✿ Rumah SalYa ✿: April 2013

Fresh from the owner...

29 April 2013

Alya yang suka merungut.


pernah tengok Skunk Fu ni kat astro ceria? aku tak ada la tengok pun. setakat tengok iklan je. tapi dalam iklan tu kan ada kata yang Skunk ni suka merungut. hahaha... kalau Alya dengar iklan ni suka la dia. sebab dia suka merungut. ada je benda yang tak betul pada dia. pening kepala mak bondanya ni. itu la ini la. dan dia ni pulak kalau dah berjanji kena tepati. selalu dengan abah dia la. abahnya kata nak bawak pergi kedai petang. tapi petang tu tak bawak-bawak jugak. selagi tak tunai janji, aku la yang kena dengar dia membebel. dari petang bawak ke malam, bawak ke pagi, tengahari sehinggalah aku bosan dan cakap dengan abah dia: "Janji dengan anak nak bawak pergi kedai kan? Dok berleter je. Penat dengar. Penat nak jawab." hahaha... 

kadang-kadang tu hari hujan. makanya tak dapat la abah dia nak bawak ke kedai. tapi si minah kecik ni akan tengok je cuaca kat luar dan tunggu sampai hujan berhenti. kalau hujan renyai-renyai pun dia sanggup redah. kalau tak nanti dia berbunyi: "Abah kata nak bawak pergi kedai petang. Tak bawak pun." kalau aku kata hujan ke apa ke... nanti dia cakap akan tanya abah sendiri. hohoho...

kalau kena aku masak tak ikut citarasa dia ke, kejap lagi mengomel la: "Masak apa gitu gaya." adehhh... kalau dia dengar Anis menjawab apa yang aku cakap, nanti dia bising: "Awak ni mulut handal." padahal sama je dia dua beradik. itu belum masuk Azfar lagi tu. Azfar kalau di tanya kenapa panjat, kenapa tumpahkan air, jawapan dia senang je: "Saja!" lagi geram.

rambut dah panjang. ajak potong tak mahu.


dan Alya selalu cakap kat aku kalau dia tengok iklan Skunk Fu tu. dia cakap: "Macam Kak Long. Suka merungut." hahaha... tahu tak apa. lagi satu tentang Alya ni, dia perfectionist. yang tu memang tension la. awal-awal dulu lagi tension. tapi sekarang ni dah kurang sikit. kalau buat homework, coloring ke tulis-tulis ke , dia tak suka comot. kaler tu terkeluar sikit je, kadang-kadang tu tak nampak pun... mengamuk la dia suruh padan. tak cantik. comot la. padahal dia yang buat pun. bukan ada orang kacau. selagi tak padam, memang panjang la amukkannya. 

masa awal-awal sekolah dulu aku hangin jugak. tak jejas pun. sebab tak nampak. padam sendiri dia tak nak. tapi sekarang ni dah kurang sikit mengamuk kalau kaler terkeluar sikit daripada garisan. kalau tak layan dia mewarna, kejap lagi dia kaler memang comot gila la. tunjuk perasaan kata. tak macam Anis. Anis kaler anjing dengan bayang-bayang pun colorful. kaki kaler kuning, kepala purple, badan biru. muahaha... tapi jenis dia tak merungut. dia akan buat kerja dia sampai dia rasa dia tak boleh buat. selalunya tak fokus. buku dia baawak pergi sana sini, tapi kerjanya baru siap dua huruf je daripada berhuruf-huruf yang ada dalam tu.

tu la. anak-anak ni macam-macam ragam ada. pening nak ikut ragam setiap orang. especially kalau ada yang dominan. nak lebih je daripada orang lain. apa pun, kelebihan dan kekurangan dia orang... kita seabgai parents ni tetap sayang kan? dah nama pun anak-anak. kita pun pernah jugak jadi budak kecik. entah-entah lagi extreme. betul kan?

akhirnya... makan dek pujuk jugak. dah pendek rambutnya. senang nak urus.




my foot: aku rasa kau masa kecik mesti extreme kan Elly? hahaha...

Isteri Fulltime.






tanggungjawab isteri ni besar. bukan setakat yang berkeja je. yang fulltime pun sama. yang bekerja ada lebihnya. yang fulltime pun ada kelebihannya jugak. isteri-isteri ni tak ada kurangnya melainkan kita yang mengurangkan kebolehan diri kita sendiri kan?


HAPPY MONDAY!!!


28 April 2013

Gwiyomi oh gwiyomi.




copy paste daripada FB. aku tak tahu apa gwiyomi tu sebenarnya. dok tengok orang post pasal tu kat fb. ruparupanya tarian yang ala-ala cute gitu kononnya. ini sekadar perkongsian bersama. tak ada la aku amalkan gwiyomi tu. tak ada masa. hehehe...



27 April 2013

Sebab malas nak update blog.



aku ni macam biskut je lately. kejap ada. kejap tak ada. Ya Allah... memang malas betul la nak updtae blog. sepanjang minggu cuma hari Rabu je ada entri. itu pun ada rajin sikit je. selebihnya lepas buat entri terus shutdown laptop. lepas tu dah tak on lagi dah. memang sekarang ni simptom-simptom malas tu menjadi-jadi. sebab tu jugak tak ada blogwalking. kadang-kadang laptop bawak ke sana sini tapi bukanya tidak jugak. adeh...

simptom-simptom malas yang kronik ni memang selalu jadik sebenarnya. especially 2 tahun lepas. 4 tahun sebelum tu. dan 5 tahun sebelum tu jugak. hahaha... husben kalau kerja malam, time siang banyak habis dengan tidur je. tengok laptop kejap je. membazir pulak rasanya topup broadband sebab jarang guna. ni tengah mengembalikan mood la ni. memaksa diri. adehhh... teruk betul.

berusaha untuk lebih rajin update blog dan jugak blogwalking. wish me luck. eh, kamu dan kamu mengundi di mana ye?! aisey... tahun ni kami husben and wife berpecah la. dia hantar aku balik kampung dulu sebelum dia balik kampung dia mengundi. 5 tahun lepas tak mengundi sebab dalam pantang. pantang pulak kat kampung husben. makanya memang tak balik la.

tapi yang tensionnya masa malam nak umumkan siapa menang tu. bising yang amat. dah la bilik yang aku duduk tu betul-betul letaknya tepi jalan. dengan baby kecik lagi. dia orang dok laung-laung dengan suara yang kuat. tak fikir la ada orang nak istirehat ke apa ke. parti apa? parti apa-apa sajalah. hahaha... husben siap keluar rumah sound jangan bising sangat. nak sokong tu sokong jugak. tapi janganlah terlampau sangat. sorak-sorak jugak. tapi fikir jugaklah keadaan sekeliling. tension bila dalam pantang bising dan baby pun dok terkejut je dengar laungan bagai tu. mak baby pun tension tak boleh tidur. tapi itu dulu la. sekarang ni tak tahu la macam mana pulak kan.

apa pun, mengundilah untuk masa depan yang lebih baik. mengundi tu tanggungjawab kita. kalau tak mengundi, dapat kerajaan yang kita tak sokong, tahu pulak marah. ada sesetengah fikir, alah... setakat undi aku yang satu tu belum tentu boleh buat parti itu dan itu menang. mana kita tahu kan? entah-entah undi yang satu tu la yang akan buatkan kerajaan pilihan kita tu berkuasa. 

apa pun undilah dengan bijak. hahaha... tak ada maknanya nak berkempen. bersepah iklan dalam tv pasal kempen bagai ni. cuma tahun ni balik mengundi. yeay!!!



24 April 2013

~ WW #66 ~ Cucu Tok Abah.







my foot: budak kecik ni memang manja ye. especially sekarang. lama tak update blog. mood memang hilang entah ke mana. aisey... sabar je la.



15 April 2013

Belum cukup rajin.



masih mencari ke mana mood menghilang. hahaha... online pun jengah satu dua blog je. lepas tu rasa macam menyampah je nak mengadap blog. last-last shutdown dan tengok tv. tukar-tukar chanel tak ada cerita best, layan kartun dengan anak-anak je la. ha, tv dah ada kat rumah ni. bawak balik dari kampung masa cuti sekolah hari tu. ambik ayah aku punya. hahaha... punya la malas nak beli tv kan. ayah aku kata kesian kat budak-budak nak tengok tv. ambik satu tv dia bawak balik.

mula-mula tu macam malas je. tapi lepas tanya husben dia kata ikut la. nanti dah beli tv lain tv tu nak letak mana katanya? aku kata letak je la dalam bilik. bukan susah sangat pun kan? aku tak ada la heran sangat nak tengok tv pun. budak-budak ni je. dah bawak balik tv dekat seminggu jugak la sebelum Kerry masukkan astro. ingatkan nak pasang antena je. tapi dia nak masuk astro jugak, ikut suka dia la. ber'astro' la kami sekarang yang mana bukan selalu tengok pun. anak-anak je yang tengok. itu pun kejap tengok kejap tak.

untuk tempoh seminggu ni, anak-anak ergi sekolah kemungkian besar naik van kot. tapi untuk pagi ni je cikgu sekolah dia datang ambik. sebabnya kereta rosak. husben pulak kerja pagi. kalau tak boleh je dia hantar dan ambik. tapi mengenangkan dia kerja pagi dah jadi satu kesukaran. Kerry boleh hantar budak-budak ni tapi bukan setiap pagi la. ada certain pagi yang dia akan pergi kerja seawal 6.30 pagi. sama macam abang dia jugak. kalau dah Kerry hantar, siapa nak ambik kan? masalah jugak. so, tanya cikgu dia semalam. cikgu dia kata cikgu dia boleh ambik pagi ni. balik tanya van la macam mana. seminggu je. lepas kereta okay, insyaAllah... rutin macam biasa la.

this week nak balik kampung. ada urusan yang kena settle before end of march. kalau tak balik minggu ni tak tahu lagi bila boleh balik. mengundi? eh, balik la. ni first time nak mengundi. hahaha... sebelum ni tak dapat nak mengundi pasal dalam pantang. pantang kat lain, mengundi kat lain. tak balik la mengundi al-kisahnya. kali ni balik la. husben drop aku kat kampung sebelum dia balik kampung dia untuk mengundi. dia akan ambik aku semula mungkin on Monday. kalau tak, lepas mengundi, petang tu balik la.

wokay la. nak relax jap. penat mengemas rumah sambil layan budak kecik sorang ni. tunggu mood datang untuk bw. ku seru kau wahai mood. (*_*)



12 April 2013

Sakit kepala.



semalam sempat kejap bukak blog sebelum kepala sakit. daripada pagi sampai ke malam. selalunya kalau sakit kepala daripada pagi memang sampai ke malam la sakitnya. dah lama jugak tak sakit kepala macam ni. meamng satu kerja pun tak boleh nak buat. kemas rumah semalam pun Alya dengan Anis yang buat. alahai... dah boleh diharap rupanya anak dara berdua tu. bab menyapu Alya la yang buat sebab dia lagi pandai. tak ada la bersepah sangat rumah.

baru lima tahun dah kena kemas rumah. Anis tukang simpan barang. Alya sapu sampah. ada barang-barang yang Anis tak simpan, dia la kemaskan. sangat membantu di saat aku sakit kepala macam tu. dia orang kalau aku sakit kepala memang prihatin sangat. semua benda dia orang nak buat. alhamdulillah... bersyukur ada dua orang anak dara yang sangat membantu ni. lepas makan, bawak budak-budak ni naik bilik dan tidur. aku la. budak-budak ni entah pukul berapa tidurnya.

pagi ni dah okay sikit. dah rasa macam segar-segar gitu walaupun bahang sakit kepala still rasa jugak. ni la baru berkesempatan bukak blog. tengah nak kemaskemas rumah. sebab semalam tak berkesempatan nak buat kan. nak mop lantai bagai. cuaca kat luar pun dah panas semacam. nak basuh dengan sidai baju lagi. handwash. tak apaki mesin. jadi kerja tu macma lambat la sikit. hehehe... sambil-sambil tu tengok orang masak kat tv.

lepas kemas-kemas rumah semua, aku bw ye. insyaAllah. nak settle-settle apa yang patut dulu. cau cin cau.






my foot: budak-budak ni tinggal batuk dengan selesema je lagi. adehhh... bagi makan buah mangga untuk ubat selesema. tak tahu lagi berkesan ke tidak. baca tentang tu dalam Mingguan Wanita kalau tak silap aku.



10 April 2013

Mahu cerita apa?



bukan tak ada cerita. cuma tak tahu nak cerita yang mana dulu. bajet macam banyak sangat cerita la kan. hahaha... last saturday pergi rumah 'mak'. mak mertua adik ipar aku tu le. memang plan dah nak pergi sana. dah lama sangat tak jenguk mak kan. daripada Piah dapat tahu yang adik ipar aku tu nak datang rumah. Piah dah ada kat sini. ikut Kerry la. tapi sekarang ni Kerry ke KL. ada kursus seminggu. maka seminggu la dia kat KL pulak. masa Miza datang, dia cakap mak suruh datang rumah. mak masak laksa penang. husben aku suka la laksa penang ni. tambahan pulak kalau kuahnya banyak ikan. memang makan banyak la dia. memang kebetulan semuanya. nak pergi melawat mak tapi mak dah prepared laksa penang. siap suruh datang lagi. plan sana dan plan kat sini kebetulan pulak sama kan.

lepas makan-makan kat rumah mak, ikut la dia orang ni pergi Jakel yang baru buka kat sebelah Angsana tu. memang besar la. penat nak berjalan. tambahan pulak orang ramai. kebanyakkan yang masuk mesti keluar dengan beg plastik Jakel. tak kira la beli kain pasang ke langsir ke. tapi ramai jugak yang beli langsir. nak tempah sebelum raya agaknya. aku ada jugak survey kain langsir siang. next month boleh beli kot. Piah dengan Kerry beli kain langsir untuk rumah dia orang. ala-ala Inggeris gitu. aku tak berkenan. aku lagi suka corak abstrak. dah jumpa jugak kain langsir yang berkenan. tengok la nanti macam mana. sementara Piah ada ni boleh la dia jahitkan langsir untuk rumah aku ni kan. hehehe...

on the way nak keluar tu, aku terserempak la dengan member time belajar dulu. jumpa kat tangga je. dia tegur, aku tegur jugak la. dia pengurus kat Jakel tu. katanya Jakel tu milik kaum kerabat dia jugak. dia ada tanya aku buat apa sekarang. siap offer kerja tu kalau nak. hahaha... kerja Jakel? jadik pengurus jugak boleh tak? kat Jakel tu tak ada la aku berlama-lama. sebab tak berniat nak membeli. nak tengok-tengok kain langsir je. kain pasang nak buat baju raya? entah. tak terfikir pun nak buat baju raya. beli jubah je kot tahun ni. senang sikit. tak payah la nak hantar tempah bagai. untuk budak-budak ni pun sama jugak. rasa macam nak beli jubah je. untuk husben la mungkin kena cari kain. sebab dia ada masa cerewet jugak. tengok la macam mana nanti.

balik daripada Jakel singgah kat Stulang. makan kat situ ramai-ramai. tak ada nak ambik pics sebab Anis demam. Azfar pun tak nak duduk dalam baby chair tu. sudahnya aku makan dengan Azfar atas riba kiri dan Anis baring atas peha kanan. hahaha... tapi makan tetap makan. masing-masing pun dah lapar. lama sangat berjalan. aku tidak le. aku sefamily banyak habiskan masa menunggu orang shopping je.dah la aku paling last solat maghrib sebab anak-anak tak nak dengan abah dia orang. dengan mak pak sedara dia orang lagilah. ambik masa nak pujuk-pujuk bagai. adeh... apa pun meamng happy-dappy jugak la. balik rumah, semua dah flat. budak-budak tidur tak mandi petang pun. tidur sampai ke pagi. itu baru sehari berjalan. tak la sehari pun. lepas pukul 3 jugak. setempat je pun perginya. dia orang ada plan nak ke Pasar ke Bazar Karat. tapi disebabkan Anis kureng sihat, Kerry ajak balik je. aku tak kisah kalau dia nak pergi. bukan masalah besar pun. pergi je la kan. (^_^)





my foot: tengok dia orang makan tomyam seafood teringat husben cakap bila aku cerita pasal Piah kata Kerry pernah komen dia masak tomyam tak sama macam kakaknya. husben kata: "Kalau nak rasa sama, suruh la Kak Nor masak." hehehe... pada dia kalau nak rasa sama suruh je orang tu masak sebab isteri ni air tangannya berbeza. nasib baik Kerry tak dengar. kalau tak pedih telinga. ngeee...



~ WW #65 ~ Posing dulu.






my foot: the kids dengan Cik Piah dia orang. ready nak keluar makan. tunggu driver datang ambik je. hehehe...



09 April 2013

Kurang semangat.



semalam baru topup internet. punya la malas. nak topup untuk internet pun jadik malas. apatah lagi bila dah lama tak hadap blog sendiri. jadinya malas kuasa dua la. ini pun dah berapa buka blog tapi tak baca apa pun terus tutup. memang kureng semangat sikit la lately dengan blog ni. sindrom dan simptom biasa. tambahan pulak budak-budak ni kureng sihat jugak. cuaca panas memang rasa macam panas tak sesuai untuk budak-budak ni main kat luar. panasnya lain macam je. itu masa kat kampung. bila balik sini, cuaca mendung je. tapi mendung pun rasa bahang panas jugak.

jangan tanya kenapa budak-budak ni kerap demam. aku pun tak tahu. nak kata sebab makan, dia orang makan macam biasa je. nak kata tak makan supplemen pun tak boleh jugak. sebelum ni makan tapi dah nak sakit tu sakit jugak la kan. apa-apa pun ini semua dugaan Allah. ada la kekhilafan yang aku dah buat yang Allah nak tunjukkan melalui anak-anak.

sekarang ni berusaha nak kumpul mood untuk berblog semula. cerita ada. tapi malas tu lebih menguasai. macam mana tu. tak apa la. slow-slow la kan. sebelum ni macam tu jugak. api bila paksa diri menaip, lama-lama okay je. lepas tu stop bila kampung. nak menaip semula rasa macam apa entah. adeh... sabar je la.

apa pun, terima kasih pada yang sudi menjengah blog yang suam-suam kuku ni ek. nanti balas jejak kamu dan kamu bila mood betul-betul dah stabil. aisey...!!!



04 April 2013

Sabar sajalah ye.



tak adanya nak taip panjang-panjang. internet slow gila. bukan setakat setengah jam tapi lebih lagi daripada tu. adoiii la... memang seksa jiwa raga. nak bw lagi la. even nak masuk blog sendiri pun leceh. ini pun dah refresh entah berapa banyak kali baru la boleh taip entri pendek ni.

nanti balas jejak je.



02 April 2013

Teruk ke?



hari ahad balik Johor. plan asal nak balik hari jumaat naik bas je tapi husben tak bagi. kebetulan pulak Kerry balik nak ambik Piah. jadi, husben kata balik dengan Kerry je la. kalau dah balik dengan Kerry mesti sampai malam sebab Kerry takkan bertolak awal pagi daripada Dungun. paling-paling lambat pun petang baru sampai kat rumah ayah aku ni. eh, memang petang pun dia sampai. hahaha...

dah la time hari balik tu dia tersesat. bertolak balik dari Johor ni dah awal. dia balik kerja je terus balik. dalam 12.30 tengahari macam tu la. katanya nak ikut jalan pendek. awal-awal lagi dah main pusing-pusing. ikut cakap member dengan GPS. sudahnya jalan keluar yang member dia cakap tu jalan biasa yang kita orang lalu time nak balik. tapi lagi dekat jalan asal kalau dia tak main pusing-pusing. itu dah satu hal. dia ikut highway Desaru. kononnya cepat sikit la berbanding jalan biasa. tapi tak pernah lalu ikut highway ni. kalau husben ada, husben la akan bagi direction. tapi adik aku ni ikut gps. patut eluar nanti ikut Kota Tinggi, tapi Kerry ni keluar ikut Senai. tak pasal-pasal kena masuk Segamat. baliklah ikut Segamat.

tak pasal-pasal kena pusing-pusing jugak lagi untuk hantar aku balik. daripada boleh lalu straight dan drop aku kat rumah dah kena main pusing-pusing pulak. dengan kereta dan lori yang banyak atas jalan hari tu memang sakit kepalalah. nasib baik bukan aku yang drive. kalau tak mahunya aku pun pening. alahai... Kerry oh Kerry. husben kata ikut pandai dia la. janji selamat sampai rumah. alhamdulillah... selamat sampai. tapi penat sikit la sebab perjalanan pendek jadi panjang gara-gara nak cari jalan pendek. hahaha...

myvi ni.


hari ahad tu jugak la terseremapk dengan kemalangan ni. dapat ambik pic sikit je sebab tengah dok layan budak-budak bertiga masa ni. kereta ni terbalik. masa kami lalu, orang dalam kereta dah tak ada. tapi jammed jugak la jalan. tak pasti sama ada yang berhenti tu jadi tukang tengok or tukang tolong. rakyat Malaysia ni rajin tengok. apa-apa pun hopefully tak ada apa-apa la pada penumpang dan driver myvi ni. tengok pada kereta meamng teruk. tapi tak mustahil kalau cedera ringan je kan? eksiden ni antara kereta dengan kereta.

semalam tak sempat nak buat entri memandangkan line yang semput dan jugak ops kemas rumah. alahai... baru je seminggu ditinggalkan rumah dah macam apa entah. kain yang aku mintak husben angkat dari jemuran pun dia angkat dengan hanger-hangernya sekali. boleh gitu? lalang-lalang kat tepi pagar pun dah tumbuh dengan jayanya. itu baru seminggu. belum tinggal lama lagi. bilik jangan cakap la. macam mana aku tinggal, macam tu jugak la keadaan time aku balik. tak ada la perubahan. semua nak tunggu isteri buat. adehhh...

hari ni nak ke klinik sebab sengaja missed appointment last week. balik kampung punya cerita. patut pergi semalam. tapi penat pulak. bila penat jadi macam malas-malas gitu. lepas balik klinik kalau tk ada aral, aku balas la jejak kamu dan kamu yang sudi singgah tu ye. terima kasih sebab sudi jugak jenguk aku yang malas update blog seminggu ni. hehehe...




Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign