✿ Rumah SalYa ✿: February 2013

Fresh from the owner...

28 February 2013

Tak bagi balik.


cerita apa pulak ni. Kerry dah balik semula ke sini. katanya sambung kerja kat sini dua tiga bulan lagi sebelum naik laut. kemudian sambung kerja kat darat lagi selagi platform tak siap selagi itu la kena ulang alik naik laut dengan turun ke darat. dia balik bawak adik dia yang bongsu. tengah tunggu result SPM. the brightest in the family. 

Azfar masa mula-mula tengok Ayah Su dia meamng langsung tak angkat muka. hahaha... tapi dah lama sikit tu, okay je. kalau dengan Kerry dia dah biasa. so, tak ada la hal sangat masa nak ambik budak-budak ni kat sekolah, bawak la Ayah Sunya sekali. takkan nak tinggal kot. mesti dia tidur je kalau sorang-sorang kat rumah. mula-mula tengok malu. tapi kejap je. lepas tu berebut la nak duduk sebelah Ayah Su. adehhh... Ayah Su pun satu. dah tahu anak berebut nak duduk sebelah, dia bantai dok tepi pintu. bila cakap baru la dia balas: "Patutnya Ayah Su duduk tengah-tengah kan?" alahai... Adik P!!!

budak-budak ni suka la sebab Ayah Su suka melayan.Ayah Su macam Kerry. nak tarik rambut ke apa ke, buat je la. daripada balik sekolah sampai ke petang dok dengan Ayah Su je la. dalam kereta dok ajar main game. kat rumah main game kat laptop pulak. habis tu macam mana budak-budak ni tak suka. semuanya menyelit je kat sebelah Ayah Su. sampai Ayah Su nak balik pun tak bagi. dok pegang je tangan Ayah Su tu. dia orang tak tidur kat rumah. tidur kat hotel. senang kalau nak kelaur berjalan-jalan. nak balik malam pun tak apa. itu kata Kerry. dia tak nak kejutkan aku la apa la kalau balik malam-malam.

hari the day dia sampai tu memang sampai malam. terus check in hotel sebab kalau balik takut kejutkan anak-anak dengan aku yang tengah tidur. aku tak kisah pun. tapi dah dia kata macam tu, ikutkan je la. budak-budak ni la suka sangat Ayah Su ada. tapi esok Ayah Su dah nak balik. Mi suruh balik. hahaha... ingatkan nak duduk lama sikit. budak-budak ni mesti terasa. walaupun sekejap tapi kalau berjalan sikit Ayah Su dukung, mahunya tak happy. alahai... nanti kalau Ayah Su dah sambung belajar lagi la susah nak jumpa.

seronok tengok budak-budak ni happy. Azfar pun sampai berpeluh-peluh dok main belon dengan Ayah Su dan Kerry. semalam tanyakan Adik P apa nama arwah. Adik P cakap: "Baihaqi. Kak Piah kata nak letak nama panjang lagi tapi sebab umur tak panjang, letak Baihaqi je la." okay... bila tengok Kerry main dengan Azfar terbayang pulak kalau dia ada anak sendiri sebesar tu nanti. mesti dia happy sangat-sangat kan? impian dia kan nak anak lelaki tapi kena tunggu 2 tahun lagi tapi semua tu atas izin Allah juga adanya.

dia kuat. walaupun mungkin kena tunggu lagi tapi rezeki pemberian Allah ni kita tak tahu bila akan datang kan? bersyukurlah sebab masing-masing diberikan rezeki yang berlainan. kalau bukan anak, pada harta. betul kan?





my foot: tak ada pics. nanti nak snap banyak-banyak.



Photobook itu milik saya.

semalam baru je siap upload photobook yang tarikh vouchernya dah expired 23 Feb lepas. tapi aku dah email Photobook bertanyakan pasal masalah-masalah teknikal kenapa lambat sent. dia orang memang cooperative. cepat je email semula kat aku. tapi dengan line yang sengal-sengal alam ni, tu yang jadik lambat sikit. tapi aku terlupa yang voucher tu tak termasuk shipping. makanya, terpaksa la email sekali lagi bertanyakan dia orang. dah dapat jawapan baru la boleh send order. 52 pages dengan harga RM50. harga asala RM240 ke RM280 macam tu la. diskaun banyak kan? beli last year.
bila time nak send, banyak pulak kejadian yang jadi. check punya check pixels pada pics tak menepati kehendak dia orang. ingatkan boleh hentam je macam Vprint yang photobooknya aku buatkan untuk pics kawin Kerry dengan Piah. tapi tak boleh. selagi pics tak menepati syarat selagi tu la tak boleh nak upload. 52 pages dengan pics yang pelbagai tu? perghhh... penat adjust!!! alhamdulillah... siap jugak akhirnya. dan semalam line bekerjasama dengan baik. jadinya proses tu mudah sikit. sekarang ni tunggu je la photobook pertama milik sendiri tu siap.

semalam jugak result Peraduan Si Kecik ku Comel & Manja keluar. masa result keluar, aku tengok admin page umumkan yang lain dulu. malamnya baru berkesempatan tengok. alhamdulillah... ada rezeki Azfar rupanya.


menang hadiah utama yang berupa photobook. memang rezeki la. insyaAllah akan dapat photobook kedua ni. 40 pages. lepas ni nak select pics dan send ke admin untuk tuntut hadiah photobook. best! best. ini kali kedua menang hadiah utama. last year dapat alpaca rugs daripada Peru. pembuka tahun ni dapat photobook pulak.

terima kasih pada Ana yang anjurkan contest ni. hadiah pun best-best. ada ABC fridge magnet, photo fm, canister dan macam-macam lagi la. kalau rajin boleh terjah fb dia. macam-macam dia ada jual. brooch, baju baby, soft books, foam books. macam-macam la. boleh ke page dia kalau nak usha-usha barang. next time boleh anjurkan lag ye. hehehe... nak tunggu aku ni anjurkan GA ke mega contest tak tahulah bila. sedangkan hadiah untuk top commenters last year pun sangkut lagi. tak terhantar. Ya Allah... semua dah siapa nama dengan alamat kat sampul tapi pesal entah tak bersend lagi ni. ada tu yang namanya dalam hp yang rosak makanya tak tertulis la kat sampul. nanti nak mintak semula la. adehhh... sedih betul la aku ni.

insyaAllah, akan cuba poskan jugak nanti. jadi kalau sesiapa dapat sampul surat yang tulis top commenters last year tu, sabar je la ye. mak ni nama je mintak alamat dengan siapkan awal-awal semua tu tapi bab pos lembab sikit. kalau kat Pahang memang dah sampai je kat korang semua sebab aku boleh pergi sendiri je pejabat pos. kat sini nak parking motor pun susah, apatah lagi kalau bawak kereta.





my foot: hari ni akan hantar budak-budak dengan kereta Kerry. adehhh... cuak betul la aku kalau bawak kereta orang ni. dah la aku pernah bawak kereta tu sekali je last year. itu pun takut-takut sebab tak biasa dan terpaksa. hahaha...



27 February 2013

Bantuan Allah sentiasa ada.




rasa macam nak short cutkan cerita je. belum cerita dah nak shortkan kan. hahaha... ini pun cerita dah lepas dan baru je lepas. husben selalu pesan yang Allah tu sentiasa ada. sentiasa memberi bantuan pada yang memerlukan. dan dia selalu ingatkan kalau ada solat yang tertinggal tu, ganti la bila ada masa terlunag. hidup ni tak tentu bila matinya. noted!!! itu memang dia. daripada aku kenal daripada zaman belajar sampai dah kawin, dia tak pernah lupa berpesan. dulu masa still kawan-kawan, kalau dia called aku tengah tension mesti kena dengar tazkirah dia. panjang okay!!! dia selalu kaitkan apa yang aku rasa dengan cerita-cerita zaman Nabi. siapa tak kenal dia mesti sakit telinga dengar. ye la... tak semua orang boleh terima bebelan yang PENUH kata nasihat tu kan.

awal bulan sebelum budak-budak ni warded, kami ada balik kampung kejap. plan nak balik hujung bulan 3 tapi kemungkinan besar tak dapat la kot sebab ada hal mendatang. tapi tak tahu la kalau saat-saat akhir nanti boleh balik. wallahualam. balik tu pun kejap je. sepanjang jalan daripada Johor ke Pahang tu, hujan je. mula-mula renyai-renyai je. kemudiannya lebat. dan sangat lebat sampai husben kata tak nampak jalan. tapi dia bawak slow je la. kalau berhenti tak tahu pukul berapa sampai. memang hujan lebat sepanjang jalan. sampai dekat Endau kot, tibatiba husben terlanggar satu lubang. kalau ikutkan bunyi dan dentuman rasa tu macam besar je lubangnya. lubang tengah jalan. dilimpahi air memang tak nampak.

lama sikit husben kata macam tak sedap je nak bawak kereta ni. rasa berat. aku pun rasa berat. dia kata dan tekan minyak habis tapi meter tak nak naik kelajuan makin turun. memang dia dah rasa tak sedap. ikut pengalaman dia kata macam tayar pancit je. dia pernah experience benda yang sama dan keadaan kereta masa tu memang macam tayar dah bocor. dalam hujan lebat tu, cuma doa minta bantuan Allah je yang mampu kami buat. doa ketika hujan lebat dan atas keikhlasan, insyaAllah... makbul. memang tawakal pada Allah je la. disebabkan keadaan kereta yang dah berat gila dengan kelajuan makin turun dan turun, berhentilah kami kat satu tempat. husben la checked condition tayar sebab aku tak boleh turun. hujan lebat kan.

lepas tu dia masuk bagitahu tayar okay. cuma rim la berbekas kesan hentakkan pada lubang tu. bila nak mulakan perjalanan semula, keadaan kereta dan semakin okay. dah tak berat macam tadi dan kelajuan pun naik macam biasa. Ya Allah... Maha Suci Allah yang lebih mengetahui apa yang tersirat dan tersurat. Allah mendengar doa hambaNYA yang dalam kesusahan. kita ni selalu sangat salah sangka dengan Allah. kadang-kadang dalam keadaan tak sedar kan sedangkan DIA nak kita mohon dan berdoa pada DIA dengan hati ikhlas. selpas tu perjalanan okay je. selamat sampai ke destinasi dengan selamat dan balik pun dengan selamat. memang bantuan Allah sentiasa ada.

yang kejadian lain tu husben experienced sendiri. dia cuma cerita kat aku je. yang kejadian kat atas tu memang experienced sama-sama. dan aku un rasa betapa beratnya kereta tu. macam dah tak nak bergerak. tayar pun memang rasa lain macam. subhanallah. orang lain mungkin experience benda yang lagi hebat. tapi setiap apa yang kita alami tu sebenarnya patut menjadi sebab kenapa kita tak perlu sangsi yang ALLAH ITU ADA UNTUK KITA. dan itu jugak patut kuatkan iman dalam hati dan diri. 

Ya Allah... berterima kasih atas bantuan yang telah Engkau berikan pada kami.



~ WW #61 ~ Freestyle!!!






my foot: amanah Allah untuk kami yang selalu buat darah kami naik sampai nak pecah kepala. karenah yang amcam-macam tapi tetap menjadi kegembiraan kami adanya.



26 February 2013

Masih betul lagi ilmu ni rupanya.


ni cerita dah lama. saja je nak peram. hahaha... alkisahnya, masa nak shopping barang-barang dapur last month. last month ke? masa Thaipusam. bawak budak-budak ni ke taman dulu. masa ni dia orang sihat lagi. lepas puas main kat taman, terus husben ajak pergi beli barang-barang dapur. makanya, terus la ke Tesco. on the way tu, jalan jammed. pesal entah. husben kata kalau jammed area tu ada dua sebab je. kalau tak accident, mesti ada road block. sepanjang jalan tu tak nampak pun macam accident ke apa. road block? entah.

tiba-tiba husben kata: "Nampak bayangan JPJ sekilas. Tapi macam bukan dekat sini je. Macam jauh lagi." aku iyakan je la. malas nak layan sebab kadang-kadang memang dia suka buat kelakar.  memang jammed tapi bergerak yang agak perlahan la. kira bernasib baik jugak. dah lama tu baru la nampak sebab apa jammed. ada polis berkawal sebab sambutan Thaipusam. kuil kiri dan kanan jalan. kalau tak berkawal nanti jadi masalah lain.
aku cakap kat dia jammed tu bukan sebab JPJ tapi sebab Thaipusam la. husben kata: "Tapi kenapa still nampak bayangan JPJ. Tapi bukan dekat sini. Dekat dengan stesen minyak." hahaha... boleh percaya ke? layankan je la. ada masa apa dia cakap tu betul walaupun setakat ni dalam 10 yang dia cakap tu cuma salah dua je. itu contoh je la kan.
dah lama sikit jumpa la stesen minyak pertama. tapi stesen minyak ni seberang jalan. sebelah kanan. aku kata tu stesen minyaknya. tapi dia diam je. dah jauh sikit, barulah jumpa stesen minyak Shell sebelah kiri. dan memang ada kereta JPJ dengan salah seorang anggota dia kat tepi stesen minyak tu. aku? diamkan aje la. betul pulak la apa dia cakap. adehhh...
husben cakap: "Masih betul lagi la ilmu ni. Tak pernah silap rupanya." macam tu jugak masa Azfar warded kali kedua. masa dia discaj, keadaan dia nak kata teruk tak jugak. tapi dia still demam la kan. balik rumah pun okay lagi. esoknya baru dia start tak berapa nak makan dengan minum air milo je. ubat memang dia refused nak makan. puas paksa. husben ada cakap: "Dia rindu Kak Ngah tu. Tak ada apa-apalah." aku malas nak dengar. mana nak fikir Anis yang warded dan Azfar yang kena discaj tu. walaupun aku tahu husben boleh jaga tapi dah namanya mak kan. nak jugak tengok anak tu depan mata.
sebelum warded second time, Azfar memang lembik. tak bermaya sanagt. tak nak bercakap. makan pun tak nak. bila masuk wad dan jumpa kakak dia tu, elok je. boleh makan. boleh bercakap. boleh senyum bagai. itu yang husebn cakap dengan aku lagi: "Kan Honey dah cakap dia rindu Kak Ngah je." even SIL aku yang ada kat situ pun kata Azfar ni pandai berlakon. sebab semalaman aku tinggalkan Azfar dekat dia. Azfar tak meragam sangat pun. mintak ibu dan bila kena pujuk tidur semula. Azfar memang tak nak dengan orang lain. apatah lagi tidur malam. itu menunjukkan betapa tak laratnya dia. tidur dengan siapa pun okay je. bila dah macam segar sikit, dengan makciknya tu pun dia tak nak. cuit sikit pun menangis. huhuhu...
ilmu yang dia belajar bukan ilmu salah pun. ilmu yang dia boleh gunakan untuk kebaikan diri dia sendiri. sebab tu kalau dia sakit dan dia rasa tak payah pergi klinik, makanya aku takkan paksa dia pergi. mengingatkan aku pada cerita my sis. dia kata ada seorang pakcik tu buat dialisis sama macam my BIL. sebelum dialisis kan orang kat tempat dialisis tu kena cucuk ambik darah ke apa entah. si yang kena cucuk pakcik tu (yang mana sis aku ada mention nama dia tapi aku tak ingat. hahaha...) memang berangin je kalau dia yang kena. sebab tak boleh nak cucuk. cuba banyak kali pun tak lepas. bila tengok si pencucuk tu macam dah penat baru la pakcik tu cakap: "Pakcik 'buka' la untuk awak."
lepas tu elok je boleh cucuk lengan pakcik tu. dan si pencucuk tu cakap memang menyampah betul la kalau terpaksa deal dengan orang yang ada 'amalan' ni. kuikuikui... amalan tu tak salah. jangan salah gunakan sudah la. panjang pulak cerita tak bergambar ni. ngeeee...


my foot: eh, aku tak kata suami aku pandai meramal ke apa ye. bukan riak jugak adanya. cuma untuk abadikan pada anak-anak apa yang abah dia orang pernah amalkan ada kala tu still valid atas izin Allah. sebab dia pun cakap semua tu atas keizinan Allah juga adanya.



Main kat taman dulu lah.


bukan tak ada cerita. ceritanya ada je. tapi macam tak berapa nak rajin je nak menaip kat keyboard ni. adehhh... nak dapatkan satu entri sehari pun bercinta bukan main lagi. kadang-kadang dah taip tapi tak save. boleh gitu?

anak-anak alhamdulillah... dah makin baik. demam dah tak ada. cuma yang tinggal batuk dengan selesema je la. batuk tu paling tak tahan. kalau batuk tu rasa macam nak terkeluar isi perut. tekak dah rasa macam luka-luka je kan. itu kita orang tua. kalau budak-budak? siang okay lagi. kalau malam, memang perit dengar. tapi aku sediakan air masak sebotol untuk hilangkan rasa geli kat tekak tu.

budak-budak ni pulak tak boleh sorang je batuk. lepas yang ini yang itu pulak. penutup demam hari tu Alya la. husben cakap: "Cukuplah. Kak Long mula demam, Kak Long jugak yang tutup." memang dia penutup sebab lepas dia, yang lain dah makin okay. makin aktif. dah start nak makan banyak. benda-benda macam ni mengingatkan pada kata-kata seorang kawan. dia kata dia respek aku sebab boleh handle anak demam tiga orang sekaligus. kalau dia dah lama rasa down. ye la. anak sakit tapi kita tak boleh buat apa-apa kan. cuma boleh redakan rasa tu je la.

tapi ujian Allah pada kita berlainan. DIA beri ikut kemampuan kita. DIA takkan uji kalau dia rasa kita tak mampu nak terima. betul kan? jom layan pics Azfar dulu la. masa ni tengah tunggu his sisters balik daripada school. singgah taman dekat perumahan tu kejap. bagi dia main seround dua. memang happy la dia. bila anak-anak sihat, senyuman dia, gelak ketawa dia cukup buat kita senang hati walaupun kadang-kadang berapi-api jugak dengan ragam yang macam-macam tu. tapi kalau dah start sakit, tak nak bercakap langsung lagi susah hati.

bukan senang nak jadi parents tapi itulah, kita ni bertuah sebab dipilih untuk pegang amanah dan tanggungjawab besar tu. ada orang tak dapat nak rasa lagi. bersyukur sangat sebenarnya dengan apa yang ada.
senyum sampai ke telinga.

setia melayan anak teruna seorang.


sayang sikit dulu.





my foot: line internet ni dah tenat sangat. nak BW pun lagi la bercinta. nak boleh post satu entri ni makin masa dekat setahun. hahaha... propa je lebih tapi memang lama menunggu. penat!!!



25 February 2013

Famouslah sangat.


kisah dua beradik ni masa kat wad. hampir semua orang yang duduk berdekatan akan tanya: "Adik-beradik ke?" even docs yang buat routine checked up dengan nurses yang datang nak bagi ubat pun akan tanya benda yang sama. emak la jenuh nak menjawab kan?! hahaha...

soalan mula-mula daripada doc would be like this: "Mana mak budak ni?" soalan yang sama jugak daripada nurse: "Mak dia mana? Nak bagi ubat." dan aku dengan senyum-senyum akan jawab: "Saya la mak dia." dan jawapan sama kita akan dengar daripada mulut meraka yang bertanya: "Adik-beradik admit?" iye la. admitkan sekali kedua-duanya senang nak jaga. aku banyak tidur kat katil Azfar kecuali kalau Anis bangun menangis baru aku duduk kat kerusi tengah tu. kalau Azfar tidur okay je, aku joint lepak katt katil Anis. hehehe...

tapi lepak dengan Anis tak berapa nak best sebab dia pakai penyokong. sebelum ni oksigen dia tak naik banyak. makanya, dia orang letak penyokong bagi dia macam duduk bersandar la. tidur pun macam tu jugak la. cuma aku akan rendahkan sikit time dia nak tidur. even pelawat-pelawat yang datang pun dok pelik tengok aku kejap pergi katil ni, kejap pergi katil tu. apa hal la orang ni agaknya. ada saya kisah ke?

kalau nak bandingkan keselesaan masa dia orang warded kat Pekan, Pekan lagi okay. katil panjang. bukan katil baby ni. ada tv kat tempat ruangan tertentu. bilik air pun dekat-dekat je. husben kata tak boleh nak samakan sebab kat Pekan tak ramai yang warded berbanding dengan HSA ni. hospital besar kan memang macam tu la. tak ada la nak komplen pun. aku okay-okay je.

ada orang lagi suka swasta sebab satu family boleh duduk sama kan? tak apalah. kat sini pun dah okay. layanan pun okay-okay je. kalau ada yang eksyen sikit pun nurses la. ada la dua tiga orang yang macam berlagak bagus. kalau tak ikhlas kerja tak payah kerja la der. orang sakit pun makin sakit. bukan makin baik tengok muka macam tu. even aku dengan husben pernah kena sound dengan sorang nurse ni. dia kata cuma sorang je boleh jaga anak. tak boleh dua-dua. sedangkan di'seberang' sana, ada jugak parents ( yang berlainan bangsa) dok jaga anak dia. tak ada pun dia sound bagai. double standardkah?

husben kata dia malas nak buka mulut. nanti malu nurse tu. bagus jugak dia tak buka mulut. nanti aku pulak yang jadi serba salah nak duduk kat situ. nurse ni pun datang masa tak ikhlas dia, entah apa-apa dia buat kan? kita bukan tahu pun hati manusia ni. apa pun, docs and some of the nurses memang friendly la. tak ada la hati rasa sebal sangat tengok muka nurses yang tak berapa nak ikhlas tu kan.






my foot: tahun ni tak pergi pun ke Festival Layang-layang. malas nak bawak selagi budak-budak ni tak sihat betul. ini pun batuk dengan selesema tak hilang-hilang jugak lagi. adeh... 



23 February 2013

Bubur pulut hitam.

semalam Anis request benda nak makan. dia bagi description. mula-mula aku macam tak faham apa benda dia nak makan walaupun masa tu aku tengah masak. Alya ada tanya bau apa sedap sangat ni. hahaha... Anis punya description macam ni:-
"Yang Kak Ngah makan tu. Masa kat hospital. Yang ibu beli tu."

"Yang ibu beli? Warna apa?"

"Yang warna hitam macam rambut abang tu."
dalam hati dok tertanya-tanya jugak benda apa yang kaler dia hitam. yang aku beli. bila tanya kek ke, dia cakap bukan. gula-gula pun bukan. puas la memerah otak dok ingat apa bendalah yang dia makan masa kat hospital hari tu.
last-last baru teringat hari Azfar discaj, hospital ada sediakan bubur pulut hitam untuk minum petang. dan hari tu lepas beberapa hari dia tak nak makan langsung, bila suap bubur pulut hitam dia makan banyak pulak. jadinya aku tanya dia: "Bubur pulut hitam ke?" dia jawab 'ya'.
nak makan bubur pulut hitam rupanya. aku dah belikan pulut hitam tu. cuma tak beli santan. semalam la baru aku beli santan sebab teringat yang Anis suka sangat nak makan. aku tengah masak atas dapur la dia pun mintak nak makan. memang timing baik punya la budak sorang ni.
my foot: maknya dah la tak lalu nak masak. tapi sebab anak-anak nak makan on je la.

21 February 2013

Bukan musim buah tapi musim sakit.


tadi ambik budak-budak ni dari school. ingat nak singgah kedai beli bahan nak buat mee rebus. sekali Alya ajak balik. dia cakap dia sakit kepala. makanya tak dapat la nak membeli bahan-bahan tu. tengok la petang ni macam mana. lepas dia mandi (memang rutin wajib lepas balik school), dia cakap still sakit kepala. aku tampalkan koyok dan dia tidur. tengah tidur tu boleh pulak batuk-batuk. check suhu badan, aisey... panas la pulak.

Alya ada cakap kawan sekelas dia dua orang demam. yang sorang tu siap menangis nak balik. tapi dia ni sebab adik-adik dia demam. doc pernah cakap kalau adik-beradik demam, asingkan tempat tidur dia orang. sebab demam senang berjangkit. tapi nak asingkan macam mana kan kalau semuanya jenis nak tidur dengan emak. Alya boleh je tidur dengan abah dia. tapi kalau abah dia kerja malam? dengan ibu jugak tidurnya. dua malam ni abahnya tidur kat bawah sebab tak larat nak naik atas. jadinya Alya tidur dengan aku. kalau tak dia meamng tidur dengan abah. anak ibu tapi tidur malam dengan abah. Anis anak abah tapi tidur malam dengan ibu. huhuhu...

sekarang ni musim demam, batuk dengan selesema. bukan buah je ada musim. sakit pun bermusim. masa budak-budak ni warded kan ramai babies dengan kids yang admitted dengan simptom yang sama. demam lebih seminggu la apa la. ada tu yang baru dua hari demam tapi dah admitted sebab kena sawan demam. makanya wardedlah. ada jugak yang admitted sebab very high temperature. ada sorang baby ni (first time mother. gugur dah 3 kali. first experience anak demam panas), memang aktif. warded pukul 5 lebih macam tu la. awal pagi. mak dia bawak ke ER sebab suhunya 39 tapi doc kata as long as dia aktif dan tak ada tanda-tanda yang membimbangkan, okay lagi. maknya bawak balik dan datang semula pukul 4 lebih sebab anak dia muntah plus suhu cecah 40 dan anak dia menggigil-gigil kalau tak silap. so, doc kat ER suruh warded tapi doc kat wad nak discajkan dalam tengahari macam tu la sebab baby tu memang aktif. masuk ubat bontot terus okay demamnya.

tapi doc tu kata, yakin tak kalau discaj dan anak demam, dia boleh handle? kalau tak yakin dia terpaksa 'tahan' dulu la. si mak kata okay. walaupun dia macam tak yakin tapi siapa yang nak duduk wad kan? meamng kalau first time mother yang duduk sendiri dengan anak je, berdua yang mana si suami kena kerja malam ke apa ke... risau jugak. tak tahu nak buat apa kalau jadik apa-apa kat anak-anak. selalunya bapak cool sikit kalau berhadapan dengan situasi macam tu (husben aku macam tu la. sebab tu kalau anak demam dan dia kerja malam aku risau terlebih), betul kan? especially kalau inner sense kata macam ada benda je nak jadik akt budak-budak ni, lagi la tak lena nak tidur malam dibuatnya. kalau instinct ibu ni tak rasa apa-apa, insyaAllah... okay-okay je.

my SIL yang doc tu cakap, kalau demam dan tak ada simptom yang membimbangkan, meamng takkan kena  admit. treatment kat hospital dengan kat rumah sama je. kalau demam kena kerap basahkan badan dan bagi ubat demam 6 jam sekali. nak duduk wad buat apa? lagi banyak penyakit ada la. masa Azfar demam baru-baru ni memang tidur dengan kain basah atas badan. sampai baju aku pun basah jugak. bila dia menggigil, selimutkan sekejap. lepas tu basahkan semula badan dia. sampaikan SIL aku bawak Azfar tidur dengan dia. menunjukkan betapa tak laratnya Azfar. dia bukan nak dengan orang lain selain aku. abah dia pun dia tak nak. itu la first time aku tinggalkan dia waktu malam sebab Anis menangis tak nak abah dia jaga dan kebetulan jugak husben pun dah demam-demam jugak.

cumanya bila dah warded ni penat nak jawab soalan-soalan docs. soalan yang sama je. doc ni masuk tanya soalan pernah warded ke sebelum ni. ada makan antibiotik ke tak, dah berapa hari demam bla... bla... bla... kejap lagi doc lain datang tanya soalan yang doc pagi tadi tanya. esoknya doc lain tanya soalan sama lagi. adeh... tapi nak buat macam mana. docnya ramai. bukan doc yang sama je kita dapat walaupun budak dua beradik ni popular jugak kat wad sebab makcik dia orang kan doc jugak. sebelum dia orang masuk wad lagi  my SIL tu dah informed kawan-kawan dia yang anak buah dia dua orang akan ke wad. dah la tu, time specialist ada pun kadang-kadang dia menyelit jugak sebab nak dengar apa kata doc tu. hahaha...



Turn saya pulak.

tak sihat la pulak. selesema. sekarang ni memang musim orang sakit. sakit yang sama pulak tu. cuaca kat sini pun mendung-mendung nak hujan. tadi lepas hantar budak-budak ni sekolah, balik je tidur. Azfar dok layan cerita kat laptop.
dia okay-okay je. dah nampak aktif sikit hari ni. cuma batuk-batuk je tak hilang lagi. plan nak kemas rumah pun terbengkalai. adeh... sabar je la. apa pun, sakit tu biasa. sentiasa ada. kalau tak kena, alhamdulillah. tapi kalau kena tu nasib badanlah kan?
mahu layan diri kejap ye.

20 February 2013

Cerita artis sana sini.




terbaca pasal kisah Fizz Fairuz yang baru putus tunang. baru seminggu dah putus. katanya si tunang isteri orang. alahai... dunia sekarang. boleh pulak isteri orang bertunang dengan dia ye? apa nak jadik la dengan dunia sekarang. Fizz kata dia mungkin kena buatan orang. tak tahu la nak kata apa kan. tapi aku pun tak ada la nak judge orang. mungkin betul apa kata dia. 

jangan la bila kita dengar je dia putus tunang, kita pun gelak. mulut pun laju je cakap 'padan muka' walhal mungkin ada sebab lain kenapa jadi macam tu. kalau betul dia bertunang atas kehendak dia sendiri dan tanpa 'hasutan' dan 'bantuan' pihak lain, makanya serves him right. tapi kalau betul dia terkena, maka memang kesian la kat dia.

apa pun, dia tak jejas sangat sebab dia lelaki kan. tapi malu la jugak. yang perempuan tu satu. sekarang ni semua orang dah malu. hahaha... yang pasti, aku tak jejas langsung dengan isu dia orang ni. aku suka tengok Fizz Fairuz berlakon. especially dalam Nur Kasih. nampak macam alim gila. baik sangat. realiti lakonan, begitulah.





my foot: lepas Anis macam okay sikit, Azfar pulak demam semula. huhuhu...




~ WW #60 ~ Makan Jalan.







my foot: main scooter tak ingat. akibatnya muka makan jalan. tapi sekarang ni dah baik. alhamdulillah... ni kes 4 minggu lepas.

19 February 2013

Pahit tapi benar.

Anis demam lagi. hari ni tak pergi sekolah. semalam, dia banyak baring. badan start panas. cikgu dia cakap kat sekolah lagi badannya panas. suruh rehat tak nak. nak jugak menulis. semalam jugak dia cakap nak makan ayam golek. bila beli makannya sikit je. hari ni nampak ada selera sikit. dia nak makan mee. tapi tiap kali batuk, dia cakap sakit kat perut dengan dada. batuknya tu dah dekat tiga minggu tak hilang-hilang. risau? tak adalah. mana ada risau. okay je. hahaha... siapa tak risau kalau anak sakit lama-lama kan. dah la baru keluar wad, sakit jugak lagi. adeh...
eh, aku bukan nak bercerita pasal Anis. tapi nak bercerita pasal hospital. masa warded tu hari, meamng wad kanak-kanak tu penuh. katil yang biasa ada tiga sebelah kanan dan tiga sebelah kiri akan jadi banyak dengan penambahan katil dekat hujung dengan kawasan tengah. memang crowded. tapi kalau ada wad kelas 2 or 1 pun aku still prefer kelas tiga. sebab ramai orang. macam-macam gelagat kita boleh tengok. tak ada la sunyi sangat kan. kalau jenis tak suka orang ramai tu duduk la wad kelas 1 atau 2.
terdengar-dengar jugak la para pekerja kat hospital tu bercerita. hospital kerajaan ni macam tempat 'buangan pesakit'. ha, macam mana tu?! kalau specialist rasa kes tu blh mendatangkan rekod buruk pada hospital dia orang, makanya dia orang akan transfer ke government. walaupun kita mampu bayar beribu ke berjuta ke dia orang takkan terima kecuali la ada kuasa veto kan. memang dia orang akan call hospital kerajaan untuk hantar kes yang boleh akibatkan nama dia orang buruk. hahaha... adat dunialah kan. nampak macam best je specialist ni tapi sekali kena memang terbaik la. ke hospital kerajaan jugaklah kamu dan kamu.

tadi ke poliklinik untuk buat follow up Anis. my SIL yang doc tu ingatkan kena bertugas kat poliklinik. tu ayng dia ajak aku pergi check si Anis tu. sekali dia dapat tahu bukan poliklinik tapi politeknik. hahaha... bengang je dia. dah la lesen aku mati minggu lepas. bawak kereta tak ada lesen okay. itu pun aku tak tunggu lama sebab orang ramai gila. pukul 10 baru nombor 2038 sedangkan nombor aku 2178. kalau husben ada boleh la dia ambik Alya dari sekolah. kalau lambat siapa nak ambik Alya tu. memang mahunya cecah pukul 12 baru sampai turn aku. adehhh...

tapi aku akan bawak Anis tu untuk follow up. tetap akan bawak tapi time husben ada la. senang sikit. kalau macam tadi susah der. Azfar dah sah-sah ligat beroperasi. nak tengok dia lagi nak tunggu turn lagi. dengan orang ramai yang tak hingat tu lagi. kalau ada husben boleh main pass-pass. ngeee... wokey la. nak masak-masak dulu. rasa macam mau makan tomyam buatan sendiri. dua tiga hari ni makan yang kedai je. tak ada feel langsung. bukan tak sedap. tapi tak puas macam yang sendiri buat. 

nanti ada masa aku bw ye. Anis pun macam okay sikit hari ni. hopefully dia okayokay je la. kadangkadang aku rasa macam rumah ni tak sesuai je dengan dia orang. bawak keluar segar je. balik rumah macam tak berapa nak okay pulak. adakah ini bermakna harus beli rumah baru dan jual je rumah ni? hmmm... (^_^)



18 February 2013

Belum berkesempatan.

sebenarnya tak ada ruang masa nak BW lagi. masa sangat terhad. Anis still tak berapa sihat. sekarang ni selesema pulak. batuk still ada. dan muntah-muntah jugak. rabu nanti boleh la tengok perkembangan dia macam mana. Azfar pun still boleh dengar bunyi kahak kat tekak. belum sembuh sepenuhnya. tapi Anis memang sangat kurus. nampak tulang-tulang kat badan dia. sekarang ni la baru nak makan sikit. itu pun muntah-muntah jugak. tapi tak apa la. at least dia nak makan berbanding masa sebelum warded tu. sama jugaklah dengan Azfar. Alya, alhamdulillah... okay-okay je.
hari ni pergi school dan aku dah pesan dengan cikgunya tentang keadaan Anis. in case apa-apa, call la. aku pergi ambik dia. kain baju bertimbun tak basuh. hahaha... memang banyak gila. husben kata hantar dobi je la. nak basuh dan jemur pun cuaca memang tak mengizinkan. dah lama tak nampak matahari memancar. kalau tak mendung, hujan sepanjang hari. reda sekejap dan hujan kembali. itu je la. tapi alhamdulillah... kerana Allah masih mengurniakan hujan pada bumi Johor ni.
2nd time admitted.

minum Milo.

side by side. senang mak nak jaga.

dah mula senyum dan makan.

neb. dua-dua kena tapi ubat berlainan.
dugaan yang bukan sedikit tapi menerima dengan seikhlas hati. lain orang lain dugaannya. memang pening sikit sebab neb dia orang tu kena bagi on time. pukul 8 am, 12 pm, 4 pm, 8 pm, 12 am dengan 4 am. begitulah rutinnya setiap hari. kena take turn sebab Azfar susah sikit kalau neb ni. mengamuk. time dia tidur baru best bagi sebab dia tak sedar. Anis okay je. kena neb sure mengantuk punya. lepas tu tertidur. time masuk antibiotik ikut tangan pun memang Azfar cepat sedar. even dia tengah tidur pun memang dia terjaga sebab dia kata sakit.
kalau bagi ubat makan lagi la susah. adeh... dan pagi tadi husben ada bagitahu MIL called semalam. katanya SIL aku mimpikan orang dikapan. SIL aku kata sama ada muka tu macam muka dia or Piah. dan MIL ada cakap jugak yang Kerry ada bagitahu, sebelum baby dia meninggal dia mimpi tiga batang gigi dia tercabut. dan husben pulak ada mimpi sebelum anak Kerry meninggal yang arwah FIL tunjukkan pada dia dua lubang kubur dan dia mimpikan kenduri, diberi kain pelikat dengan daging. dan semalam dia cakap dia mimpikan arwah ayahnya lagi. tapi kali ni ada aku. cumanya sampai separuh jalan, FIL tinggalkan aku dan bawak dia je.
boleh fikir positif dan negatif. tapi husben baru-baru ni kerap sakit sebenarnya. sakit sebelah kepala. dan masa dia jaga Anis kat wad dan aku datang untuk hantar baju, aku kejutkan dia yang tengah tidur dengan hidung berdarah. adik ipar aku yang doc tu pun macam terkejut jugak tengok abang dia. tanya aku biasa jadi ke? biasa cakap ada la. tapi tengok sendiri darah keluar ikut hidung memang tak ada la kan. aku tak nak paksa dia buat check up sebab ada certain benda dia tahu. ada la kejadian yang berlaku dan kemudian dia cakap kat aku: "Betul lagi la ilmu yang tersisa tinggal ni."
apa pun dugaan yan mendatang, persiapkanlah diri sendiri untuk menerima segala-galanya. bukan kita yang menentukan hidup ni tapi semuanya atas kehendak Allah juga. muhasabah diri dari sekarang insyaAllah... hati akan tenang walaupun perit untuk menerima.

17 February 2013

Alya sudah 5 tahun.




17 Februari 2008, lahirnya Nur Ismahani Alya. ada 1001 ragam dalam diri budak kecik ni. memang uji kesabaran la. tambahan pulak bila dah besar ni. perghhh... pening kepala mak!!! dia suka bertanya. meamng banyak tanya. asal ada kemusykilan je mesti dia tanya. naik penat mulut nak menjawab sebab dia takkan berhenti bertanya selagi dia tak puas hati. dan kalau dia tak puas hati dengan jawapan kita dia akan cakap: "Tanya pun tak boleh." adehhh...

apa pun dia dan walau macam mana pun dia, tetap menjadi kesayangan ibu dengan abah. semoga Nur Ismahani Alya jadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat. doa ibu abah sentiasa mengiringi kamu sampai bila-bila.

sayang kamu ketat-ketat.




15 February 2013

Sudah discaj.



semalam sampai rumah dah pukul 9 malam. penat sikit la. aku tidur dan husben yang tak berapa nak sihat tu dok layan anak-anak makan. lepas makan je, dia orang muntah. banyak pulak tu. adehhh... masa Anis discaj hari rabu, on the way husben bawak dia balik, dia muntah dalam kereta. semalam, masa Azfar nak discaj, dia muntah dua kali. sekali lagi kat rumah mak. sama dengan Anis. balik rumah muntah lagi. tak tahu la kenapa. tapi pagi ni dah okay sikit. baru jugak la berkesempatan on laptop dan online.

Azfar discaj lambat sikit sebab hari Anis discaj tu doc tukar antibiotik dia kepada yang sama dengan yang Anis guna sebelum ni. Azfar kan dah discaj hari sabtu. masuk jumaat dan discaj sabtu. balik rumah pun still tak sihat mana. hari isnin still panas badan dia. nafas pun laju je. siap menggigil-gigil lagi. bawak ke ER. oksigen tak cukup. demam pun tinggi. 39.5. bagi oksigen. kemudian tunggu turned nak x-ray. dah dapat result , kena admitted semula. ada jangkitan kuman dekat paru-paru. sama macam Anis.

masuk wad dah sah-sah kena pakai oksigen sebab oksigen dia tak sampai 90% pun masa tu. jadinya berkampung la dalam wad selama beberapa hari lagi. aku dengar specialist tu cakap: "Saya dah buat statistik. Ini dinamakan fenomena CNY." memang ramai babies and kids yang keluar dan masuk wad masa CNY tu. tak kira masa. pukul 1, 2, 3 pagi... ada je kes baru. dan semalam masa discaj, banyak katil kosong. kes yang masuk pun lebih kurang sama je. demam panas, broncho pneumonia... memang virus yang sepaten.

pagi tadi aku on kejap fb ternampak status ni:
kata-kata Piah kat FB.


setiap kejadian ada hikmah yang tersembunyi dan menguji tahap kesabaran kita sebagai manusia. kalau lemah tewas dan kalau redha adalah ganjaran daripadaNYA. aku dan husben diberi ujian yang berlainan tapi  tetap memerlukan kekuatan. masa kat wad tu jugaklah aku tengok ada ibu muda ni yang tenang je. dah lebih sebulan berkampung kat wad. anaknya lahir normal. cukup sifat. bila discaj, demam. dalam hari lagi tu. bawak ke klinik kesihatan tiga hari berturut-turut. klinik kata tak ada apa-apa. masuk hari ke-8 demam, bawak pergi hospital. bila checked jangkitan kuman dah sampai ke otak. on the way ke HSA kena sawan banyak kali. daripada normal dah tak normal jadinya baby tu. tapi mak ayah dia redha je. nak salahkan siapa kan?

kena sentiasa muhasabah diri. ada kekhilafan kita padaNYA yang kita mungkin tak sedar. dan dia uji untuk tunjukkan betapa DIA sangat sayangkan hamba-hambaNYA. bersyukurlah sebab DIA ingat pada kita dan mahu kita sentiasa ingat padaNYA. 

Ya Allah... hanya Engkau yang tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaMU!!!



11 February 2013

Perginya bidadari syurga.



baru je balik daripada hospital. take turn dengan husben. semalam Anis tak nak dengan abahnya, maka mak la yang kena tidur kat wad dengan dia. Azfar tidur dengan my SIl sebab husben dah dua hari tak tidur. demam, batuk lagi. balik rumah makan ubat terus flat. tidur tak sedar sampai ke pagi. dekat pukul 6 jugak dia message bagitahu Azfar tak tidur dengan dia. alhamdulillah... Azfar pun tak ada la meragam sangat. katanya dia bangun around 3 am 'Nak ibu!'. waktu yang sama aku sent message kat husben tapi tak ada balasan.

semalam jugak baby Kerry dengan Piah dah selamat dikebumikan. dimandikan sendiri si ayah. cerita dia orang agak sedih. biras aku si Piah tu lepas je balik daripada Mesir aku dapat tau dia kena warded. masa tu dapat tahu dia kena jangkitan kuman je. lebih kurang tiga hari je kot kat wad dan dia discaj. ingatkan lama la dia kat rumah. kemudiannya dapat tahu dia masuk semula hospital sebab air ketuban dia leaking plus ada darah sikit. tapi tak ada jalan lagi.

doc kat sana kata nak tunggu sampai baby 34 weeks kalau boleh bertahan. jadinya Piah kat wad je la. tak balik. Kerry ada jugak dengan dia sebelum dia kena naik ke laut. masa aku sms Piah pun dia cakap dia baru 30 weeks dan berat baby baru 1.4kg. sepanjang masa dia dipantau kot. sebab air ketuban dah kurang dan doc still nak tunggu sampai 34 weeks. kalau baby tak survive sebelum 34 weeks tu memang kena operate la. aku memang tak boleh balik la. tahu cerita pun melalui called dengan sms sebab Anis kan still warded dan Azfar pun still demam.

on saturday husben sms bagitahu family daripada Terengganu nak datang tengok Anis tapi Piah terpaksa operate malam tu jugak sebab baby dah lemas. kebetulan pulak Piah demam. dan setahu aku kalau air ketuban dah leaking, jangkitan kuman memang senang jadik. itu la yang jadi kat Piah. Kerry tak ada sama. kat laut kan. my SIL je la pergi tengok. dia sampai hospital dan bagitahu Piah dah selamat delivered tapi babynya kena hantar ke ICU sebab dah lemas. Piah pun tak sempat tengok aku rasa.

pagi semalam dalam pukul 5 macam tu la dapat mesej katanya baby Kerry dengan Piah tu dah tenat. doc kata tak ada harapan lagi dah. Kerry kat laut bukan senang orang nak call. siap mintak tolong kawan dia lagi. jangan cuba bayangkan macam mana perasaan Kerry bila dia tahu. dah la dia tak ada masa kejadian. sedih dia mesti berganda. Kerry dapat balik awal dengan bantuan bos dia la kot. pukul 3 pm dia sampai. sempat mandikan jenazah babynya tu. apa yang dia hajat dia dapat. Piah kata Kerry nak anak lelaki. he had 1 tapi Allah pinjamkan untuk sesaat je. paling sedih, bila dia sampai dia cakap dengan anak dia: "Tak sempat nak tunggu abah balik."

aku tak pasti Piah sempat ke tidak tengok anak dia. takut dia tak kuat semangat dan dia tak tengok langsung babynya tu. dia redha tapi mesti ada rasa yang terpendam yang kita tak tahu. semalam Kerry temankan dia kot. entah-entah dia orang nangis sama-sama. memang dia orang tunggu kedatangan baby tu. lama jugak lepas kawin sebelum dia tahu dia tahu dia pregnant. dengan alahnya lagi. dengan kesan caeser yang ada. memang perit perasaan tu. tapi siapa kita nak dibandingkan dengan kuasa Allah kan? DIA lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNYA. apa yang tersirat kita takkan tahu. sekurang-kurangnya ada yang menanti dia orang di syurga.

aku sedih jugak. tambahan dengan anak-anak yang tak berapa nak sihat ni. mengenangkan harapan dia orang untuk timang first baby tak dapat. kita cuma rasa sikit je daripada apa yang dia orang rasa. pedihnya dia orang lagi tahu. harapnya semoga Kerry dengan Piah tabah dengan dugaan Allah ni.



Dugaan baru bermula.



bermula dengan Alya yang batuk. tapi hati mak ni tak ernah silap. rasa macam dia akan sakit je. lepas dua hari dia demam. demam berselang batuk. memang teruk jugak la. seminggu jugak demam. malam-malam batuk memang teruk. hari ke-6 dia demam, Anis ambik alih. tapi still aktif macam biasa. tak ada masalah. doc pernah cakap jangan rapatkan orang yang demam dengan yang tidak. nanti berjangkit. tapi nak uat macam mana. bukan boleh tidur asing-asing pun kan.

Anis hari ke-4 dia dah nampak lemah semacam. bawak mandi pun lebam biru bibir. kaki tangan sejuk. dah bawak OPD tapi doc tak kata apa pun. just bagi ubat je. cumanya dia cakap tinggi demam dia dua beradik. biasanya kalau demam tinggi terus masuk ubat bontot. hari ke-2 Anis demam, Azfar pulak ambik alih. Azfar pun aktif lagi masa tu. boleh siap berjalan, bercakap, bercerita bagai. tak ada masalah. tapi lepas hari ke-4 dia dah started batuk-batuk dengan meragam. Anis masa ni memang dah lembik. baring je. cukup seminggu depan terus cakap kat husben bawak pergi check darah. sebab anak-anak aktif bila jadik tak aktif ni memang buat kita rasa tak senang hati.

jumaat bawak dia orang pergi check darah. tunggu kiranya dekat sejam lebih jugak la sebelum dapat result. ikutkan doc tu, Anis tak payah masuk wad. tapi kalau dia still refuse tak nak makam, kena warded jugak la the next day. tapi adik katanya tak lepas. ada apa benda entah. husben kata, dah alang-alang adik masuk, kakak pun ikut sama la. makanya, doc tu admittedkan dua-dua dalam wad. katil sebelah-menyebelah. aku la yang jaga since the father kerja. Alya tinggal dengan makciknya si doc tu.

masuk je ambik tekanan darah bagai, doc tu tengok oksigen Anis tak naik lebih daripada 88%. banyak kali dia test. last-last bagi dia oksigen. malamnya dada kena xray sebab nak tengok ada infection ke tak dekat paru-paru. esoknya baru tahu ada infection pada lungs Anis. tambahan pulak time tengahari oksigen dia turun naik je. demam pulak lagi. dah tu, aku tanya doc kawan my SIL tu. dia story la setakat hari tu punya cerita. nak masukkan antibiotik melalui darah. katanya kalau ikutkan blood test dia ada virus. dan virus tak diberikan antibiotik.

tapi ada certain cases yang virus terpaksa jugak dilawan dengan antibiotik. macam kes dia ni la. masuk melalui salur darah cepat sikit kot effeknya. semalam start antibiotik dan semalam jugak start dia dijaga husben sebab aku kena tengok Azfar yang still tak sihat ni. dah lembik dah. makan tak nak. minum kurang. doc kata makan tak nak tak apa tapi kena pastikan dia minum la. bukan senang nak paksa. dan demam dia on off je.

dan pagi tadi masa aku pergi tengok Anis, dia tidur lagi. aku tanyakan my SIL. dia terangkan yang jangkitan pada paru-paru tu banyak jugak. dia tunjukkan xray si Anis tu. dan lepas specialist datang buat lawatan, dia bagitahu yang jangkitan tu macam teruk sikit dan kena tukar pada antibiotik yang lebih kuat. bermula hari ni tukar antibiotik baru dan nak tahu result kena tunggu dua tiga hari jugak la. tapi alhamdulillah, start semalam Anis dah ada selera nak makan. banyak jugak dia makan. itu dah cukup menggembirkan hati walaupun dia still lembik dan tak berapa nak bergerak daraipada katil dia tu. 

doakanlah ye supaya Anis dengan Azfar cepat sembuh.

written on Sunday @12.30 pm


10 February 2013

Lain yang warded, lain yang sangkut.


jumaat bawak Anis dengan Azfar buat ujian darah. seminggu demam tapi tak baik lagi kan. lepas ambik darah dan dapat result, doc kata Azfar kena tahan wad tapi Anis boleh balik. dah alang-alang kena wad baik wadkan dua-dua sekali.

masuk la dua-dua dalam wad. tapi yag jadi kisah ni terbalik bila buat checked segala masa dalam wad, Anis sangkut sebab oksigen tak cukup. tak sampai 100% pun. 88% je. jadinya masuk oksigen. semalam Azfar dah discaj. tapi Anis still kena duduk wad sebab hasil x-ray dia tak berapa cantik. ada jangkitan kuman pada paru-paru dia.

semalam dah masuk antibiotik. hari ni tukar pada antibiotik yang lebih kuat berbanding semalam sebab dia still guna oksigen dan oksigen dia semalam pun turun naik. tak konsisten. dugaan buat keluarga kami di tahun 2013 ni.

dan semalam jugak husben bagitahu isteri Kerry kena buat operate sebab air ketuban dia dah kurang dan baby lemas dalam perut. details nanti aku cerita. sekarang ni, aku kat rumah 'mak'. husben yang jaga Anis sebab aku kena tengokkan Azfar yang tak berapa sihat ni lagi. cumanya dekat sini ada SIL aku boleh jugak tengok-tengokkan.

dan pagi ni sebelum aku pergi tengok Anis, husben called bagitahu baby Kerry dah meninggal. semalam lepas operate terus bawak ke ICU. tapi doc kata harapannya tipis sangat. Allah lebih sayangkan baby kecik tu. dan Kerry cuma boleh balik pukul 6 petang. helinya ada around waktu tu je. memang dugaan buat kami semua kan?

semoga Kerry dengan iah tabah menerima dugaan daripada Allah ni. perancangan dia buat hambaNYA. kita tak tahu apa yang tersirat kan?



08 February 2013

Mahu ke hospital.


disebabkan anak-anak macam tak berapa nak baik je daripada demam dan batuk still berpanjangan, makanya hari ni nak bawak ke hospital la untuk check darah. hopefully tak ada apa-apa la kan. risau jugak sebab budak-budak. lama pulak demamnya tu. tambahan pulak dengan kes denggi kat sini.

Anis tak pernah pun demam lebih daripada seminggu. Azfar demam direct pun tak ada. on off ada la. kalau Alay demam tak ada la nak tidur je 24 jam. tapi budak berdua ni macam penat je. bukak mata pun kejap-kejap je. dah bawak ke hospital tapi tak ada perubahan pun kena la bawak untuk check darah pulak. 

harapnya jugak tak kena tahan wad la. kesian pulak kat Alya kalau adik-adik dia kena tahan wad. tapi dia okay je setakat ni. in case warded, dia akan duduk dengan makcik dia doc kat HSA tu la. eh, duduk dengan mak mertua si adik aku tu sebabnya my SIL kerja malam. husben pulak kerja pagi. jadi malam dia ada. siang je la 'mak' tolong tengokkan. malam abahnya ada.

doa-doakan yang baik-baik untuk my kids ye. asyik demam je dia orang ni. pesal entah.tak serasi dengan cuaca Malaysia kot. kena pindah oversea kah? hahaha...



07 February 2013

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013.


nak join klik SINI.

Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
 5) Hantar link entry u all ke kotak komen entry ini
 6) Nak lagi senang, copy je entry ni.. hihii 

TARIKH TUTUP : 28 FEBRUARI 2013
KLIK SINI JIKA NAK TENGOK HADIAH 
PEMENANG DIPILIH SECARA CABUTAN BERTUAH.. ALISHA YANG AKAN CABUT UNDI (",)



Sakit sekeluarga.


dah lama sangat kan tak upate. ada yang bertanya ke ana pergi bercuti. hahaha... tak ke mana-mana pn. just melayan diri sendiri kat rumah je. last week Alya demam seminggu. seminggu jugak tak ke sekolah. demam dan batuk yang agak teruk. aku rasa sepanjang usia dia, itu demam dan batuk dia yang paling teruk dia pernah kena. makan memang susah. asal malam je batuk dia memang kalau dengar pun kita rasa mesti luka tekak dia. kebetulan pulak masa dia demam tu ada kes denggi kat sini. kat sini memang banyak kes denggi. tapi alhamdulillah, tak pernah lagi jumpa nyamuk dalam rumah.

bila Alya macam dah nak okay sikit, Anis pulak take over. yang dia ni pun dah nak dekat seminggu jugak. dah bawak pergi klinik semuanya. tapi tak ada pulak doc tu kata nak test darah ke apa. Anis ni kiranya kritikal jugak la demamnya. yang paling teruk jugak. masuk hari keempat dia demam, bangun berjalan je macam nak tumbang. hari semalam la nampak segar sikit. boleh bangun. kalau tak tidur je kerjanya. risau jugak tapi dah bawak ke klinik pun doc check kata tak ada apa-apa. timing dia bangun mintak makan selalunya pukul 2-3 pagi. time tu kerap la dia mintak air nak minum jugak.

Anis tak okay lagi, afar pulak take turn. wah, hebat kan?! dugaan la tu. itu belum mak bapaknya lagi sakit. Azfar hari pertama dengan kedua okay je demamnya. demam tapi aktif. dok menyakat je kerjanya. cuma start semalam, dia banyak merengek la. nak tidur atas badan. layankan je la. dan semalam jugak la the father take over pulak demam. ini baru namanya demam sefamily. hari ni bapaknya sakit-sakit sendi. semalam tidur je. makan pun beli sebab si maknya tak ada ruang nak masak. sambil taip entri ni sambil ribakan Afar. nanti nak ambik Alya kat school pulak. 

masa Alya demam, Anis pergi school seorang je. alhamdulillah... okay je. tak ada masalah. tapi bila time Anis sakit, Alya ni liat pulak nak pergi school. mesti tanya kenapa adik dia tak pergi tapi dia kena pergi. ewah... masa Anis kena pergi seorang tak ada pulak dia tanya aku macam tu. banyak songeh pulak si kakaknya ni.

insyaAllah... ada masa aku BW ye. masih mencari mood yang hilang. kalau ikutkan memang tak update blog ni. mungkin setahun jugak. tapi memikitkan baru je renew dot com tu macam sayang la pulak. pada yang sudi jemgah dan tanya khabar tu terima kasih ye. ada jugak yang ingatkan ahkak ni. (*_*)



Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign