Fresh from the owner...

13 December 2013

Bila Aus batuk dan selesema.




Aus baru je 3 bulan. tapi tahap batuknya kali memang sangat kesian la. masa dalam hari ada la jugak dia batuk tapi tak seteruk sekarang. kali ni siap pakej dengan selesema. ini kes abangnya la ni. time tak sedar dia datang cium adiknya. itu yang buatkan dia selesema tu. batuk mungkin berjangkit dengan abahnya kot. entahlah. dugaan. ini pun dia baru reda dari mengamuk sakan. mungkin sebab tak boleh nak bernafas dengan baik kot. kali ni baru nampak ada hingus. sebelum ni dengar je. tak nampak. Aus tak ada la kerap sangat batuk. tapi bila sekali dia batuk memang kita boleh rasa la sakit kat tekak tu. dah tu ada bunyi macam berkahak je.

makanya, malam semalam lepas Maghrib bawak dia ke klinik. doc kata memang ada bunyi. tekak merah. kena neb la. mengamuk sakan. merah-merah muka. reda je la. doc bagi ubat cair kahak, batuk, selesema dengan antibiotik. kalau klinik kerajaan meamng tak ada semua tu sebab baby bawah 2 tahun takkan dapat ubat batuk segala.tak tahu la nak bagi dia makan ke tidak. konpius kejap. tapi kesian kalau time menyusu la. dia tak berapa nak menyusu sebab hidung dengan tekak dia tu. pagi nanti nak suruh dia sedut wap air panas yang diletakkan bawang putih ketuk. mana tahu cara tu lebih baik daripada guna chemical kan? usaha je dulu.

sebenarnya kami-kami ni tak nak la si Aus ni jadi macam Anis dulu. usia 2 bulan masuk PICU sebab pneumonia. cukuplah. tengok wayar berselirat, tengok dia ditidurkan dan dengar pulak kata-kata doc pakar tentang chances dia survived, adoiii... meleleh air mata la. bukan tak reda tapi dah nama pun mak kan. sampai husben kata kalau yang terbaik untuk dia adalah 'pergi'... reda je. tapi kami tahu dia kuat. alhamdulillah. Allah masih pinjamkan dia untuk kami-kami. Anis warded malam raya haji. orang lain bertakbir, kami ni pulak bergegas ke PICU. orang lain beraya, berkorban... kami 'berkorban' cara kami. tapi itu cerita dulu. cerita 4 tahun dulu. dah lama tapi kalau ingat rasa macam baru je.


Aus still aktif. tak ada la semput tapi susah nak menyusu sikit la. macam Anis dulu yang menyebabkan mak tak senang duduk sebab breathing dia. susah nak bernafas. banyak tidur sebab dia penat oksigen tak banyak yang sampai. bagi neb pun tak lega jugak walaupun dah tak ada bunyi. even masa aku taip ni pun terbayang saat-saat masuk dalam ER, doc datang tengok, sedut kahak, x-ray chest dan lastly bagi oksigen dan terus ke Kuantan masuk PICU. so pagi nanti bermula operasi. doc kata kalau still berbunyi kena bawak dia untuk neb sekali lagi. kata doc kalau dia makan ubat tapi tak muntah jangan risau sebab ubat keluar ikut najis. tadi pun lepas neb still ada bunyi. dan pagi ni mengaruk la sebab tak boleh nak bernafas sangat. bagi kat husben pun mengaruk jugak. last-last mak ambik semula. pujuk-pujuk dan akhirnya tidur atas dada dalam keadaan maknya duduk. huhu...

dah la maknya sakit perut. Azfar pun sakit perut jugak sebelum tidur. masa Aus mengaruk, Anis bangun bagitahu dia pun sakit perut. adehhh... nasib baik husben ada walaupun dia tak sesihat mana. boleh la menolong kejap. maknya ni dah tiga empat kali masuk toilet. penangan Yakult ke? sebab kami berempat minum Yakult. Alya minum sampai dua botol tapi dia okay je. hmmm...




my foot: Ya Allah... Kau permudahkanlah urusan kami.sembuhkanlah Muhammad Aus Irsyad kerana Engkau lebih mengetahui segala-galanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. sal gunalah tips ni.. saya ada kongsikan kat blog untuk anak batukk.. baby pun boleh..

    http://masyaamiraaimie.blogspot.com/2013/12/petua-saya-mengurangkan-batuk-anak-saya.html

    pasal selsema pulak.. memang kene kerap bagi susu .. nnt sal cari kunyit.. ibu kunyit lg bgs.. maknanya kunyit yg besar sikit dr biasa.. kupas.. dan sapukan pada hidung bayi.. x pun tumbuk lgi lumat sikit baru sapukan kat hidung...

    cuba yer.. risau pulak baca pasal aus ni... moga cepat sembuh.. dan kuat semangat

    ReplyDelete
  2. Akak..sayunye tgk gambo..smp mcm tuh sekali...knowing falsya, mmg xkuat..kalau falsya dh meraung dh tgk anak gitu...be strong kayh kak sal..semoga aus cpt sembuh..

    ReplyDelete
  3. ya Allah.... dugaannya... risau betul kalau anak sakit ni. Kak Sal, saya doakan Aus akan segera sembuh....

    ReplyDelete
  4. sis, sy suggest bg anak mkn vco.kami sekeluarga mkn tu je.jgn rsau, bby pun boleh mkn.insya Allah, bby @ keluarga jrg sakit.

    http://sweetlittlemom.blogspot.com/2013/12/vco-untuk-aniq.html

    ReplyDelete
  5. kunjungan perdana sobat,,,salam blogger

    ReplyDelete
  6. Semoga Aus cepat sihat :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign