Fresh from the owner...

10 December 2013

Cerita banjir dan cerita-ceriti. Hehe...


dah taip post banyak kali tapi last-last delete. sebabnya baru je taip dua tiga perenggan budak-budak ni mintak macam-macam. especially si kecik ni. haha... manja ni. nak tidur kena berdodoi bagai. sebabnya abah belum kasi masuk buai. maka terpaksa la maknya yang dodoikan dia tidur. atas faktor keselematan jugak dia tak diberi tidur buai. Azfar ni kadang-kadang unpredictable. ada masa dia tak kacau adiknya ni. tapi ada masa kalau dia dah start tolong, macam nak tercampak adiknya ni keluar dari carseat. especially time aku ada keje nak buat la. sekarang ni letak Aus dalam carseat sebab boleh goyang-goyang. abahnya tak boleh nak dodoikan dia sangat macam maknya.
sebabnya sekarang ni Aus batuk. berjangkit la tu. sebelum ni masa dalam hari Aus batuk jugak sebab abahnya kerap pegang. lepas tu okay. sekarang ni batuk semula. tambahan pulak dengan si abang yang selesema ni. dok sibuk nak cium adik je. kalau kita cakap dia akan tak buat la. time tak sedar tu nak buat macam mana? terutama kalau Aus jaga. letakkan kat atas tilam dan biarkan dia tengok tv. masa tu abang dia pun sama sibuk la. adehhh... tapi tak ada pulak si Aus ni selesema. alhamdulillah.
anak-anak dok tanya aku bila la boleh balik kampung. hari tu jalan banyak yang tutup. plan si abah nak hantar balik last week sebab dia cakap dengan anak-anak macam tu kan. tapi plan tinggal plan la sebab Allah tu lagi Maha Berkuasa. tengok berita keluar la pasal ILP Mersing tutup. pulak jalan Muadzam runtuh. my sis dengan kawan-kawan advice tak payah balik la. tunggu sampai keadaan reda dulu. tapi banjir this year memang teruk. especially Kuantan kan. rumah ayah aku banjir jugak. tapi kawasan rendah la terjejas. rumah my sis. air naik sampai paras betis. sebelum ni naik jugak tapi tak ada la setinggi tu. nasib baik ibu rumah dalam kawasan yang sama. tak kena banjir walaupun air sampai jugak kat tepi-tepi dinding tu. tapi alhamdulillah... tak ada masuk dalam rumah.

yang buatkan aku gerun je dengan banjir ni terutama kat rumah ayah aku tu adalah LIPAN. adehhh... alergik rasanya. bukan sekali dua bahkan dah banyak kali lipan tu merayap je. kat kawasan dapur la. bukan anak lipan tapi mak bapak. besar ibu jari. scary der. buat teringat-ingat sepanjang minggu. memang kalau ke dapur tu mula la nak pandang atas bawah kiri kanan. haha... rumah kampung dekat dengan kawasan semak samun memang macam tu la kan. tapi itulah kenangannya. mana nak cari. memang aku alergik la dengan lipan ni. even anak dia yang cinonet tu pun akan buat aku teringat-ingat dua tiga hari. macam mana tu? takziah buat kawan-kawan aku yang mana keretanya ampuh dek bah. rumah pun masuk air jugak. dugaan. reda dan sabar. harta benda boleh cari. tapi nyawa tak ada galang ganti.

okay... terlebih membebel. asalnya nak taip lagi tapi nanti panjang berjela penat pulak baca. haha... minggu ni dapatkah kami semua balik kampung? ayah aku kata dah tak lama mana dah cutinya. nanti dah sekolah budak-budak ni susah pulak nak balik. dia bukan apa, orang-orang sana nak tengok si Aus yang makin tembam ni. insyaAllah la ayahanda kalau tak ada aral ada la kami sekeluarga ni balik. hoho...



my foot: tahun lepas pun tak balik jugak sebab baru pindah sini. apa pun nanti kita shopping barang sekolah ye. abah ada bunyi-bunyi dah last week nak belikan barang sekolah. hehehe... shopping oh shopping!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. ye lah..bila musim banjir..risau jugak dengan binatang berbisa macam tu kan.. lipan ular.. ngeri.. semoga semuanya baik baik saja..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign