Fresh from the owner...

23 December 2013

Memang tak balik kampung.


cuti tinggal lagi seminggu je. memang sahih la tak balik kampung kan sebab tinggal seminggu je lagi. nak balik kampung apanya. huhu... bukan tak boleh balik tapi dah hujung-hujung ni macam-macam benda lain nak buat. nak kena pergi school Alya dengan Anis untuk settlekan balance yuran termasuk dengan ambik buku plus uniform baru. baju yang tahun lepas still ada. jadinya pakai yang tu jugak. cuma add sehelai sorang je baju baru. takkan nak baju lama je kan walaupun school sama. lagi pulak kali ni tukar size baju daripada S ke M. buku-buku pulak dah la nak kene sampul. bukan kerja mudah memandangkan Aus ni tak menentu pulak ragamnya. next year Alya akan masuk K2 dan Anis akan kekal dalam K1. kalau sebelum ni Anis ikut sama dalam kelas Alya tapi dah besar ni dah boleh duduk kelas asing-asing rasanya. and next year jugak bermulalah cuti Jumaat dengan Sabtu. bukan lagi Ahad as usual.

hujung minggu nak cari kasut sekolah bagai. kasut lama ada sepasang. jadi tambah sepasang sorang lagi la. beg pun baru beli sebelum cuti hari tu makanya tak adalah la beg baru. stationaries beli jugak sebab budak-budak ni jenis 'makan' pensel pemadam semua. mana taknya... time buat homework, guna elok la pensel tu. dah siap dia orang campak je pensel. esok tanya maknya mana pensel pemadam. adeh... mak jugaklah gigih kutip pensel segala. hari-hari la kecuali hari tak ada homework. bila tak jumpa pensel, pemadam... mula la buat drama sedih. memang pensel letak dalam bekas tapi end up memang bekas je la tinggal. pensel duduk bawah sofa, bawah rak tv... dekat bilik air. macam mana tu? nak beli bekas air dengan bekas bekal baru jugak. school tak provide food jadi mak la yang gigih masak pagi-pagi. hehe...

dari satu segi bagus jugak sekolah tak provide food ni sebab segalanya parents tanggung. school pun tak nak tanggung risiko budak-budak ni nanti sakit bagai kan? cuma kenderaan je la yang kurang pasti lagi. rasa macam nak hantar sendiri je macam biasa. sebab school pun dekat je. better hantar sendiri la kan. kalau naik van nanti lambat pulak sampai rumah. kadang-kadang dekat pukul 1 baru sampai. kalau aku yang ambik, pukul 12 dah ada kat rumah. paling lewat pun 12.15 sebab dia orang kadang-kadang tu keluar pun lambat. itu cerita perihal nak sekolah. cerita tu je dah boleh satu entri. hehe...

ini cerita semalam. lepas aku balik beli lauk nak masak before husben balik. sebab dia kerja pagi, makanya masak pun lambat sikit la. budak-budak ni makan macam-macam dah. nasi la lambat sikit makan. lagi pulak ada balance nasi ayam. dah panaskan, makan la kami berempat. Aus tidur je. mana boleh makan lagi. aku tak faham betul la dengan anak jiran ni. tak berhati-hati langsung. geram je rasa. berdebar pun ada. aku tengah drive, tiba-tiba je dia keluar laju daripada lorong belakang. memang makan jalan budak tu. nasib baik sempat elak. kalau tak memang kena langgar la. disebabkan dia bawak laju, impact dia langgar kereta aku tu boleh sebabkan kecederaan teruk jugak la.Ya Allah... terkejut aku dibuatnya dek budak tu.

lepas parking kereta, aku cakap dengan abang budak tu, pesan dekat adik dia yang sebaya Alya tu bawak basikal elok-elok. malang memang tak berbau. itu aku yang sempat elak. kalau orang lain yang tengah bawak laju macam mana? sebab tu jugak la aku larang anak-anak aku keluar kecuali aku ada sama. kalau tak jadi macam ni la. kan ke bahaya tu. mak ayah dalam rumah. jadi apa-apa kat anak-anak nak marahkan siapa? lain la kalau kita memang dah tengok. kalau nak kena jugak tu nak buat macam mana kan? adoiii la... memang berderau darah dibuatnya. dah la rumah mak bapaknya depan rumah aku ni je. meamng dia orang selalu biarkan anak-anak dia roang keluar tanpa pemerhatian pun. tapi kena tengok juga. dah besar macam mana pun, still atas tanggungjawab kita. lain la kalau dia memang dah betul-betul boleh jaga diri sendiri. alahai...

Aus sayang. semua jari nak masuk mulut. kalau baby lain hisap ibu jari. Aus hisap jari telunjuk.







my foot: nanti sambung ye!!!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. comey nye Aus..

    jemput singgah blog sy pula ye -->

    http://afasz.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. walaupun anak masih sekolah sama..etap belikan sesuatu yg baru..bg semangat utk mereka.

    ReplyDelete
  3. Aida pun selalu kena gitu. Anak2 jiran naik basikal x hati2. Termasuklah anak2 aida sometimes. Merbahaya! Sebab tu aida bila tiba area perumahan sure bw slow. Malang tak berbau...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign