✿ Rumah SalYa ✿: March 2013

Fresh from the owner...

30 March 2013

Cuti seminggu.



seminggu kat kampung, tak online langsung. malas. hahaha... nanti dah balik Johor aku update cerita kat kampung dan balas jejak ye. kat kampung aktiviti dok melayan my sis walaupun bukan 24 jam. sampai dia ada cakap, kalau Azfr dah balik macam mana la dia nanti. hmmm...

tambahan pulak balik kampung baru ni pun dengan bawak Anis yang demam. dia demam pagi sabtu. hari nak balik kampung. al-kisahnya malam tu dia kena lanyak dengan Azfar. lepas tu husben kata macam panas sikit je badan dia. esoknya, demam. dua tiga hari jugak la demamnya. tapi dah okay... alhamdulillah.

macam biasa, lepas Anis demam Azfar akan ambil alih sehari lepas tu. tapi by the time aku taip ni Azfar dah makin okay. dah tak demam lagi. dah bermain macam biasa. walaupun demam dia tetap berselera makan. alhamdulillah sangat. esok dah nak balik Johor. doakanlah perjalanan kami ni selamat ye.



22 March 2013

Cerita tentang Ayah - Part 1.


 

masih cerita tentang Ayah aka BIL. entri tanpa gambar ye. kenangan untuk anak-anak jugak adanya. belum sempat bw jugak. badan tengah lemau lagi. masa aku sampai rumah kan orang dah datang. aku yang paling last sampai. nak buat macam mana. when she hugged me she said: "Ayah kata kalau dia tak ada dia suruh redha." dan aku cakap apa yang husben cakap pada aku walaupun aku tahu dia takkan boleh digest apa yang aku cakap. mind dah block sebab sedih. betul. tak boleh sedih sangat tapi kalau dah biasa dengan orang tu dan tiba-tiba dia tak ada, mahunya tak terasa. even Azfar masuk bilik my sis pun cari Ayah. nak buat macam mana? 

dia orang tak faham. masa last sekali sebelum jenazah masuk dalam keranda pun aku ada jauh daripada dia orang. semua dok pakat bagi ada dekat jenazah untuk tengok. even orang yang tak ada kaitan pun sama naik nak tengok muka arwah. kebetulan pulak anak arwah yang kecik tu ada dengan aku. bila aku tengok masing-masing dah start nak cium Ayah untuk kali terakhir, aku cuba la nak bagi anak buah aku tu lalu. tapi orang berkerumun macam tengok apa entah. aku kena panggil kakak ipar aku yang sorang lagi untuk ambik si bongsu arwah. tengok budak-budak tu menangis, memang sedih gila dalam hati. even anak arwah yang lelaki tu dok senyap je. last-last nangis. tapi dia mandikan arwah ayah dia tu. kakak aku jangan cakaplah. lepas kebumi, malam tu dia masuk bilik ambik baju arwah dok cium-cium. siap bawak tidur lagi. aku ada cakap dengan kakak aku yang lain. jangan bagi dia dok dalam bilik sangat sebab tu akan buat dia lagi ingat. setiap ruang dalam bilik tu akan nampak muka BIL aku tu. 

dah masa sakit dia memang banyak dok dalam bilik. keluar pun kejap-kejap je untuk makan, sembang, tengok tv. itu je la. duduk dalam bilik pandang meja tempat biasa arwah tu duduk, ingat. duduk kat katil dia pun ingat. arwah ada katil sendiri. katil bujang sebab dia tak boleh tilam lembut. nanti sakit belakang. sebab tu dia dok katil lain. ada tongkat, ada ubat-ubat dia. disebabkan aku dok lama sikit aku selalu jugak paksa kakak aku tu keluar makan. ajak dia ke ruang tamu depan. kalau masuk bilik tengok dia dok kat tempat arwah duduk, aku cakap la jangan selalu sangat duduk situ. kesian kat arwah. seksa tengok isteri macam tu. ada la sembang-sembang dengan dia kan. dia pun bercerita jugak tentang hints dan hari terakhir arwah tu kat aku. kata my sis, dia rasa kosong arwah tak ada. nak buat apa-apa pun tak ada rasa. aku kata tak boleh ikut rasa sangat. dia kena kuat dari anak-anak. anak-anak tengok dia macam tu pun mesti rasa. terutama anak nombor tiga dia. dok ikut melayan rasa. mak sedih, dia pun sama sedih. macam mana? 

sis aku kata pagi sebelum pergi hemodialisis tu, dia ajak duduk ambik angin luar. biasa memang dia tak suka angin sebab sejuk. tapi hari tu tak pulak. arwah pesan redha kalau dia pergi. mintak maaf dengan orang HDU. jangan sedih-sedih. kata my sis lagi yang paling dia tak boleh lupa renungan akhir arwah. sayu je tapi dia tak nak fikir sangat. banyak hints arwah bagi. dua minggu sebelum dia 'pergi' ni, dia melawat semua kawan-kawan dia kat hospital. masa nak buat hemodialisis pun my sis cakap, arwah biasa mintak bawakkan bekal kuaci. tapi hari tu dia tak mintak bawak pun. dah sampai sana dan masa cuci darah terus dia tidur walhal sebelum ni susah sangat nak tidur. lagi satu setengah jam sebelum habis cuci darah tu, dia dah mintak orang checkedkan bp dia. 

bila checked je rendah. sebelum tu dah checked. sebelum buat dialisis. bp dia cantik je. checked sampai dua kali. sebelum ni bp dia memang tak pernah nak cantik pun. masa bp dia rendah tu, MA tak berhentikan mesin pun walhal patutnya dia berhentikan. kemudian arwah mintak checked lagi bp. kali ni dah low sangat. baru la MA tu berhentikan mesin tapi tak bagi oksigen dulu. sibuk nak cabut wayar kat dada. bagi oksigen dan masa orang tengah nak cari urat nak ambik darah ke apa entah, arwah cabut oksigen dia. dan masa tu my sis tengok dia tarik nafas panjang. dalam hati dia dah tahu arwah dah tak ada. tapi still mind nak tolak kenyataan tu. dia orang bawak pergi hospital. nak masukkan oksigen ikut mulut pulak. guna tiub kecik tu tapi badan arwah reject. meaning memang dah tak ada.

bila tiba saat kita kembali kepadaNYA, sesaat pun takkan dilewatkan kerana telah ditetapkan masa itu ke atas kita. redhalah. kerana tanpa redha itu kita takkan merasa tenang.



21 March 2013

Cerita tentang hari itu.



selamat sampai ke rumah dekat pukul 3 pagi ni. sepanjang perjalanan balik tak ada la aku menemankan husben sangat. kalau aku ngantuk, aku cakap dengan dia aku nak tidur. kalau tersedar, aku layan dia sembang. ngantuk je, aku tidur. (^_^) husben pun ngantuk jugak. dia ada cakap ada la dua tiga kali terlelap dalam sesaat. tapi alhamdulillah... perjalanan dilindungiNYA. nak berhenti tidur tepi jalan pun susah sebab tak ada tempat selamat nak tidur. aku nak drive? tak la kan sebab ngantuk. kalau aku drive lagi teruk. kalau aku offer diri okay la lagi. tapi kalau tak offer tu tak payah offer la kan. ngeee...

malam tadi ada kenduri dan doa tahlil untuk arwah BIL aka Ayah. anak-anak aku kan panggil BIL tu Ayah. asalnya nak balik malam lepas jenazah dikebumikan tapi masa sesi bincang-bincang nak buat tahlil, ada yang suggest buat masa semua adik-beradik ada. makanya, buat la malam tadi. lepas habis tahlil, kami balik la. abang aku yang kat Klang tu pun balik semalam jugak. cumanya aku sefamily je bergerak dulu. 

aku sampai kat rumah ayah aku hari tu pun dah dekat pukul 9. bertolak pukul 4 lebih. asalnya nak bertolak pukul 3 tapi husben susah nak tidur. jadi bila kejut dia pukul 3 tu dia ambik masa nak bangun siapkan diri sendiri sedangkan aku dah siapkan anak-anak semua dah. cuma tunggu dia je la. isi minyak, sampai je singgah makan dulu tak nak kelam kabut sampai rumah nak makan la apa la. sampaisampai je semua orang dah ada. aku dengan seluar dan t-shirt je. tak tukar baju pun sebab dia orang dalam proses siap-siapkan tempat untuk mandikan arwah. ramai kawan-kawan arwah yang datang jugak. my sis jangan cakaplah. sangat sedih. memang tak berhenti menangis. setiap orang yang tegur dia mesti dia menangis.

aku tengok arwah pun dari jauh je. kalau semua adik-beradik menangis, tak guna jugak. salah seorang has to be strong. memang sedih. terutama tengok anak-anak BIL aku tu. nak menagis tapi aku tak galakkan diri aku untuk jadi sama macam orang lain. biar la orang kata aku heartless ke tak sedih langsung tapi orang tak tahu apa aku rasa. ini kakak-kakak aku yang lain pun joint sama kalau kakak sulung aku tu nangis sedih. mana boleh gitu. lagi la dia rasa sangat tak bersemangat. adoiii la... ikut rasa memang binasa. memang sedih gila-gila. tapi aku pujuk diri dan hati sendiri. perjalanan arwah dah ditentukan berakhir kat situ. dah ternoktah perjalanannya. arwah kebumi pun dekat pukul 11 jugak. 

kakak aku tu memang tak bercakap banyak. dok nak menangis je. tak tidur mana. bila tidur pun tak lena. dalam tidur pun menangis. macam mana? sekali tu dapat la dia tidur dalam 15 minit. itu pun dia kata sejam walhal semua tahu sikit punya sekejap dia tidur. tapi yang 15 minit tu tidur yang berkualit sebab lepas tu nampak dia segar sikit daripada sebelumnya walaupun tak la sesegar mana. tak nak makan minum. kena paksa baru la dia nak makan. itu pun sikit je.

memang bercakap senang. tak rasa kan. air mata pun dok nak mengalir je. bukan kita tak cuba tapi dah kalau macam empang pecah nak tahan macam mana? macam tak percaya pun ada yang BIL tu dah meninggal. hmmm...



19 March 2013

Saat dan ketika ini...




semalam tiada entri langsung berikutan tiada mood. tapi seawal pagi aku menaip entri gara-gara tak boleh tidur. sebenarnya menunggu jam bergerak ke angka 3 pagi. kami sekeluarga akan bertolak pulang ke kampung berikutan mendapat berita mengejutkan petang semalam. tepatnya waktu maghrib. waktu tengah plan nak main Candy Crush. bukanlah aku berkenan sangat dengan game tu. tapi tengok orang main, macam apa yang best sangat game ni. makanya nak try jugak la main. tapi tak sempat main pun sebab dapat called daripada my sis. 

katanya BIL aku yang sakit tu dah passed away petang tadi masa buat hemodialisis. sangat terkejut sebab tak dengar pulak dia sakit. aku rajin jugak call rumah. kalau tak nanti ayah aku bising sebab lama tak call. dan ayah aku baru je called hari Ahad lepas. tak ada pulak dia kata BIL aku tu sakit teruk ke apa ke. sekarang ni bagi husben tidur dulu. sebab dia balik kerja dah malam. lepas tu dapat berita pun dah malam. takkan nak ajak dia balik terus kan? mesti dia penat. perjalanan pun bukan dekat-dekat. kiranya aku orang terakhir la balik. abang aku yang kat Klang pun dah sampai pukul 1 lebih tadi. 

menurut my other sis, BIL tu demam. setiap hari Isnin, Rabu dengan Jumaat dia akan buat dialisis. tapi tadi petang, masa ambik darah ke apa entah, dia mengadu sesak nafas. dia orang bagi oksigen kat my BIL. lepas dah bagi oksigen tu dan cabut je benda alah tu, dia collapsed. orang bergegas bawak dia ke hospital. sampai kat hospital, doc kat sana cakap dia dah tak ada. meninggal dalam perjalanan. reaksi pertama dengar memang tak tahu nak cakap apa. 

tapi dah itu bahagian dia. husben cakap, eloklah dia pergi daripada dia tanggung sakit dia tu. kita nampak dia berjalan pergi sana sini tapi sakit dia kita tak tahu macam mana dia rasa. lagi pulak dah sampai masanya dia pergi kan. sebelum ni pun masa dia koma last year, doc ada informed prepared for the worst. tapi dia survived. Allah bagi ruang dia hirup lagi udara dunia ni. tapi hari semalam adalah penamat buat dia. aku kenal BIL aku tu dah 17 tahun. daripada started dia kawin sampai la ke hari terakhir dia, dia duduk dengan ayah aku. kutuk mengutuk tu perkara biasa. memang akan terasa jugak la. 

especially sis aku yang berjaga malam dok jaga BIL aku tu. mesti terngiang-ngiang panggilan husben dia tu. even aku pun boleh rasa. patut la hari sebelum tu dok ingat je kat my sis ni. rupanya ada petanda. husben aku before this kan ada mimpi arwah ayah dia tunjukkan dua kubur pada dia. satu dah lepas. satu lagi mungkin ini yang dimaksudkan. wallahualam. kesian pada anak-anak arwah la. yang nombor dua akan ambik PMR tahun ni. yang kecik sekali baru 7 tahun. manja jugak dengan ayah dia tu. sebab kalau nak tidur dia suka main siku ayah dia. 

tapi husben kata nak kesian buat apa. Allah dah tentukan yang terbaik. DIA takkan ambil hambaNYA tanpa tinggalkan apa-apa. rezeki anak-anak tu ada. atas ibu dialah untuk 'ambil' rezeki yang dah Allah sediakan tu. dan setiap kematian juga adalah tanda peringatan. kita yang hidup ni, yang sentiasa dijenguk malaikat maut pun kadang-kadang tak sedar. leka. lalai. ingat-ingat la mati sebab itu akan buatkan kita kembali semula kepadaNYA. 

husben kata jugak, sekurang-kurangnya kalau orang yang dah sedia sakit ni meninggal, kita dah bersedia. kita dah tahu dia akan pergi. cuma bila tu je kita tak tahu. tapi yang meninggal kena bunuh, eksiden, terbakar... itu yang paling kesian sebab pergi tak terduga kan. ada benarnya. redha sajalah. yang hidup pasti akan mati jugak akhirnya. 

doakan kami semua selamat sampai ke destinasi kami ye. maaf sebab tak sempat nak bw.



17 March 2013

Segmen Jom Pilih Hadiah!



nak join klik SINI.


mood baik pulak pagi ni. 
lama tak join segmen bagai. 
hari ni aku pilih segmen Jom Pilih Hadiah.
hadiah-hadiah menarik menanti kamu dan kamu.
jadinya kena ikut syarat la nak join kan.

hadiah-hadiah pun macam-macam.
ada toup, novel, dress, peplum, tudung bawal, lip tint, body scrub plus banyak lagi la.
rugi tak join. meriahkan segmen kawan-kawan.

hadiah yang aku pilih adalah:

1) Body scrub
2) Novel (lama tak beli. huhuhu...)


jom ramai-ramai join.
tarikh tutup: 30/3/2013



15 March 2013

M untuk...



dah berteleku depan laptop ni dari tadi. lepas tu download software. ni software still running. sambil-sambil tu pergi buang sampah sebab dalam pukul 11 lebih lori sampah datang nak angkut sampah. kalau lambat-lambat nanti susah. sebab ada masa lori ni datang pukul 10 lebih. ikut banyak mana sampah kot. pernah sekali tu hari Jumaat dia orang datang pukul 5 petang. gila lambat.

kejap lagi nak sapu rumah. Azfar time ni tengah tidur. bangun awal pagi kan? Kerry pulak dah balik kampung malam tadi. naik bas je. dia malas nak bawak kereta. jadinya malam tadi hantar dia ke stesen bas dan dia tunggu bas sorang-sorang. biaas bas 9.30 malam dah sampai. tapinya pukul 9.40 pun tak sampai-sampai lagi. husben dah mengantuk. dia plan nak tidur awal. tapi dah Kerry mintak tolong hantar, hantar je la. kena pulak budak dua beradik tu dok berkejaran je kat tempat bas. risau jugak. last-last husben ajak balik.

eh, sebenarnya tak ada niat la nak buat entri panjang-panjang. bukan sebab tak ada idea ke apa. tapi tadi tangan ni macma tak rajin je nak menaip. tapi bila dah menaip mula la tak boleh nak berhenti. tadi ada penyakit M. tapi bila start menaip hialng pulak M tu. hahaha... terlebih idea pulak nak mengarang. nak merapu bagai.

sbelum lupa, tahniah ye Lyd sebab dah dapat baby boy. Luth namanya. pendek je. itu pun sebab ternampak kat fb kan? hehehe... dah wish dekat fb jugak. selamat berpantang dengan jayanya. jangan malas-malas nanti lemak-lemak tepu susah nak turun.

comel kan? cilok kat fb. jangan marah ye lyd. (*_*)


mata pun macam mengantuk. terfikir sama ada nak tidur dulu ke nak kemas rumah dulu. kalau kemas pun nanti yang berdua tu balik ditambah pulak dengan hero kecik ni memang out la rumah. balik serupa asal. serupa amcam tak kemas jugak. tapi kalau tak kemas nanti sakit mata. okay kita tunggu mata buat keputusan ye. nanti sambung lagi.





Jangan jadi lebih lemah...








14 March 2013

Tabahlah hendaknya.




semalam chat dengan Piah di fb. aku rasa semalam waktu paling lama aku tengok dia online. biasa kalau aku online, aku suka on fb jugak walaupun aku bukan tengok sangat pun fb. dari tengahari waktu aku nak ambik budak-budak ni balik school sampai la petang dekat pukul 4 lebih jugak la bar dia offline. aku ni dengan laptop yang meragam, kejap off. terlanggar wayar charger terus off. bengang jugak. wayar charger ni husben kata ada yang dah putus kat bahagian dalam. sebab tu jadik macam tu. very sensitive. mengada-ngada. hahaha...

Piah kata dia baru settle berurut. dia kan c-zer, makanya tak boleh la nak berurut dan bertungku macam orang bersalin normal. bidan yang urut dia cakap, rahim dia pun tak kecut molek lagi. tak macam yang bersalin normal jugak. aku tak ada pengalaman c-zer. jadinya aku tak tahu. dia tanya, aku jawab. tapi aku dah cakap dekat dia c-zer dengan normal tak sama. kalau ikutkan next week genap la 40 hari dia berpantang. dia pun dah tak sabar nak ikut Kerry. ye la... Kerry dok sini lebih kurang tiga bulan jugak. takkan dia nak dok sorang-sorang kat Ganu walaupun dah beli rumah kat sana kan?!


semalam dia cakap ini dengan aku. walau setabah mana pun kita rasa seseorang tu, dalam hati mesti terselit jugak rasa duka. tambahan bila tak tahu nak luahkan pada siapa. sebab itu aku cakap dengan dia, jangan sebut la pasal baby. kalau tak dua-dua lagi sedih. lagi terasa. dia sempat pegang baby dia 15 minit lepas arwah meninggal. at least ada peluang pegang kan walaupun tak ada peluang nak ke tanah perkuburan.

dia lagi rasa sebab dia yang bawak. yang rasa first kick. dengan alahan. dnegan muntah-muntah macam nak terkeluar semua isi perut tu. even aku pun tak boleh nak rasakan macam mana dia rasa. cuma aku tahu dia sedih sangat.


dia cakap Mie aka MIL akan dapat cucu lagi. daripada my SILs. dia sedih sebab semua akan due tahun ni. hujung-hujung tahun. dia akan tengok je orang lain pegang baby sedangkan dia kena 'puasa' untuk tempoh lebih kurang 2 tahun. kalau condition dia okay, setahun setengah dah boleh conceive baru. itu kata doc yang rawat dia la.

dalam keadaan dia yang sorang-sorang tu mesti dia banyak fikir ke arah tu kan? siapa yang ada dengan dia sekarang? cuma mak ayah dia je. Kerry ada kat sini. nak comfort dia pun tak boleh. comfort berdepan dengan dalam telefon tak sama.


yang ini aku cakap dengan dia bukan dia tak happykan suami. dia dah bagi yang terbaik tapi perancangan Allah tu lagi baik daripada apa yang kita bayangkan. husben pernah cakap, Kerry memang berharap sangat. bahaya jugak sebab macam-macam boleh jadi.

tapi nak buat macam mana. memang berharap sebab benda tu ada kan? cuma bila jadi sesuatu yang tak terduga tu la buat hati rasa sedih sangat. tapi siapa kita nak lawan kuasa Allah. bukan dia tak boleh pregnant pun. ada rezeki lain Allah tentukan untuk dia sekeluarga.


aku cakap, Baihaqi ada. cuma tak bersama je. Allah pinjamkan sesaat untuk bagi rasa macam mana nak jadi ibu. anak tu kan harta yang dipinjamkan Allah untuk kita manusia ni. aku cakap jugak, aku cuma boleh cakap tapi dia lagi rasa semua tu, tapi kena muhasabah la. jangan bagi ruang untuk diri sendiri rasa sedih. jangan fikir-fikir sangat sebab kalau fikir pun tak akan jumpa kesudahannya. time dia dalam keadaan macam ni, mind senang je nak kena goda dengan syaitan durjana. kena selalu motivate dia.

aku cakap jugak dengan husben. husben kata perjalanan masih jauh. Piah pun muda lagi. lagi pulak husben kata time pregnant ni macam-macam boleh jadi. even kita dah jaga baik-baik pun tapi kalau Allah still nak tarik, DIA akan tarik jugak. even keluar sihat sekalipun, kalau dah jadi bahagian dia untuk pergi dulu, kita ni nak tak nak memang kena terima dengan redha. semua ni pinjaman. betul la kan?

tapi selaginya nama manusia, memang takkan terlepas daripada rasa semua ni. apa yang aku harapkan agar Piah ni tabahlah dengan ujian yang Allah turunkan buat dia. semoga kita semua dilindungiNYA. aamin!!!



Cenderahati dari Pangkor Island.



berterima kasih kat Jemarisuri sebab bagi cenderahati ni. cantik. i like okay. bertambah koleksi fm kat peti ais. hahaha... yang paling sibuk sekali anak-anak la. dok tanya apa benda tu. buah betul ke? macam-macam soalan la. lepas tu jadikan mainan. budak-budak ni meamng pantang nampak fm kat fridge. ada je aktiviti semasa dia orang. penyu dengan kura-kura selalu je hilang. tapi kemudian dia orang letak semula. okay la tu kan. 'lari' pun tak jauh. mujur la. ngeee...

JS bagi ni sebab aku salah seorang pengomen kat blognya. tak sangka masih jugak jadi pengomen setia ye. al-maklumlah dengan keadaan semasa yang tak mengizinkan ni. nak bw pun kadang-kadang ambik masa bertahun rasanya. ini pun ada jugak komen last year yang belum publish. teruk kan? adehhh... masih berusaha membalas ye wlaupun lambat yang amat.

terima kasih JS. saya suka! saya suka! hehehe...




Yang terbaik.







my foot: sangat setuju kan?




13 March 2013

Sekadar tertanya sendiri.



entri tak ada kena mengena dengan sesiapa pun. cuma tiba-tiba je terfikir sendiri. sekarang ni ramai sangat orang pregnant. pergi klinik tu ari pun dok tengok orang pregnant dengan macam-macam ragam. kadang-kadang tu ternampak kat supermarket. apa kena mengena pulak la orang pregnant dengan aku kan. tak ada pun.

cuma bila terserempak tu macam-macam fesyen baju aku boleh tengok. mana-mana yang memang perut besar memang tak boleh nak lindung la perut tu kan. itu hakikat orang pregnant la. tapi bila masuk bab dressing, rasa macam alahai... tak sesuainya. bukan apa. ada yang pakai tudung tapi bila baju pregnant boleh nampak perut. jelas pulak tu. okay la, husben tak bising. sebab ramai yang keluar tu pun dengan husben. kita siapa nak memandai-mandai kan?

cuma tak sedap mata memandang je la. tapi nak buat macam mana. kang kalau pergi tegur kang tak pasalpasal ada pulak ekna parang bagai. aman sekarang ni bukan bole ditegur-tegur orangnya. kejap lagi, datang rasa tak puas hati habis la kita kena tetak. betul kan?

dressing tak salah tapi ikut kesesuaian la jugak. kalau pakai tudung tapi nampak perut jelas ketara sampai nampak pusat tu, tak elok la kan? aku bersyukur la sebab time aku pregnant pun perut kecik je. tak payah nak beli baju bagai.pakai je baju yang sedia ada. perut pun tak nampak. kadang-kadang orang tak tahu pun pregnant sebab tak nampak perutnya.

dressing dan berfesyenlah seadanya. husben kalau tak berbunyi kesian kat diri sendiri. apa pun, hak masing-masing. kalau sayang suami jangan la heret sama dia ke neraka. begitu jugak dengan bapa dan adik-beradik lelaki kita yang lain. untuk renungan diri sendiri juga adanya.





my foot: dalam misi membalas jejak yang tak terbalas lagi.



~ WW #64 ~ All time favorite.








my foot: biskut yang wajib ada time berpantang. time tak berpantang pun mesti ada. cicah dengan nescafe panas memang sedap. perghhh....!!!




~ WW#63 ~ Pemakaian diapers cara baru.






my foot: alahai... anak!!!




12 March 2013

Ke pasar malam berdua dan durian crepe.


 

bersiaran agak lewat sebab malas melanda. dah buka laptop daripada tadi tapi tak taip satu apa pun lagi. adoiii la... betul-betul rasa malas. kalau husben kerja malam, dia balik rumah dan nak tengok laptop, mesti rasa nak berebut guna. hahaha... kalau dia kerja pagi, on laptop pun sebab Azfar nak tengok cerita or nak dengar lagu. layankan je la. tapi tengoknya kejap je. dia akan tidur lepas tu sebab bangun awal kan. ikut timing abah nak pergi kerja. kalau tak dikejutkan nanti sampai petang dia tanya mana abah. 

semalam dapat berjalan berdua dengan husben. tak ke mana pun. husben ajak pergi pasar malam je. sebelum dia balik tu, Kerry dah ambik budak-budak ni bawak berjalan. jadi bila husben balik tak ada la anak-anak yang sambut dia macam biasa. ada pun emaknya je la. dia kata Kerry bawak pergi pasar malam agaknya. jadi dia ajak aku pergi jugak. pandai-pandai Kerry la kalau balik dan kami tak ada kan. hehehe... lepas husben makan, nak keluar je, Kerry pun balik bawak budak-budak. aisey... plan kena cancel la nampak gayanya. 

tapi Kerry nak jaga budak-budak ni, makanya ibu dengan abah keluar la berdua. budak-budak layan cd Upin Ipin yang Kerry beli minggu lepas. dia tak ke pasar malam sebab tak ada tempat nak parking. tu pasal balik semula. aku dengan husben naik motor je. senang nak cilok-cilok. dah lama jugak tak berjalan tanpa anak-anak ni. kadang-kadang tu rasa janggal je nak tinggalkan dia orang. kalau sekejap macam ke pasar malam tu lain la kan. tak beli apa jugak. belikan buah mempelam untuk anak-anak. kuih sikit. itu je. tak ada beli keropok ke apa ke sebab budak-budak tu baru lepas makan nasi. 

on the way nak balik tu husben kata ada orang jual durian crepe. nak ke? alahai... dia tanya tak pernah makan lagi kan? beli la kalau nak makan. aku pun beli la. orang lain dah puas makan, aku je baru nak cuba makan. dalam keadaan sekarang ni takut tekak tak boleh nak terima je. beli pun satu je la. RM5 sebekas. dah makin murah. kalau masa mula-mula keluar dulu RM10 sebekas. boleh tahan la rasanya. nak makan selalu tu tak la kan sebab macam muak sikit. itu pun kongsi dengan anak-anak je. husben tak nak makan. benda pelik-pelik macam tu dia kureng sikit. perut orang melayu. aku ni perut pelbagai. ngeee... 

durian crepe la ni.
egg tarts.
bersungguh makan budak berdua ni.

yang ni special case. makan sambil tengok upin ipin.


sesekali jalan berdua sebab boleh manja-manja gitu. kalau ada anak-anak dia orang dengki. mana bagi pegang-pegang. hahaha... kadang-kadang saja je mengusik. budak-budak kan. biasa la. tak ada dia orang tak berseri pulak hidup. okay la. nak pergi beli lauk kejap. entah nak masak apa hari ni pun tak tahu la. nanti aku sambung lagi ye. sambung BW sekali.

cau cin cau.


11 March 2013

Berwajah baru lagi.



blog sudah tukar rupa. saja ambik angin baru. memang plan nak background hitam pun. makanya tukar la pada background hitam. angin baru hopefully mood pun makin pulih. sebab sekarang ni pun memaksa sebenarnya untuk hadap blog ni. ikut rasa memang tak ada hati langsung nak update blog.

hahaha... penyakit apakah ini? tapi mengenangkan blog ni under domain sendiri, membazir pulak kalau tak update kan? kan? kan? yang edit blog ni siapa lagi kalau bukan eca. si dia ni jugaklah yang editkan untuk blog Intan Berlian. tak rugi pun hire dia.

ewahhh... berurusan dengan eca pun senang sangat. kalau kita nak tukar apa-apa dia on je. tak ada banyak songeh. selalunya customer la yang banyak songeh kan? hehehe... tapi aku tak ada la banyak songeh pun. sekadar nak blog ni bertukar ceria. tak ada la sama je rupanya setiap tahun.

siapa nak edit blog boleh la pergi terjah si eca ni. harga berpatutan tahu. (*_*)




Mengantuk pulak.



nak menaip pun jadik malas. mata mengantuk. Azfar pulak baru bangun. tapi tak ada hal pun kalau aku tidur dan dia bangun. dia okay je. rasa macam nak take a nap la kejap sebelum ambik budak-budak dari school. ini la perangainya kalau husben kerja pagi. kalau tidak time ni mana ada ngantuk-ngantuk. bizi je. hahaha... ini pun ada kerja jugak tapi dah tak ada orang kat rumah, layan mata pun enak. moh le kita layan amta kejap. (^_^)



Sabar itu pahit.








my foot: jadi bersabarlah untuk setiap dugaan dan cabaran yang diterima.




10 March 2013

5th Anniversary Mini GA.




nak join klik SINI.

ada mood sikit nak join GA makanya nak join GA daripada Pink Ummi ni.



1. Terbuka kepada blogger yang duduk menetap di MALAYSIA aje ye...
2. Tempek header saya kat entry korang ye..
3. Tinggalkan link url entry korang kat kotak komen nih.
4. Tarikh tutup : 31 Mac 2013 (Tamat pukul 11.30 malam)

Senangkan cara nak join Mini GA saya nih...Nama pun Mini GA so, hadiah pun tak lah banyak mana kan....Saya cuma nak cari tiga orang pemenang bertuah dan dua orang pemenang saguhati aje....


Hadiah yang bakal dimenangi :

Tempat pertama : Cardigan labuh + Sehelai Tudung 
Tempat kedua : Sehelai tudung + Kerongsang
Tempat ketiga : Inner neck + Kerongsang

3 pemenang saguhati

Kerongsang x 3 orang pemenang




hadiah katanya simple je. tapi pada aku boleh tahan jugak la. jom la join. 
mana tahu nak jadi rezeki kan?
kalau menang tu bonus. tak menang pun tak apa.
support GA kawan-kawan kan?
hehehe...

moh le ramai-ramai join.




Memulas-mulas perutnya.


sakit perut sejak dari malam. memulas-memulas. berpintal-pintal dah rasa urat perut. dua tiga kali masuk tandas. last masuk dekat pukul 1 am.dalam pada melayan sakit perut sempat lagi chatting. hahaha... kebetulan aku tengok si kawan ni online. aku pun sembang la dengan dia.

text husben sebab malam tadi last dia kerja malam. dia kata nak balik awal. tapi lampu motor pulak buat hal. kalau ikut plan dia nak balik pukul 12 am. lebih kurang pukul 1 am jugak la sampai rumah. tempat kerja dia kan jauh. tapi dia sekarang tengah apply nak cari kerja yang berdekatan dengan rumah. tak adalah penat sangat dia nak berulang-alik. husben ada anya salah makan ke. aku cakap yang aku makan semalam cuma rangka ayam yang Kerry beli kat pasar malam. itu sebelah pagi. Kerry beli banyak. macam ada 5-6 orang kat rumah ni nak makan. petangnya aku makan mee goreng je sebab pergi rumah orang buat bacaan yassin. itu je la. ada la kot air buah campur.

kata husben lagi mungkin sebab ayam tu. tapi aku panaskan sebelum makan. pagi pulak tu. entah tak tahu sebab kenapa la sakit perut sanagt. husben kata minum air masak sambil selawat. alhamdulillah... lepas tu lama sikit makin kurang sakitnya dan boleh tidur. alah... manja je lebih. tapi husben ada pesan kalau tak hilang jugak sakit perut text dia semula. nanti dia cuba jugaklah balik. tak adalah aku nak bagi da balik dengan keadaan lampu motor yang tak ada tu. balik siang senang. orang nampak. lori dan kontena pun nampak.

lagi pulak, dengan izin Allah... sakit pun hilang. makanya tak payah text dia. dan aku pun sambung tidur dengan anak-anak yang mana tak ada la tidur jugak sebab Azfar dok mintak garu belakang. gatal katanya. adehhh...


08 March 2013

Budak manja.



semalam konon nak bw tapi badan penat sebab balik klinik pun dah petang. husben nak kerja pulak lagi. lama jugak la menunggu giliran dekat klinik tu. adehhh... husben dah risau-risau takut lambat sangat sebab dia bercadang nak tidur kejap petang tu. tapi tak sempat pun. melayan Azfar yang suka berlari sana sini lagi. tak nak orang pegang. memang dia sakit kepala la kan.

budak kecik ni memang manja la sekarang. dengan Kerry pun dia manja jugak. sekarang ni Kerry tak tidur kat rumah. dia banyak leapk dengan member dia. tunggu Piah datang kot baru dia tidur rumah semula. petang-petang lepas balik kerja dia datang la lepak kat rumah kejap. main-main dengan Azfar. layan budak-budak ni makan.

time nak balik Azfar selalunya menangis nak ikut. hahaha... pening tak? sebelum ni dia bukan nak ikut pun Kerry pergi mana-mana. tapi sekarang ni tak. mesti nak ikut. Kerry kata nak pergi kerja pun dia ikut nak pergi kerja jugak. siap mintak Kerry dukung lagi walhal dah duduk dalam kereta dah pun pakciknya tu. nak tak nak Kerry ambik jugak. letak dalam kereta dan bawak pusing-pusing taman.

lepas tu okay la dia. tak ada la nak meragam pun. cumanya bila dia nampak kereta Kerry bergerak je mesti dia tanya: "Bob nak pergi mana?" dan kalau berjalan ke mana-mana, dia tak nak aku pegang. dia akan mintak abah dia dukung atau abah dia pegang. turun kereta ke motor ke mesti nak abah jugak. kalau ada Bob, Boblah.

memilih kan? mengada je lebih ni. dan sekarang, pagi-pagi dia mesti nak makan nasi. makan nasi selagi dia tengok ada orang makan nasi. meamng kerap la dia makan nasi tu. dan lepas hantar kakak-kakaknya balik sekolah dia mesti ajak pergi beli nasi walhal kat rumah dah makan nasi goreng. tambah dua kali lagi. nak dapatkan semula tenaga dia yang hilang masa sakit dulu kot. alahai Azfar sayang. comel sungguh.




Sebaik-baik kawan.







my foot: sama-samalah kita menjadi kawan yang baik. insyaAllah...



07 March 2013

Nak ke klinik.


tadi pagi dah pergi tapi nurse mintak datang petang nanti sebab ramai orang pagi tadi. makanya kejap lagi nak ke klinik la. cuaca kat luar panas bukan main lagi. nanti balas jejak ye. kebetulan baru topup internet. caun cin cau...



06 March 2013

Kek untuk belated birthday girl.


punya la lambat nak belikan kek untuk Alya tahun ni. kesian dia. sebabnya time birthday dia semua orang still tak berapa sihat. makanya kena tangguh la nak beli kek. lagi pulak nak dia pilih sendiri keknya macam mana. sebab kalau kita yang pilih nanti dia berbunyi. hahaha... setakat makan-makan sendiri je. belum pernah lagi nak buat besar-besaran. insyaAllah... ada jugak perancangan nak buat birthday bash untuk dia orang. mungkin tahun 2015 kot. buat besar terus kan. 

balik school bawak dia ke Kip Mart. kebetulan Ayah Sunya ada sama. nak carik kat situ la. tapi sampai Kip Mart tempat tu dah tutup. husben malas nak ke Season Pusat Bandar. last-last bawak dia pergi Sakura dekat dengan rumah. nak carikan kek aiskrim sebab tahu Alya memang suka sangat dengan kek dan aiskrim. dia tak makan nasi pun tak apa asal ada kek. bawak dia masuk kedai dan suruh dia pilih sendiri. dan dia pilih kek aiskrim coklat. mak okay je. tapi kalau makan roti maknya suka inti vanilla. husben tanya kenapa tak ambik vanilla. dah anaknya nak coklat takkan mak nak ambik vanilla pulak. 

simple je keknya berbanding tahun lepas punya.

balik sekolah, mandi terus potong kek.


goddies bag untuk kawan-kawan dia pun baru hari Isnin lepas dapat bagi. barang beli awal dah. tapi plastik untuk isi makanan semua tu lupa nak beli. nak tunggu abahnya free pun ambik masa jugak. hari Ahad baru pergi beli. Aha petang tu jugak la isi barang-barang dalam plastik tu. Isnin tu dah boleh bagi kawan-kawan. lambat sikit la. tapi memang niat nak bagi kan, lambat pun tak apa.

kalau tak disebabkan masing-masing sakit, memang bagi the day lepas birthday dia tu. tapi masalahnya masing-masing tak sihat betul macam mana nak bawak keluar rumah. memang rasa macam malas je nak bawak. tapi tak bawak keluar sanagt pun tak boleh jugak. sesekali kena ambik udara luar kan? adehhh...

Alya suka dengan kek dia ni. krim atas tu tak ada la manis sangat. boleh la. sedap jugak la kek aiskrim ni. lupa pulak nak snap lepas potong. excited nak makan je lebih. apa pun, yang penting si kecik ni happy dapat makan kek yang dia pilih sendiri. tahun lepas pun dia pilih sendiri jugak tapi tempah khas siap nombor 4 lagi. tahun ni mungkin tempah untuk Anis pulak kot. tahun depan Azfar. hehehe... gilir-gilir ye sebab yang tempah untuk Alya dulu pun boleh tahan jugak harganya.



Ada souvenir dari Vietnam juga.



masih kurus macam dulu.


petang semalam ex-roommate masa diploma dulu datang. plan dah banyak kali nak jumpa sebenarnya. sebelum pindah sini lagi. mula-mula nak jumpa kat Festival Layang-layang masa pregnantkan Azfar tapi dia lambat sangat keluar dan kita orang pun dah penat dengan budak dua beradik tu, makanya tak jumpa la. time tu nak ajak datang rumah jangan haraplah. rumah tak ada apa langsung. aku masa tu pun dok bahagian atas je. duduk dalam bilik. sebab kat bawah satu apa pun tak ada termasuklah langsir. 

kali kedua rasanya last year. dia nak belanja makan tapi husben pulak kena kerja. kali ketiga pun sama. nak ajak datang rumah? masa tu rumah dalam proses nak disiapkan sikit-sikit. tak sesuai. tu yang nak jumpa kat luar je. tapi tak ada rezeki jugak. kali ni barulah boleh ajak walaupun rumah tak sempurna mana tapi nak terima tetamu tu boleh la. kami ni sama-sama duduk dekat Pasir Gudang ni. cumanya dia kat taman lain dan aku kat taman lain. tapi tak ada la jauh sangat samapi tak boleh jumpa. tapi ye la... Allah tak izinkan maka tak jumpalah. 

Alya je ada time ni. yang lain ikut Kerry jalan-jalan.


makcik ni baru balik daripada Beijing. pergi sana pun time cuaca sejuk bukan main lagi. konon nak tawan Great Wall. last-last Great Wall tawan dia sebab sejuk. tak boleh nak naik tangga lebih-lebih. dia kata seronok ke sana. cuma masalah bahasa je la jadi isu.tak reti cakap orang putih. main cakap macam ayam dengan itik la. shopping dia kata memang best. sebab barang murah. macam-macam nak beli. next time kena pergi tempat yang rate mata wang tinggi. tak payah beli kat orang lain. beli kat diri sendiri je.

bulan 6 ni katanya nak ke Bandung pulak. lagi la puas hati shopping sebab dah dekat nak raya pulak time tu. tak apala. dia pun berdua je. time ni la nak berjalan pun. dah lima tahun jugak dia kawin tapi belum ada rezeki nak dapat baby. masih mencuba. katanya kalau tak ada jugak tahun ni nak cuba cara lain pulak. insyaAllah... ada tu. lambat sikit je.

fm daripada Beijing.

dapat t-shirt jugak.

terselit jugak fm daripada Vietnam.


fm daripada Vietnam tu masa nak simpan plastik baru perasan ada satu lagi souvenir dalam tu. nasib baik tak terbuang ke apa ke kan. ambik tengok ada tulis Vietnam. daripada Vietnam pun ada jugak rupanya. terima kasih ye Elis. buat susah-susah je. dah la datang kejap je. sempat jamu dengan air teh je pun. hahaha... next time kita plan makan-makan pulak.

nanti akak bawak family akak ni serbu rumah Elis. masak sedap-sedap tahu. lagipun kita duduk bukannya jauh sangat. dekat aje.



Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign