Fresh from the owner...

16 December 2013

Sangat teringin.

(source)
cuti sekolah tinggal lagi dua minggu. memang tak balik la cuti kali ni. husben cakap penat nak drive. so, iyakan aje la. anak-anak pun tak ada la berbunyi sangat. kadang-kadang dia sembang sama dia orang aku dengar la kata-kata 'nak balik' kampung tu. biasa la budak-budak. tapi abahnya tak sihat tak boleh pkasa jugak. memang dia tak bagi aku drive sebab ada Aus kan. tengah drive dia melalak nak susu macam mana? haha... sama ada hujung minggu ni or next week baru beli barang sekolah plus habiskan baki bayaran sekolah tu. 
Aus still batuk. tapi nak kata kurang sangat tu tak tahu la. tengok this week macam mana. kalau still tak berapa okay mungkin kena neb lagi kot. kalau ada bunyi la. tapi bila bagi dia makan ubat, najis dia berlendir. meaning... kahak tu dah turun ke najis la mengikut kata doc hari tu. selesema dia tak ada la teruk. jarang keluar. hehe... ubat pun tak semua aku bagi. ada empat jenis doc bagi. batuk, selesema, cair kahak dengan antibiotik. tapi aku bagi cair kahak dengan antibiotik je. batuk dengan selesema tu aku rasa macam tak sesuai je nak bagi lagi. sebab dia baby sangat lagi.
aku sebenarnya nak taip pasal aku teringin sangat nak berblog macam biasa. tapi bila jari-jemari ni dah bersentuhan dnegan keyboard mula la segala macam benda nak cerita. adehhh... teringin jugak nak berblog macam dulu. tapi kekangan masa tu ada jugak. mana nak handle budak berempat especially Aus ni. nak settle baju-baju dengan keadaan cuaca yang tak berapa nak menentu ni. sekali hujan memang banyak la baju tak bersidai. bila dah kering... mak aiii, banyak baju tu. Aus pulak hari sebelum tu tidur pukul 12 lebih. tak tahu la sebab apa tak nak tidur. penat mak bonda ni pujuk bagai. siap bapak join sekali. tapi sudahnya dengan mak jugak. dengan abang dan kakak dia orang pun tidur lambat jugak. semalam pun sama. tapi Aus ni lepas pujuk-pujuk tidur jugak la dalam pukul 11 macam tu.
macam mana nak lipat baju kalau dia tak tidur. ini pun dia baru je tidur semula. aku duduk dalam bilik je. penat nak turun naik tangga. kalau duduk kat bawah, nanti dengar dia menangis kena pulak berkejar naik atas. aisey... ni la yang tak berapa nak best rumah ada tingkat kedua. dulu rasa macam best je. sekarang ni rasa macam nak carik rumah setingkat je. huhu...
broadband aku ni pun dah lembab sebenarnya. nak BW pun tak ada hati sebab loading lama sangat. bosan. dah la aku bukan boleh menunggu lama-lama. kejap lagi bangun je budak-budak dah start rutin sibuk. malam-malam penat memang tak ada la nak mengadap laptop lagi kan. tidur je la. lagi pulak bila si Aus menyusu. lagi cepat la tahap mata nak terpejam tu. ni pun mata rasa macam kelam-kelam je. ngantuk pulak. mungkin sebab cuaca sejuk sangat pagi ni. hehe...
insyaAllah... kalau dapat semula timing tu, aku nak berblog macam biasa dan akan berblog macam biasa jugak dan jugak bw pun macam biasa. nanti aku try melawat kamu dan kamu. maaf kalau ada yang tak sempat nak berkunjung lagi ye. Mung tunggu aku datang ye!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. x pe..insyaallah nanti dapatl atu berblogging seperti biasa...

    ReplyDelete
  2. huh mcam tajuk filem ustaz mu tunggu aku dtg je.

    Masa Aus tak tidur tu dia nangis ke? Rasanya dia tak selesa la kot. Kak Sal, kalau nak try bagi Aus madu acacia, mana tau kot2 okay. Mmg la doktor tak bagi madu utk baby bawah setahun. Saya bagi Luth madu tu guna syringe tak sampai pun 1 ml. Masa tu saya tgk hidung dia baru nak start selsema. Dengan izin Allah, sehari je dia selsema. Masa 8 bulan dia tak demam pun.

    ReplyDelete
  3. Aus nape tu. X sihat ke. Keje rumah ni mmg x cukup tgn. Nak x nak kena buat.

    Kiter pun x pg mana cuti sklh ni. Dik umah je.

    ReplyDelete
  4. anak2 semakin membesar mmg bz dengan anak aje la kan??? sy anak kecik sorang pun kdg xmnyempat nak buat byk benda...

    ReplyDelete
  5. pelan-pelan kayuh kak.... hehehe...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign