013!!!





my foot: kalau ada yang berminat nak tempah fm, boleh tengok-tengok kat blog sikecikshop dot blogspot dot com. tak pun sms je: 017-3609218. sure layanan memuaskan.



15 May 2013

~ WW #67 ~ Kad Hari Ibu.







my foot: setiap hari adalah Hari Ibu. tak ada special day sebab anak-anak la yang selalu jadikan hari tu special dengan gelagat dan telatah dia orang. betul kan?



14 May 2013

Blog bersawang dan undi rosak.



dah lama sangat rasanya tak update blog, tak blogwalking. laptop tak repair lagi. tapi still boleh guna je. cuma kena kecikkan size la. tak boleh tengok macam biasa. as long as boleh guna tak ada hal la kan. cuma mood nak berblog tu memang dah out sangat dah rasanya. tambahan pulak diri sendiri pun tak berapa nak sihat. makanya, mood untuk berblog tu makin lama makin hilang. adeh... tapi bila fikir-fikir, banyak benda yang miss kalau tak update blog. ye la... ni kan blog persendirian. banyak benda nak simpan untuk kenangan kan? rugi la pulak kalau tak simpan semua kenangan tu.

ni pun masih memaksa diri la menaip untuk barang seketul dua. harapnya, mood akan ada la. tak banyak pun sikit. walaupun PRU13 dah lama berakhir. keputusan pun dah keluar. tapinya wall kat fb masih la jugak bercerita pasal politik. tak habis-habis. tak kisah la tu. janji jaga bahasa. tak kira la apa je sokongan kamu dan kamu tapi tak payah nak mengata lebih-lebih. tapi aku bukan nak cerita pasal tu pun. aku nak cerita pasal hari masa mengundi. kiranya aku pergi mengundi awal pagi jugak. dan saluran aku meamng tak ramai orang. ada la dalam 5 orang sebelum aku. my eldest sis saluran dia panjang gila. the other sis, tak ada orang. urusan cepat la. aku pun tak ada la menunggu lama.


dah siap mengundi, lepak-lepak tunggu sis aku yang kena beratur panjang tu. sebelum pergi mengundi, sempat la tengok Dato' Najib dengan Rosmah datang melawat tapak. dengan pemberita bagai yang sibuk nak ambik. tapi tak ada la aku nak ambik pic pun. buat apa. dah berlambak dalam paper pun picsnya. tapi aku pernah personally bersalam dengan Dato' Najib ni la. tapi bukan masa dah besar ni. masa aku kecik-kecik dulu. datang ke jamuan raya dia kot. masa aku sekolah rendah kalau tak silap. berzaman dah kan. hahaha... tapi ingat lagi sebab aku tengok orang berebut nak bersalaman dengan dia. makanya, aku pun joint the group la nak tengok. dah sampai ke depan tu, bersalaman je la. ala, budak-budak je pun.

okay, back to the story yang mana lepas my sis mengundi, di bercerita tentang kawan dia yang mengundi sekali dengan dia tu la. kawan dia tanya pasal dakwat kat jari. katanya tak cukup nak pangkah kertas undi. dapat pangkah satu je. hah, apa ke hal?! pangkah guna jari ke? hahaha... bila sis aku tanya kenapa guna jari, walhal pen kan ada. dia kata dia ingat dakwat kat jari tu untuk pangkah kat kertas undi. sebab tu dia kata sikit sangat dakwatnya. dah pangkah satu kertas dengan dakwat kat jari baru dia perasan ada pen. adeh... kelakar gila. tak pasal-pasal ada satu undi rosak dibuatnya.

memang kami pakat gelak je la. ada jugak yang salah faham tentang dakwat kat jari tu rupanya. itu yang duduk kawasan bandar tu. kalau kat luar bandar ada tak yang macam kawan kakak aku ni jugak? hmmm...



13 May 2013

Sanah helwah sayang kecik.




hari ni genap usia Azfar 2 tahun. sanah helwah abang kecik. semoga jadik anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat. doa ibu dan abah untuk anak-anak.

We love you!!! mmuuaaahhhsss...




02 May 2013

Laptop saya rosak.



petanda bakal mendapatkan yang abrukah setelah 5 tahun sedia bekhidmat untuk aku? adeh... rosak pulak skrinnya. tapi bukan rosak sepenuhnya. still boleh guna tapi tak boleh nak tengok macam biasa la. kena kecikkan. sebab dah makan suku ruang di sebelah kanan. boleh je nak tukar skrin tapi boleh tahan jugak rasanya harga untuk tukar skrin kan? kecuali ada spare part.

mungkin inilah masanya untuk bertukar kepada yang baru. aisey... berangan je la. selagi boleh guna tu guna jelah. jangan membazir. hahaha... ada sesiapa nak sponsor saya laptop baru ke? kesian kat saya yang serba kekurangan tanpa laptop ni walaupun dah jarang update blog sekarang. Elly, ko tak nak sponsor aku ke? ngeee... ko jugak yang jadi mangsa kan Elly. sian kat kau.

okay la... nak siap-siap dulu. nak sediakan sarapan pagi budak dua beradik nak ke sekolah. hari ni ada plan lain. tengok la macam mana. jadi ke tidak bergantung pada mata husben aku tu. kalau mampu bertahan boleh la ajak berjalan. kalau tidak, balik rumah tidur je la.

take care. dan selamat Hari Pekerja kepada para pekerja semalam ek. cau cin cau...



Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign