Fresh from the owner...

24 December 2013

Tengah membalas kunjung kamu dan kamu.



sedang berusaha membalas jejak kamu dan kamu yang berjumlah ratusan 'ringgit' ni. sementara si Aus ni masih tidur dan diikuti oleh kakak-kakak dan abangnya yang belum bangun tidur, boleh la menjejak kaki ke rumah kamu dan kamu. kalau Aus dah bangun, jadual lari sikit. hehehe...

malam ni mungkin nak bawak Aus semula ke klinik. semalam aku dengar suara dia serak-serak dan dia batuk semula macam hari tu. sebelum ni ada jugak batuk secara kecil-kecilan. kali batuk berskala besar. mesti tekak dia merah macam hari tu la. adeh... kesian dia. tekak mesti geli-geli. boleh feel. rasa macam nak ambik je sakitnya. tapi aku tahu dia sakit ni ada la sebabnya. memang kena muhasabah diri semula. ada silap aku or the father dengan Sang Pencipta yang kita sedar atau mungkin tak sedar or buat-buat tak sedar kan?!

since sarapan dah buat, tak ada masalah la kalau nak berlama-lama sikit depan laptop ni. cumanya bila tengok kain yang menimbun tu rasa macam nak stop kejap bw tapi itu la... semua benda nak buat. macam mana tu? bila hujan, baju kena kumpul. sekali basih memang menimbun. tambah-tambah Azfar ni. memilih baju. kalau dia mengaruk mula la ugut-ugut nak kencing dalam seluar (tapi selalunya dia kencing dalam seluar dalam bilik air).

plan asal jugak nak taip pendek je. tapi dah terpanjang sikit. hehe... berusaha setakat yang boleh ye. terima kasih pada kamu dan kamu yang sudi datang jenguk kami sekeluarga kat sini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. comey nye aus... umaira isap semua jari. sepenumbuk dia masuk. hehe

    ReplyDelete
  2. selalunya bila anak sakit, mak la yg paling risau takut anak tak mampu tanggung.rasa nak ambik sakit anak..indahnya perasaan seorang mak..

    ReplyDelete
  3. ada ank kecik macam ni la kan..nk bw pun kena carik masa sesuai.afia masa kecik ok je,dh besar ni kurang tido mmg semput ibu dibuatnya.hehe

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign