Fresh from the owner...

02 December 2013

Mari bercerita!!!


hari ni hujan. semalam pun hujan sampai aku lupa jiran ada buat makan-makan. aku sedar pun dah pukul 4 lebih sedangkan makan-makan tu pukul 2. huhu... kira macam kenduri untuk anak dia yang nak berkhatan khamis ni. anak teruna jiran aku tu cuma sorang je. macam jiran aku yang sorang lagi ni, kawan husben time kerja kat tempat lama... anak-anak dia tiga orang lelaki. husbennya teringin nak anak perempuan sorang. bila dia jumpa husben dia selalu cakap bertuah la sebab dah ada lelaki sorang (masa tu Aus tak lahir pun lagi), kiranya kalau yang baru tu perempuan dah tak kisah sangat dah. aku dengan husben memang tak kisah pun. saja je mengada time scan tu tanya. tak tanya pun tak ada hal la. tapinya, si jiran ni dapat baby boy jugak. masa scan tak nampak-nampak. empat orang hero la dia ada. tak apa la empat hero pun kan. anak-anak tu rezeki. tak kira la senakal mana pun dia orang kan? tak sempat nak melawat jiran tu lagi sebab dia balik berpantang kat kampung.

dan semalam masa aku jumpa jiran yang buat makan-makan tu (kena bagitau la sebab tak datang. dah dua kali tak datang. kesnya hujan dan akhirnya terlupa. nak buat macam mana?), dapat tau jugak jiran sorang lagi pregnant tiga bulan. wah, hebat! hebat! haha... tak apalah rezeki jangan ditolak. sebab semua orang tak bertuah macam kita kan? see... bila dah menaip mula la. cerita pasal jumpa jiran pun bagitau. ngeee... sebabnya jiran sebelah rumah ni cakap sejak ada baby ni jarang dia tengok aku keluar rumah. keluar jugak. tapi sampai depan pintu pagar je. kalau rajin bergerak ke depan sikit rumah jiran tu. saja borak-borak. dan semalam jugak Kerry datang hantar road tax kereta. abangnya kan tak berapa nak sihat semenjak dua menjak ni. dia la pergi pamkan tayar kereta memandangkan encik husben sangat trauma dengan bunyi pam angin tu. efek dia pada mata dia yang kena operate tu.

dia bawak Alya dengan Azfar je. Anis tak nak ikut. balik daripada pam angin, dia tapaukan Marrybrown. aku kureng sikit dengan ayam MB ni. first makan dulu masin sangat. lepas tu beli la jugak sebab dekat plus anak-anak nak makan. tapi aku suka fillet dia. masa pregnantkan Aus, Kerry beli sampai dua bungkus untuk aku makan. haha... Piah la pesankan suruh beli. terima kasih ye adik. semalam aku tanyakan jugak bila projek dia kat Johor ni nak habis. mula-mula kata bulan 9. dah lepas bulan 9, bulan 11. lepas tu kata bulan 12. semalam tanya cakap bulan 4 tahun depan. jangan pulak lepas tu cakap bulan 9 semula. kesian la nak berulang-alik.


hari ni nak bawak Aus pergi monthly check-up. bawak dia sorang je kot. malas nak bawak Azfar sebab dia nakal terlebih sikit sekarang. abah dia tengok pun geleng kepala. sebijik macam perangai dia masa kecik la tu. baru dia tahu macam mana Mi jaga dia masa kecik. haha... sebabnya dia selalu pesan dengan Azfar jangan nakal-nakal. jangan jadik macam abah masa kecik dulu. hmmm... betul la tu kan?! dan semalam jugak masa aku tengah masak, aku tinggalkan si Aus dengan kakak-kakak dan abang dia since dia orang ni sangat penyayang dengan adik yang sorang ni kan. si Aus ni kalau dah start nak mengamuk dia mula la nak mengiring bagai. semalam tu jugak, aku pandang je nampak dia dah meniarap. tak tahulah kalau dapat bantuan daripada kakaknya. tapi tangan dia kat dada dua-dua. adehhh... anak!!! terkejut jugak la sebab kakak dia diam je tak bagitau apa-apa. tangan dia tu la yang halang muka dia daripada tersembam ke tilam.

terkujat mak!!! alahai Kak Ngahku sayang. tengok adik macam mana tu? okay la. kena chow dulu la. si Azfar ni dok sibuk la nak air milo. selalu tak mintak pun air milo. kena layan la. kang kalau menangis lagi la maknya marah. pagi-pagi dah buat irama merdu. hish!!! maknya bukan la pemarah. kadang-kadang tu geram jugak. biasa la tu. dah nama pun mak kan???




my foot: anak-anak tak tanya dah bila nak balik kampung tapi ayah dengan kakak aku la dok tanya. nak tengok si Aus ni la. aku tak tau nak cakap apa sebab driver aku pun kureng sihat dan dia tak cakap apa-apa pun. tunggu je la. unless dia kata aku boleh drive sendiri (yang mana jangan harap la dia nak bagi kan), aku on je... ^___^





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. anak tu amanah dari Allah..tak kiralah lelaki mahupun p[erempuan kan...bestnya dapat baby..akak doakan cheqna jugak ye

    ReplyDelete
  2. comel2 je.. maaf lambat ke sini kebusyan dgn kerja lately !

    ReplyDelete
  3. besar dah aus,dh pandai meniarap..bulat mata dia..comel sgt

    ReplyDelete
  4. Bestnya ada anak ramai. Kita ada dua aje tapi dah mengicau tak boleh diam :D

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign