✿ Rumah SalYa ✿: January 2013

Fresh from the owner...

18 January 2013

Rasa macam nak bercuti.


tak terasa nak hadap blog ke online ke dua tiga hari ni. mungkin sebab tak berapa nak sihat sangat makanya segala mood memang tak ada. jadinya rasa macam nak bercuti la daripada blog ni. tengok la ye nanti. mahu layan diri.



16 January 2013

~ WW #59 ~ Matahari Pagi.






my foot: sangat suka suasana pagi dan senja.



15 January 2013

Kita!!!






Bunga Mek yang segar.


morning walk dengan Azfar sekitar lorong berdekatan. terpandang pulak tempat yang biasa Mek (jiran daripada Kelantan) tu bercucuk tanam. ecehhh... bercucuk tanam la sangat. Mek pindahkan bunga-bunga yang ditanam dalam pasu dekat rumah tu kat area lapang berdekatan dengan rumah dia. perumahan yang aku duduk ni kalau tak dapat corner lot memang kena tanam semua benda dalam pasu la. ada sikit lot tanah untuk siapa-siapa berkenan bercucuk tanam. tapi sangat sedikit la kan

Mek bukan tanam bunga je. dia tanam cekur manis, ubi dengan lada. dia siap offer aku lagi untuk ambik anak pokok lada tanam kat rumah. tanam dalam pasu la. aku akta nanti dulu. ada serai jugak Mek tanam ye. pagi-pagi ke petang hari boleh tengok la Mek dok membuang sampah-sampah kat tanaman dia tu. aku kalau Azfar okay, join la jugak kejap. situ area bas sekolah lalu lalang. kereta, motornya lagi. si mamat kecik tu suka sangat berlari ke sana sini. tambahan pulak kalau nampak kucing. adehhh...

bunga ros yang dah kembang.

sunflowery gitu!!!


segar mata dapat tengok bunga-bunga ni. aku pun teringin jugak nak tanam bunga ke cili, serai bagai. kalau dapat bahagian corner lot memang best. berdoa ye. mana tahu satu hari nanti boleh dapat kan? insyaAllah.









my foot: pagi yang agak lemau.



14 January 2013

Tak dapat nak balas jejak.


entri ringkas petang ni sebab tengah boleh BW ni jadinya BW je la kan. tapi ada antara pengomen tak ada link ke blog. makanya susah benau akak ni nak ke blog kamu dan kamu. antaranya Nurulhuda Abdul Latip dengan Zul Fattah. tolong bagi link lepas komen. sebab bukak link yang ada terus ke google+. tapi malangnya tetap tak ada link kat situ. ada jugak la dua tiga orang lagi. 

terima kasih daun keladi. jangan serik singgah lagi ye!!!



Morning walkkah?

cerita Jumaat lepas. hantar kakak-kakaknya ke school. sekarang ni si kakak berdua mintak pergi school awal. biasanya sampai school pukul 7.30 pagi. dia orang masuk pukul 7.45 pagi. tak keluar kereta pun sebab dia orang request nak masuk sendiri. kalau kebetulan teachernya pun baru sampai, memang laju je keluar dari kereta. tak ingat nak bersalam dengan aku lagi dah. itu Alya la. Anis lambat-lambat je keluarnya. tapi setakat ni alhamdulillah. dia rang pun dah okay kat school.
lepas hantar si kakak-kakaknya, kami berdua balik la rumah. tak ada la nak tunggu lama-lama kat school tu. dah sampai rumah, Azfar mesti ajak jalan-jalan kejap. kadang-kadang aku snapped la pics dia dua tiga keping. ada je aksi comel budak kecik ni. selalunya jugak, dia akan tarik tangan aku sambil cakap: "Ibu, sini jap." ada benda la yang dia nak tu. dia nak apa ek?
siap berkasut lagi. macam nak jogging.

dia kejar makhluk berwarna oren tu.


peminat tegar kucing ni. pantang nampak kucing mesti dia nak kejar. tak kira la kucing tu ada kat mana. bawah kereta ke, kat rumah jiran ke. nampak je nak kejar. aku bairkan je. dia nak explore. nak kenal-kenal dengan dunia luar. dan pagi tu, habis semua kucing dia nak kejar.warna oren, kelabu, hitam putih. asal nampak kucing je terus tarik tangan aku. adehhh...

jiran selang tiga buah rumah ada bela arnab dengan kucing. suka la dia nak berjalan ke situ. siap berhenti depan rumah tu lagi. ajak aku singgah tengok 'cat' dengan 'rabbit'. pagi-pagi tak adanya jiran tu nak bukak pintu pagar. petang-petang boleh la. nak singgah tak nak balik pulak. leceh betul. Azfar oh Azfar!!!

tapi bila tengok dia happy, meamng aku rasa happy sangat-sangat. anak-anak ni ada 1001 perangai ayng kadang-kadang kita tak duga ada dan bilabila je boleh bertukar sikap. tapi bila apa yang kita minta or ada something yang dia buat tanpa kita suruh, memang buatkan hati rasa kembang je. marah tu marah jugak. tapi sayang tu melebihi segala-galanya. membesarlah menjadi anakanak yang soleh dan solehah ye Alya, Anis dan Azfar.

Prayer...






13 January 2013

Jiran dan sakit kepala.


ringkasan cerita semalam dan hari ni. terjaga awal pagi tadi rasa sakit kepala. adehhh... pesal pulak ni? pagi ni pun rasa sakit jugak. sampai time menaip ni pun still sakit. tapi layan jugak la blog kejap. mood memang tak ada. tapi tu la. rasa macam nak bercerita jugak la kat blog ni.

pagi semalam jiran datang bagitahu jiran kat area bawah anaknya yang 'istimewa' tu meninggal. kejadian berlaku jam 2.30 pagi lebih kurang. si kecik tu lahirnya kembar. tapi katanya doktor lambat bagi bantuan kat dia. so, dia lemas dan brainnya damaged. meamng bergantung pada alat bantuan pernafasan. tak boleh bergerak langsung. tapi semalam mak dia sedar, anaknya tu dalam keadaan macam bersujud. dah tak bernafas dah masa tu. kun fa ya kun. kalau Allah kata jadik, maka jadiklah. perginya seorang bidadari syurga.

aku pergi melawat tapi masuk sampai kawasan rumah je sebab Azfar memeel. tak nak masuk. nak balik katanya. jadik, aku tunggu je kat luar dalam 10 minit sebelum balik. takkan nak tunggu dengan Azfar yang melalak ni. adoiii la... tak jumpa la dengan maknya. husben pulak tak ada. kalau ada, boleh la aku tinggalkan kejap. orang ditimpa musibah kan. kena la datang melawat. tapi bila kita tak tunjuk muka ni takut jiran-jiran kata pulak. time kita dilanda musibah nanti orang balas. selalunya macam tu la kan. tapi jiran-jiran area sini nak kata best sangat tu tak ada la jugak. aku baru lagi pindah kan. dia orang duduk sini dah 5 tahun. makanya kenal jugak la diri masing-masing macam mana.

bukan tak nak join dia orang ni bersembang. tapi kadang-kadang tu tak faham dia orang sembang pasal apa. kadang-kadang ada unsur gosip-gosip jugak. itu yang malas tu. bila tak join, kata tak bercampur dengan orang. memang jarang sangat la tengok aku kelaur daripda rumah ni. malas. hahaha... dah namanya hidup berjiran kena la jugak keluar sesekali tu. tak pun time aku 'lepaskan' budak-budak ni main kat luar, aku join sama la.

ambik masa la kot nak join dia orang. tak apa la. as long as kita tak usik tepi kain dia orang dah okay rasanya. sebab ada antara jiran ni bertelegah sesama dia orang. ada yang tak puas hati yang ni bela ayam walhal jarak rumah selang 4 buah rumah la. ada tu sebelah-menyebelah je tak bertegur. kisahnya nak buat tembok tapi nak kongsi. bila orang sebelah tak nak, bina tembok tinggi lepas tu lancarkan perang dingin. entah apa-apa la. tak paham aku. sampaikan dengan husben aku pun tak bercakap sebab husben berkawan dengan orang yang bela ayam tu. apa masalah entah kalau berkawan je. jiran oh jiran.

makin sakit pulak kepala ni. nak try BW dulu la. semalam tak BW. hari ni, baru ini la aku on laptop. adehhh... ada bunyi guruh la!!!



11 January 2013

Favorite pastime.

semalam cerita pasal Racing Moto, game tu kan. tapi tak ada la mengadap game tu je. kadang-kadang je. dalam 7-8 kali main, lepas tu stop la. tak adanya nak main sampai battery weak. tak jadi kerja la kalau macam tu. seronoknya bila husben dok sibuk nak beat record yang sedia ada. malam tadi Alya mintak diletakkan nama dia. kalau sebelum ni dia main atas nama abah dia. semalam dia nak nama dia ada dalam score. jadik main la dengan dia sampai la dapat satu nama dia masuk dalam list. adehhh...
tapi bukan nak cerita tentang Racing Moto tu lagi. sejak duduk sini, kami especially aku dengan anak-anak la, dah ada aktiviti baru. kat sini memang senang nak tengok ni. memang kerap la benda ni ada. kadang-kadang tu bunyinya kuat sangat, meaning dah rendah sangat la tu. dah ready nak landing. bila tengok, memang rendah pun. besar je nampak. kadang-kadang boleh tengok ada yang laju je. ada masa perlahan. Alya selalu jugak tanya kalau dok tengok yang laju tu. bila aku jawab dia akan bagi jawapan versi dia: "Dah nak malam, sebab tu dia nak cepat." (^_^) dan pertanyaan lain biasanya: "Yang tu nak pergi mana? Yang tadi tu?"
hah, apa benda yang kami tengok ni? hehehe...
*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

itu yang kami-kami tengok tak kira  masa. area sini dekat dengan airport Senai dan dekat jugak la dengan airport Changi, Singapore. memang yang rendah tu dah siap keluarkan tayar, dah dekat sangat dengan airport dan dia orang pun dah ready nak landing. kalau dari dalam rumah tu dengar bunyi kuat, dah tahu dah. budak-budak ni hari-hari tengok pun tak apa.
lepas tu termotivated pulak budak-budak ni nak belajar kat oversea. Alya la. sebab hari-hari tengok aeroplane kan. insyaAllah kalau ada rezeki. siapa tahu. rezeki masing-masing. memang kerap la aeroplane ni lalu. yang terbang tinggi, terbang rendah, bawak laju dan bawak perlahan. yang paling kalau tengok waktu malam. mesti ada soalan macam ni: "Kenapa dia bukak lampu? Kan dah ada lampu jalan. Tu bulan ada tu." hahaha... lampu jalan mana la dia orang nak nampak yang oiii... kelakar budak-budak ni. macammacam soalan ada. phening!!!

Carilah hatimu...

(source)

10 January 2013

Racing Moto yang best.


ada game ni dalam handphone. asalnya husben je yang dok main sebab aku tak berapa nak reti kan? sekali main dok langgar tepi je. tak pun langgar bontot kereta. dah tu main slow je. 40km/j agaknya. tapi sekali tu macam geram je tengok highscore husben. main jugak la. kali ni speeding. tak ada dah main slow-slow ni. hahaha...

sekali tu terbuat highscore. dan aku tolak nama dia dari tangga atas ke tangga ke 10 sekarang. semua top 10 nama aku. hahaha... bila dah jadik macam tu, husben geram la. nak jugak lawan. nak jugak la dapat at least nombor tiga. tapi belum mampu lagi. dia bukan boleh main lama-lama. sakit kepala katanya. siapa suruh main? selagi tak dapat top score, tak puas hati. (*_*) teruk betul perangai. macam tu la kalau kami berdua main game yang sama.

especially kalau game tu kami sama-sama suka. meamng kalau ada je yang pegang first sampai third rank memang buat geram je. walau macam mana pun mesti nak jugak kalahkan. sekarang ni Alya dah pandai sikit main game ni. Anis dok langgar bontot kereta je. tapi dia orang suka. selalunya dia orang mintak main lepas siap homework. okay la kan. sesekali.

kalau dah melayan game ni selagi tak dapat capai target mula la nak salahkan motor la, kereta tak bagi signal la. haish...!!!


Dapat hadiah free.



dapat hadiah ni daripada Nestle. sampai semalam. kebetulan masa keluar tu posmen pun berhenti depan gate dan hulurkan benda alah ni. apa ek nama dia? kena isi form kat fb. yang bertuah dapat la benda free ni. boleh la timing berapa jam la kita ni memasak kat dapur. hahaha...

hari sebelum tu sample Laurier perfect comfort sampai. seronok dapat barang free kan? semua ni hasil kerja kat fb la. dok tengok macam menarik je, isi form... settle. tunggu je la barang tu sampai. mungkin sebulan, dua bulan. ada jugak yang dah berbulan-bulan baru sampai samplenya. tak kisahlah kan. dapat tu pun rezeki.




Calories.







09 January 2013

Pilihan sendiri.



kalau minggu lepas berperang nak pergi sekolah. siap ada drama bagai. terutama Anis la. dua hari menangis. tapi hari kedua tu bila aku pujuk baik-baik dia diam. tak menangis dah lepas aku balik. tapi yang hebatnya kalau abah dia orang ada. dua-dua buat perangai. kalau aku je yang hantar, masing-masing behave. sangat baik la.

minggu lepas lagi dia orang dah bawak balik homework. ala, setakat lukis-lukis je pun. tapi untuk Anis yang baru kenal school ni, hasil dia comot la. tak macam Alya. Alya menulis dah pandai. mewarna pun dah cantik. masa dia mula-mula masuk sekolah dulu pun macam tu jugak. comot je hasilnya. semalam aku train dia orang menulis huruf vokal. tapi Anis aku ajar tulis huruf A dengan cara buat garis-garis kecik dan suruh dia ikut je garis yang aku buat tu. kalau sebelum ni dia tak pandai. entah apa-apa dia buat. tapi semalam tengok kemas sikit tulisannya.

dan semalam jugak la dia orang mintak hantr sampai kat school je. tak payah masuk dalam. meaning, aku cuma tengok dia orang dalam kereta je la. hari ni pun sama jugak. kalau Alya dulu sebulan jugak la aku kena hantar sampai ke kelas. tapi sebab dia orang ni dua beradik. jadinya bila sorang okay, sorang lagi pun okay jugak. Alya paling banyak improvement. dah tak dengar dia merungut tak nak pergi school. hari-hari nak pergi school. salah satunya penangan cerita AKU TAK BODOH kot.

balik school, rutin dia orang kena mandi dulu. Anis bagus bab ni. dia sampai rumah, tanggal socks, letak dalam kasut dan kasut dia letak kat rak. Alya? tak ada maknanya. pakai socks sampai dalam rumah. kasut dia biarkan macam tu je. adehhh... puas bersuruh baru la dia kemaskan kasut dia kat rak. dah mandi, dia orang akan buat homework. sekarang ni hari-hari ada homework. dah macam budak sekolah rendah dah aku rasa. pening. buku pun daripada 10 dah tambah jadik 15 buah.


alhamdulillah... setakat ni dia orang enjoy dengan school dia orang. ada je cerita bawak balik hari-hari. setakat ni aku hantar dan abahnya ambil. start next week aku hantar dan aku jugak yang ambil sebab abahnya dah masuk shift pagi. semalam jugak Alya cerita teacher dia puji dia bagus. sebabnya dia sorang je yang cakap 'Thank You' kat teacher kalau teacher bagi apa-apa kat dia. dan dia jugak ingat nama teachernya tu. kalau kat PASTI dulu perit jugak nak mintak dia buat homework plus nak cakap pun malu-malu dengan takut-takut. sekarang ni teacher puji suara dia kuat bila ikut teacher baca dan dia fokus dalam kelas. memang dia suka kena puji.

salah satu sebab dia orang rajin buat homework? kat sini tak ada tv. bagus jugak kan? kalau dah buat apa yang aku nak, selalunya aku bagi dia main game kat telefon. reward la tu. Anis aku tak heran sangat la kalau dia tak fokus kat sekolah sebab dia baru lagi. tunggu la sebuland dua lagi, insyaAllah... ada kemajuan la tu. apa yang penting dia orang buat atas kemahuan sendiri. paksa-paksa sangat pun tak boleh jugak kan? (^_^)



~ WW #58 ~ Langit senja.








my foot: aku suka ambik pic view. rasa tenang je tengok. langit senja sebelum bawak budak-budak ni masuk dalam rumah.



08 January 2013

Peraduan Sikecik Ku comel dan Manja.


klik SINI untuk join.


join contest sempena tahun baru. 
contest best daripada sahabat blogger. 
hadiah pun best jugak. 
tak percaya boleh terus ke blog Ana ni.

tarikh tutup contest ni pada 15 Feb. bukan 8 seperti yang tertera pada banner. kan Ana kan?


Nama Si Manja: Muhammad Izz Azfar
Umur Si Manja: 1 tahun 8 bulan.
Nama Fb pengirim: Sal Ya
Email pengirim: nuranisalya@gmail.com 


moh ler kita join contest ni ramai-ramai. hadiah best-best tu. ada banyak kategori dan pemenang ditentukan melalui cabutan bertuah. manalah tahu aku mahupun kamu sama-sama bertuah kan? hehehe...

aku nak tag:




Baru je tampal.



baru je tampal dua FM kat fridge lama tu (ceh, macam sahih je nak dapat yang baru dalam masa terdekat ni kan!) semalam sebelum rosak. adehhh... FM budak tiga beradik dengan hadiah birthday untuk husben. sekali fridge tu rosak pulak daa...

tadi dia balik membebel je. sakit pulak telinga mak ni. hahaha... dia kata tak kisah sangat barang rosak tapi kalau jadik apa-apa kat aku or anak-anak siapa yang susah? dia membebel bukan sebab dia nak suka-suka je marah tapi untuk beri peringatan. macam jugak la kalau dia marah anak-anak. bukan sebab dia stress anak-anak dok berlari ke apa tapinya kalau tercedera budak-budak tiga beradik tu siapa yang susah hati? mak bapak jugak. (^_^)

memang fridge lama ni mogok sebab banyak sangat benda letak kat dia. beli peti ais besar la boleh letak segala macam mak nenek kat situ. tak apa la kalau bukan sekarang pun dapat yang baru. aku boleh survive lagi tanpa fridge. beli je la lauk tu hari-hari. apa susah kan? berkorbanlah demi mendapatkan peti ais baru yang besar. muahaha...






my foot: cuaca dah gelap gila. kejap lagi hujan lebat la ni. alhamdulillah... tadi hantar budak dua beradik ni kat school. aku tengok dari dalam kereta je sebab dia orang request nak masuk sendiri tanpa aku. malam nanti bw ye. guruh dah nak berbunyi dah ni.



Rosak atas kecuaian sendiri.


adehhh... satu-satunya fridge yang ada buat masa ni. belum lagi berniat nak tukar baru walaupun fridge ni kecik dan tak muat nak letak banyak-banyak benda kadang-kadang tu. tapi tu la... silap sendiri, rosak jugak akhirnya. mungkin ini petanda husben patut belikan fridge baru yang besar dan tinggi untuk aku? hehehe...

lepas kejadian yang tak diingini tu terus called husben bagitahu. tak ada la dia nak terkejut bagai kan bila balik tengok fridge tu rosak. dia kata tak apa. dah jadi nak buat macam mana. tapi bila teringat-ingat tak boleh nak tidur pulak. alahai... sampai terbawa-bawa dalam mimpi.

nak salahkan siapa? next time kalau ada fidge jangan la jahanamkan lagi. adoiii la... tak pasal-pasal kena beli peti ais baru.






my foot: aisey... mood kureng la nak mengadap blog ni.



05 January 2013

Sudah 35 tahun rupanya.


sudah 35 tahun berlalu selepas dilahirkan. semoga dikurniakan kesihatan berpanjangan. semoga terus menjadi pemimpin keluarga yang berwibawa. impian dan cita-cita terlaksana. Ibu, Kak Long, Kak Ngah dan Abang sayang Abah sampai bila-bila. insyaAllah... semoga Allah sentiasa melindungi ketua keluarga kami ini. Amiiinnn...!!!





04 January 2013

Kesian saya - Azfar.

budak kecik sorang ni mengekor je mak dia mana je mak dia pergi. ada abah pun, abah layan kejap je. itu pun kalau mata tak rabak. kerja malam, time banyak kerja jangan harap la nak tidur walaupun dia staff. tidur pun dua jam je. staff tak buat kerja workers. staff macam supervisor la. tengok. ada masalah dtg betulkan dan cari solution. since ada yang iri, makanya dia buat la kerja yang workers buat. malas nak denagr orang berbunyi kat belakang katanya. nest week last kerja malam sebelum rotate masuk shift siang. meaning next-next week aku la yang kena hantar dan ambik dia orang daripada school.
Azfar sejak tinggal sorang kat rumah ni, lepas balik hantar kakak-kakaknya ke school dia akan tidur. bosan tak ada tukang layan kan?! kalau tak, dia mintak tengok cerita. Adnan Sempit. memang khusyuk la kalau dia mengadap cerita ni. memang dia tak layan orang lain lagi dah.

duduk atas kerusi kecik. bagi selesa sikit.

tak adanya nak pandang mana-mana.

khusyuk betul.

time ni tengok kejap dekat kamera. tapi masam bukan main lagi mukanya.


asal bawak turun laptop ke bawah je mesti nak tengok Adnan Sempit. bila bukak cerita lain bukan dia nak tengok pun. adehhh... tapi okay la daripada dia mengekor je maknya kan? sekurang-kurangnya dia ada la benda nak buat bila abahnya tidur.

kadang-kadang aku suruh jugak dia kemas barang mainan la. ambik itu dan ini. saja nak suruh dia buat kerja. muahaha... bila si kakak-kakaknya balik je dari school, rumah yang dah sedia kemas memang tak akan nampak macam rumah lagi. malas nak kemas sebab tak sampai dua minit dah macam apa entah. ada je aktiviti semasa dia orang bertiga ni. energy sentiasa full. time tidur la baru senyap sikit.

tapi itulah namanya budak-budak kan? time membesar ni macam-macam ada. naik pening kepala mak dibuatnya. sentiasa jadi pengarang jantung buah hati ibu dan abah.

Kita ada kerna DIA ada!!!






03 January 2013

Mood di pagi hari.

kat luar hujan lebat bukan main. kat dalam siap berposing.

sisters.

peace!!!

apa macam?

Anis cuma boleh pakai kasut je. Alya stokin dengan kasut dah boleh buat sendiri ye...






my foot: day 2. mood awal pagi memang baik. sampai sekolah je, hancus. hahaha... pagi ni hantar , alhamdulillah. okay je. ada rupa nak menangis tapi tak menangis pun si Anis. cikgunya ada tanya: "Senang bangun pagi ye?" alhamdulillah... senang jugak.



Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign