Fresh from the owner...

11 December 2013

Budak-budak punya cerita.

entri entah ada pic ke tidak tak tahu la lagi. alkisahnya... handphone cap ayam aku tu, yang selalu aku ambik pic dengannya tu dah merajuk tahap tak ingat. skrinnya langsung tak berfungsi. kedai tak berani nak repair. takut rosak teruk. jam terrus tak boleh guna. jadi aku rehatkan handphone tu macam sebelum ni aku pernah buat. 2-3 minggu jugak la. lepas tu baru skrinnya okay je. bukan keseluruhan skrin tak boleh sentuh tapi bahagian bawah je. disebabkan itu jugaklah aku ada beli handphone cap ayam bajet untuk ganti handphone tu. orang jual tu pun cakap dia nak menjual sambil menderma. apa salahanya kan sambil-sambil tu tolong jugak. murah je. cukup la untuk guna. aku pun bukan jenis berkira sangat. janji ada dan boleh guna dah la. itu pun dah syukur sangat. alhamdulillah.

Aus dah masuk 3 bulan dah. dah makin tembam. dagu pun berlapis. masa dia sebulan naik 300 gram je. masa dua bulan naik 1.3 kg. tiga bulan pun naik jugak 1.3 kg. bila fikir-fikir, masa dalam pantang selalu je tak sempat nak makan. makan pun ikut kehendak perut. time lapar makan. time tak lapar tu tak makan la. makan biskut je. mana nak dapat zat si budak kecik tu. lepas pantang macam-macam makanan makan. cheesekut dalam seminggu entah berapa kali buat. cheese kan? hehehe... itu yang si Aus ni pun gain weight. banyak zat sebab maknya kejap-kejap lapar je. ^___^ cucuk pun alhamdulillah tak nangis. so, next appointment bulan dua next year on Sunday sebab Johor kan dah ubah cuti weekendnya.

Azfar macam biasa. mulut riuh tak ingat. kalau malam time nak tidur tu memang payah la. orang lain dah tidur dia dok sibuk ngomel sorang-sorang. lama okay nak tunggu dia tertidur secara sendiri. ada la dekat 45 minit jugak sebelum tak dengar apa-apa lagi dah. kadang-kadang tu aku rasa macam aku tertidur dulu daripada dia. hehe... memang dia banyak cakap. bapak dia pening sebab ada je benda dia nak cakap. tak kira masa. celik mata je bercakap. macam mana? alhamdulillah... Azfar dah free diapers waktu siang. waktu malam je belum yakin lagi sebab kalau husben keje malam, aku angkut semua budak-budak ni tidur dalam bilik. budak-budak ni nanti tidur membentuk la huruf T la, H la. macam-macam gaya ada. kalau Azfar terkencing, memang habis la kan.

Anis pulak makin kuat menyakat. tapi tak boleh marah sangat. especially by the father la. kejap lagi meleleh air mata. buku untuk dia buat 'latihan' time cuti ni hilang entah ke mana dah. bagi kat adik la. bukan dia buat pun. ada la semuka surat dua dia buat. selebihnya tak ada. kurang fokus. tapi suka buat something yang tak sesuai untuk dia. tetap orang yang suka mengalah tapi ada masa membalas jugak minah ni. hoho...

Alya macam biasa la. dominan. buku 'latihan' dia dah nak habis dia buat. orang lain tak boleh pegang buku dia. kejap lagi menyirap tahap sirap la. kalau tak mengamuk, dia pergi 'belasah' siapa yang pegang buku dia tu. adehhh... Alya jugak last week buat 'kejutan'. dah masuk bilik nak tidur ni. aku tengok dia senyap je. walhal kalau masuk bilik nak tidur pun huhahuha lagi. aku tanya dia tak nak jawab. last-last dia cakap dia nampak ada benda hitam kat langsir. dekat tempat maknya tidur ye. bacakan ayat kursi dan bukak ayat Quran (yang mana memang aku bukak pun time tidur setiap malam). aku suruh dia baca jugak. bila tanya sekali lagi, dia cakap tak ada dah. 

esoknya okay. malam berikutnya jadik semula. dia masuk bilik senyap. aku tengok mata dia tertumpu je kat dinding. bila tanya tak nak jawab tapi last-last baru cakap nampak benda hitam kat dinding. pun dekat tempat maknya tidur. dia nampak bayang-bayang. yang first tu dia kata kecik je. tapi yang pada dinding tu dia cakap besar. lagi besar daripada abahnya. bila abahnya tanya dia cakap nampak macam bentuk orang. tapi bayang tak nampak muka bagai la. kesian dia sebab dia sorang je nampak. aku pun tak ada la nak tengok. biar dengar anak cakap je dah la. tapi esoknya pulak masa hari hujan, malam ni. dia nak ambik barang kat luar rumah. tiba-tiba dia masuk tanpa tutup sliding. bila tanya dia cakap dia dengar suara budak sebut 'papa'. tapi bukan suara Abang atau Kak Ngah katanya. adoiii la... Alya!!!

kesimpulannya, aku assumed yang dua kali dia nampak bayang tu bila dia main galak sangat dan timing masuk tidur masa tu dah pukul 11 malam. setakat masuk tidur pukul 10 lebih ni alhamdulillah... okay je. aku elakkan dia bergalak sangat sebab budak-budak ni kan lain sikit. dan benda ni jadi lepas abah dia orang joint venture pergi 'cari' jin. yang tu alkisahnya tempat kerja dia ada orang 'hantar' something. histeria la la budak-budak kat situ termasuk lelaki. bila Ustaz datang dan 'cari sebab' dapat tahu ada orang tak puas hati dan 'hantar' la utusannya menganggu. si abah ni jadik tukang soal siasat. sebelum ni okay je. lepas tu je baru la Alya ni nampak itu la ini la. hmmm...





my foot: hari pertama or kedua abahnya keje malam, aku pun experienced kejadian pelik. tersedar pukul 12 lebih kot bila lampu bilik terpasang sedangkan aku dah bukak lampu tidur. macam mana boleh terpasang? fikir yang positif-positif aje. selagi tak ada gangguan alhamdulillah. memohon perlindungan Allah adanya sebab itu adalah sebaik-baik perlindungan kan?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. macam2 karenah anak-anak kan. Semoga mereka membesar dengan sihat dan ceria.
    bab bayang hitam tu mesti seram kan...tapi kita yang dewasa ni kena la kuat..kalau tunjuk kita takut, habis anak2 lagi la takut huhu

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign